Blog

  • Nur Kasih Episod 23

    Nur Kasih Episod 23

    Nurkasih Episod 23

    Adam pulang ke kampung untuk menziarah kubur Katrina sekaligus menghantar Nur Amina. Adam melihat kereta baru Aidil yang dihadiahkan oleh keluarga Aliya kepadanya. Aidil berbincang dengan Aliya untuk memulangkan semula kereta tersebut. Aliya tidak bersetuju. Sarah masih lagi mencuba menghasut Aliya dan Nur Amina. Adam pula mula bersikap dingin dengan Nur Amina.

    Nur Kasih Episod 23 Bahagian 1
    Nur Kasih Episod 23 Bahagian 2
    Nur Kasih Episod 23 Bahagian 3
    Nur Kasih Episod 23 Bahagian 4

  • Nur Kasih Episod 22

    Nur Kasih Episod 22

    Nurkasih Episod 22

    Aliya terdengar perbualan antara Hajjah dan Aidil. Aidil memberitahu Aliya tentang rancangan Hajjah menyuruh Aidil membawa Aliya berbulan madu. Adam dan Nur Amina telah pun pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama Katrina. Nur Amina mengesyaki sesuatu tentang kesihatan Katrina tetapi sempat memberitahu kepada Adam.

    Keadaan Katrina semakin teruk. Ketika selesai solat jemaah bersama-sama Nur Amina, adam dan Hajjah, Katrina rebah.

    Nur Kasih Episod 22 Bahagian 1
    Nur Kasih Episod 22 Bahagian 2
    Nur Kasih Episod 22 Bahagian 3
    Nur Kasih Episod 22 Bahagian 4

  • Kisah Papadom

    Kisah Papadom

    Poster Papadom

    Okay, mari kita mulakan. Selepas tiga hari ditayangkan di pawagam, Adam berkesempatan menonton filem arahan Alfdin Shauki di GSC Alamanda. Setelah terbaca status rakan yang memberi komen positif tentang filem Papadom ini, Adam tergerak untuk menonton. Sebelum ini Adam pernah bertekad untuk henti menonton filem Melayu, tetapi untuk kali pertama menonton filem arahan beliau, Adam lupakan tekad itu. Adam tahu Alfdin Shauki seorang yang berkarisma dalam menghasilkan sesuatu kerja seni. Adam ke sana tanpa sebarang idea berkaitan filem itu, belum sempat pun membaca sinopsisnya.

    Sinopsisnya, teruskan pembacaan. Filem Papadom mengisahkan seorang ayah yang bernama Saadom, yang dahulunya merupakan seorang Penjual Nasi Kandar yang enak. Papadom yang dibuat oleh Encik Saadom sangat sedap dan akhirnya berjaya dipasarkan hingga ke luar negara. Sejak itu keluarga Saadom hidup mewah. Dahulunya Saadom merupakan seorang suami dan seorang ayah yang sangat sibuk. Selepas kematian isteri beliau, Saadom mula berubah sikap. Setiap jam yang ada dalam sehari, dihabiskan Saadom untuk menemani anaknya, tidak kira semasa anaknya di sekolah, atau menghadiri parti di rumah rakan, atau semasa perkhemahan pengakap atau semasa latihan silat. Pendek kata, dari seorang ayah yang terlalu sibuk dengan kerjayanya, Saadom berubah menjadi seorang ayah yang terlalu mengambil berat dan mengongkong anaknya.

    Namun pengorbanan itu berbaloi apabila anak tunggal Saadom itu, iaitu Miasara berjaya mendapat 20A dalam SPM. Maisara melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam bidang Seni Perfileman. Pada masa yang sama Miasara meminta ayahnya, iaitu Saadom supaya berjanji untuk tidak mengongkongnya lagi. Namun, Saadom mempunyai cara lain untuk melindungi dan menjaga anaknya. Saadom memohon jawatan sebagai tukang kebun kampus, dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan Profesor Balqis. Hubungan darah antara Saadom dengan Miasara langsung tidak diketahui oleh sesiapa.

    Filem Papadom bukanlah skrip yang mudah. Dilonjakkan lagi dengan ugutan Shasha yang mahu memerangkap Saadom dan Miasara, kerana dengki Shasha terhadap Miasara, menjadi kemuncak dalam filem ini. Namun, adakah Shasha berjaya memerangkap kedua-duanya? Di panggung, akan terlontar segala jawapan dan kesudahan.

    Adam suka cara permulaan cerita, klimaks dan peleraian yang dibawa oleh Alfdin. Pelakon pula benar benar dapat membawa watak yang diamanahkan dengan penuh perasaan dan penghayatan. Bagaimana kasihnya seorang ayah kepada anaknya. Hidupnya ialah dia dan anaknya.

    Cuma komen Adam di sini adalah secara logiknya Saadom, Mun (isteri kepada Saadom), dan Miasara sepatutnya menggunakan ‘loghat’ Pulau Pinang untuk menjadikan cerita ini lebih realistik. Cuma sepatah perkataan yang diungkapkan oleh Saadom iaitu ‘tak mau’ ketika dia sedang beremosi dengan tanah. Anda setuju? Selainnya, Papadom terbaik!

    Kepada rakan yang belum berkesempatan menonton filem Papadom ini, lekas bertindak! Anda tidak akan rugi membayar RM13 untuk bergelak tawa, beremosi (ya, mengalirkan air mata) dan bergelak semula. Adam tak tipu!

  • Nur Kasih Episod 19

    Nur Kasih Episod 19

    Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis. Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh ditangan Tuhan. Kata Sarah, Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis berlangsung dengan penuh meriah tetapi tiba seorang tetamu yang tak diundang, Katrina.

    ***

    Sarah terkejut mendengar Aidil akan berkahwin dengan Aliya dan bukannya dengannya. Keesokkan harinya, Mak Ani terkejut melihat Sarah telah hilang dari rumah. Adam dan Nur Amina lalu di kawasan yang sering dikunjungi Adam ketika mereka pulang dari pusara Ustaz Hassan. Adam terkejut Nur Amina mengetahui segala-galanya tentang dirinya.

    Mereka semua membantu Aidil menyediakan barang keperluan untuk majlis perkahwinannya. Ketika hampir tiba majlis perkahwinan Aidil, Katrina muncul.

    Nur Kasih Episod 19 Penuh

  • Kalut dan Pertandingan Rekacipta UiTM

    Kalut dan Pertandingan Rekacipta UiTM

    Salam. Selepas dua minggu pulang daripada berhari raya, dan kini saat genting sudah menjengah muncul. Minggu ini beberapa report akan dihantar dan bersedia untuk pembentangan pada minggu hadapan. Bermula pada hari Isnin, kami bekerja keras secara berpasukan untuk menyiapkan beberapa laporan untuk kursus Event Management, Marketing dan Multimedia.

    Dalam kekalutan ini, masih ada beberapa kerja yang tertinggal dan belum tersentuh, seperti Entrepreneurship dimana ahli lembaga pengarah belum lagi duduk bermesyuarat untuk menyiapkan laporan perniagaan yang dirancang sejak awal semester. Untuk Marketing, Adam sibuk menyiapkan mock-up untuk telefon yang akan dipresent nanti, bersama kotak yang berwarna-warni!

    Dalam kekalutan ini juga, Adam mendapat panggilan telefon daripada Sir Rusydi dan Puan Siti Hajar yang memberitahu bahawa hasil kerja Adam akan dipertandingkan mewakili Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Melaka dalam Pertandingan Rekacipta atau IID (Invention, Innovation, and Design) pada 13 Oktober 2009 peringkat cawangan Melaka. Untuk maklumat lanjut sila muat turun di sini dan bagi borang penyertaan sila klik di sini. Untuk pertandingan ini, Adam menghantar sebuah Booklet MotoGP 2009 dan Newsletter Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media — The Medium. InsyaAllah, kalau dimurahkan rezeki, menang lah ya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung untuk pembikinan dua buah ‘buku’ ini, mereka banyak memberi sokongan dan galakkan. Ya, The Medium telah berjaya dicetak dan akan diedarkan dalam masa terdekat ini! Juga, Karnival Jom Serbu Alor Gajah akan diadakan pada 10 dan 11 Oktober ini di Dataran Keris Alor Gajah. Datang dan bertemu selebriti kegemaran anda di sana! Imran Ajmain juga akan berada di sana ya!

    Minggu depan adalah minggu yang penuh dengan persembahan dan laporan. Dan paling penting, sebuah filem pendek ‘Kawan’ akan disiap sunting tidak lama lagi. Bersama kita nantikan kemunculannya.

  • Nur Kasih Episod 18

    Nur Kasih Episod 18

    Pada mulanya, Aidil ragu – ragu kerana takut Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung. Tetapi setelah diyakinkan,barulah Aidil yakin dengan Aliya. Nur Amina mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ketika tiba di Malaysia, Nur Amina mendapat berita Adam telah jatuh lemas ketika menjalankan tugasnya. Nur Amina nekad dan berjanji tidak akan meninggalkan Adam lagi. Nur Amina dan Adam membantu Aidil membuat persiapan perkahwinan.

    Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis. Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh ditangan Tuhan. Kata Sarah, Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis berlangsung dengan penuh meriah tetapi tiba seorang tetamu yang tak diundang, Katrina.

    Nur Kasih Episod 18 Penuh