Blog

  • Terkini: Jumlah kematian cecah 1,100 orang di Padang

    Dunia hari ini dikejutkan dengan dua bencana alam yang menimpa Pulau Samoa dan Padang, Indonesia. Di Padang, lebih 1,100 maut dalam bencana ini. Gempa yang melanda Sumatera Barat semalam adalah 7.6 skala Richter iaitu lebih kuat daripada gempa di Tasikmalaya pada awal bulan ini yang mengorbankan 123 orang. Korban gempa Padang dijangka melebihi gempa di Yogyakarta yang berlaku pada tahun 2006 yang mengorbankan 6,000 orang dengan gempa hanya berkekuatan 6.3 skala richter.

    Di Pago-pago, Pulau Samoa lebih 150 orang maut manakala rumah dan pusat pelancongan musnah dalam bencana berganda pagi kelmarin, gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter disusuli dengan tsunami yang membawa ombak setinggi 7.5 meter.

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 2 Okt. – Jumlah kematian di kawasan malapetaka gempa bumi di Padang, Indonesia sudah mencecah kepada 1,100 orang dan akan terus meningkat, kata Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes semalam.

    “Jumlah kematian terbaru sudah mencecah kepada 1,100 orang dan kami menjangkakan ia akan terus meningkat,” katanya pada taklimat kepada media.

    “Kebiasaannya kebanyakan daripada ratusan mereka yang cedera kini akan menjadikan jumlah kematian akan terus bertambah apabila hubungan maklumat berjaya dipulihkan,” katanya. – AFP

  • Perlis negeri pertama bebas rokok

    Perlis negeri pertama bebas rokok

    KANGARPerlis menjadi negeri pertama di Malaysia bebas rokok selepas mewarta dan melaksanakan undang-undang larangan merokok di seluruh kawasan awam di negeri ini tidak lama lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, langkah tersebut diambil bagi membantu orang ramai membuang tabiat buruk merokok dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negeri ini. Selain itu, katanya, ia bertujuan mengawal gejala merokok yang makin berleluasa di kalangan golongan muda terutama remaja.

    “Adalah menjadi hasrat peribadi saya mahu melihat Perlis menjadi negeri pertama bebas rokok di negara ini.”

    “Jika kita dapat melaksanakan larangan ini, sudah pasti ia membantu mereka yang tidak merokok daripada terkena tempiasnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Tanpa Tembakau di Dewan Warisan, Kangar semalam.

    * Gambar hiasan: Nu’man dan Jad ketika sesi fotografi RS Famili Edisi Raya 2009.

  • Cerita Perbaharui Lesen

    Cerita Perbaharui Lesen

    Lesen Memandu

    Okay, hari ini 9 Syawal, sudahpun tiba di bumi Melaka sekitar tengahari tadi. Alasan kenapa Adam tidak memandu sepanjang 19 jam perjalanan dari Kangar – Ipoh – Cheras – Alor Gajah adalah kerana lesen memandu milik Adam telah terbatal pada 24 September lepas. Walau itu bukan alasan kukuh untuk memandu tanpa lesen, tapi itulah yang berlaku. Sedikit cerita mengenai konvoi ini – Adam, Epih, Pandir, Cedin, Fakhrul dan Jad menjadi ahli konvoi dengan dua buah jentera; Proton Wira dan Honda Civic. Fakhrul meninggalkan kami di Sungai Dua untuk ke Pulau Pinang dan Jad diturunkan di Ipoh. Di Ipoh, kami sempat bertemu Syafa, Nu’man dan Kiey. Selepas dua jam perjalanan, kira-kira 3 pagi kami tiba di Cheras. Sempat tidur beberapa jam di sana, kami bergegas ke Melaka pada tengaharinya.

    (more…)

  • Kickoff Piala Malaysia 2009

    Kickoff Piala Malaysia 2009

    Malam tadi, sepuluh perlawanan sulung Piala Malaysia 2009 telah berlangsung. Setelah berehat hampir sebulan sempena bulan Ramadhan, kini 20 pasukan yang berentap untuk menjulang Piala Malaysia dengan beberapa pasukan pilihan telah menunjukkan taring mereka. Pasukan Selangor, Perlis, Johor FC dan Kelantan bermula langkah kanan apabila menang ke atas lawan masing-masing semalam.

    Juara Liga Super musim ini, Selangor yang berada di Kumpulan D, berjaya meraih tiga mata di tempat lawan selepas mengalahkan Sabah di Stadium Tawau hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-24.

    Turut mencatat kemenangan ialah Perlis yang membenam Melaka 2-0 untuk mengungguli Kumpula A, gol skuad singa utara disumbang Ahmad Fakri Saarani dan Mohd. Syazwan Zainon.

    Johor FC yang berada dalam Kumpulan C berjaya mengalahkan Kuala Lumpur di tempat lawan hasil jaringan tunggal Farid Ideris pada minit ke-48.

    (more…)

  • Salam Aidilfitri 1430H

    Salam Aidilfitri 1430H

    Assalamualaikum WBT. Maaf terlewat, raya tahun ini tiada kad ucapan raya untuk pelawat adamroslan.com; tiada cerita persiapan raya untuk bacaan; dan tiada hadiah hari raya untuk Adam. Hari ini dah 8 Syawal 1430H, hari ke 8 umat Islam di Malaysia merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

    Alhamdulillah, raya ini berlangsung dengan setenangnya; cuma terasa juga ketiadaan Nur Hawa Illani yang kini berada di bumi Mesir untuk meneruskan pembelajaran beliau di sana. Tahun kedua beraya tanpa Abah.

    Raya satu hingga raya ke enam penuh dengan jemputan rumah terbuka. Raya tidak semeriah mana akibat sakit gusi — mungkin ulser mulut. Tiada mampu untuk mengunyah daging dan kuih raya. Cuma merasa kesedapan air dijamu tuan rumah. Warga RS sempat bergambar untuk raya tahun ini, hitam bergaya. Sedang mencari gambar yang difoto oleh Amer Nasuruddin (foto.rs.com.my) dan krew.

    (more…)

  • Selamat Berangkat, Dik Wa

    Selamat Berangkat, Dik Wa

    Selamat berangkat Dik Wa! Semalam Adam bersama Hafiz, Akmal dan Khairul Anuar ke KLIA Sepang untuk menghantar Hawa yang akan menyambung pengajiannya di Mesir. Setelah hampir empat bulan persediaan di INTEC Shah Alam, dia berjaya menamatkan penantiannya untuk ke University of Cairo, Mesir dalam jurusan perubatan selama tujuh tahun di sana.

    Di kesempatan ini Abang mengucapkan selamat belajar, jaga diri di tempat orang. InsyaAllah kalau niat kita betul, kejayaan akan bersama kita.