≡ Menu

Terkini: Jumlah kematian cecah 1,100 orang di Padang

Dunia hari ini dikejutkan dengan dua bencana alam yang menimpa Pulau Samoa dan Padang, Indonesia. Di Padang, lebih 1,100 maut dalam bencana ini. Gempa yang melanda Sumatera Barat semalam adalah 7.6 skala Richter iaitu lebih kuat daripada gempa di Tasikmalaya pada awal bulan ini yang mengorbankan 123 orang. Korban gempa Padang dijangka melebihi gempa di Yogyakarta yang berlaku pada tahun 2006 yang mengorbankan 6,000 orang dengan gempa hanya berkekuatan 6.3 skala richter.

Di Pago-pago, Pulau Samoa lebih 150 orang maut manakala rumah dan pusat pelancongan musnah dalam bencana berganda pagi kelmarin, gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter disusuli dengan tsunami yang membawa ombak setinggi 7.5 meter.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 2 Okt. – Jumlah kematian di kawasan malapetaka gempa bumi di Padang, Indonesia sudah mencecah kepada 1,100 orang dan akan terus meningkat, kata Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes semalam.

“Jumlah kematian terbaru sudah mencecah kepada 1,100 orang dan kami menjangkakan ia akan terus meningkat,” katanya pada taklimat kepada media.

“Kebiasaannya kebanyakan daripada ratusan mereka yang cedera kini akan menjadikan jumlah kematian akan terus bertambah apabila hubungan maklumat berjaya dipulihkan,” katanya. – AFP

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • cha October 2, 2009, 7:39 am

    bagaimana dgn rakan2 di melaka dan malaysia ?rasa tak gegaran? adakah semuanya baik2 ?

  • Adam October 5, 2009, 6:06 am

    @Cha. Kami kat sini Alhamdulillah selamat. Walau terasa gegarannya, semua masih dalam keadaan baik.

Leave a Comment