Blog

  • Nur Kasih Episod 17

    Nur Amina mengambil keputusan tidak mengikut Adam pulang ke Malaysia untuk mencari ketenangan sebelum membuat keputusan untuk perkahwinan mereka. Adam meneruskan kehidupannya tanpa Nur Amina. Setiap hari, Adam akan menghantar email kepada Nur Amina untuk memberitahu tentang kehidupannya.

    Aidil membantu ibu Aliya membuat kerja amal untuk sebuah pertubuhan. Datuk tertawan dengan sikap Aidil dan menawarkan Aidil untuk bernikah dengan anaknya iaitu Aliya.

    (more…)

  • Selamat Ulang Tahun Sayang

    Adam memetik sebuah tajuk Imran Ajmain daripada album Punca dan Tindakan. Cerita yang sebenarnya ialah bermula apabila Adam menerima satu SMS daripada Hotlink yang berbunyi:

    KHAS UNTUK ANDA! Kini anda boleh menikmati kadar TERENDAH 17 sen/30 saat ke semua nombor Maxis/Hotlink dengan 4 tahun hari aktif! Buat panggilan sekarang juga! (31707)

    Kalau berdasarkan SMS tersebut, hari ini merupakan hari ke 1440 Adam bersama dengan Hotlink. Jadi, untuk menyambutnya mereka hadiahkan kadar 17 sen/30 saat dan Adam hadiahkan lagu ini kepada mereka. Sebenarnya, apakah kadar paling rendah untuk panggilan di Malaysia? Jika anda berada dalam plan Hotlink Youth Club, anda akan mendapat kadar serendah 12 sen/minit, jika anda berada dalam pakej Celcom U.O.X atau Celcom S.O.X anda akan mendapat kadar 10 sen/minit. Sehingga kini Adam amat berpuas hati dengan kadar Celcom U.O.X yang jauh lebih murah daripada Maxis. Mungkin Maxis boleh menurunkan lagi kadar sebagai tanda penghargaan pengguna ‘setia’ mereka seperti Adam.

    Lirik Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain

    Yang tulus ikhlas
    Ingin sekali sekala dirinya dibalas
    Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

    Yang selalu memberi
    Ingin sekali sekala jadi penerima
    Cukup dengan salam dan manis doa

    Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
    Dan leburkan saja serpihan calar derita

    Selamat ulang tahun sayang
    Kini kau bersayap, pergilah terbang
    Rentaslah langit cita cita mu
    Harap nanti kita ‘kan bertemu

    Selamat ulang tahun sayang
    Janganlah engkau tak terbang pulang
    Ku nanti penuh kerinduan
    Selamat tinggal, selamat jalan

    Aku hanya inginkan engkau setia
    Kerana setia yang mencipta bahagiamu

  • Nur Kasih Episod 16

    Adam dan Nur Amina bertemu dan Adam bertanya kepada Nur Amina tentang keputusan Nur Amina. Nur Amina masih tidak dapat memberi kata putus kepada Adam tetapi menunaikan permintaan Adam untuk bersama – sama ke Masjidil Haram. Hajjah berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk dirinya.

    Ketika Aidil ke kedai buku di Mekah, Aidil bertemu dengan seorang wanita yang bernama Aliya. Aidil telah jatuh hati pada Aliya.

    (more…)

  • Tanggal 31 Ogos 2009

    Alhamdulillah, hari ini Malaysia menyambut hari lahirnya yang ke 52. Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 untuk Malaysia. Seperti biasa, apa bila kita sebut bulan Ogos, sudah pasti lagu Tanggal 31 Ogos nyanyian Allahyarham Sudirman akan terngiang-ngiang di telinga kerana bulan Ogos amatlah sinonim dengan bulan menyambut kemerdekaan Malaysia.

    Tahun ini, 31 Ogos jatuh pada hari Isnin bersamaan dengan 10 Ramadhan 1430H. Sambutan dan perarakan kemerdekaan juga dipindahkan ke Dataran Parlimen, tidak lagi di Putrajaya atau Dataran Merdeka. Penularan wabak Influenza A H1N1 juga menjadi salah satu penyebab utama Kerajaan berusaha untuk meninimumkan kekerapan untuk berkumpul secara besar-besaran. Ringkasnya, Sambutan Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini diadakan di Parlimen bersempena menyambut 50 tahun Parlimen Malaysia dan hanya 40 minit.

    Apa yang sedih pada tahun ini ialah kurangnya Jalur Gemilang dikibarkan di premis dan kenderaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Adakah kerana beberapa faktor di atas, atau kurangnya kempen menjadikan keghairahan rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang berkurang? Adakah dengan hanya pemberian Jalur Gemilang secara percuma kepada pemilik kenderaan di lebuh raya utama akan memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ini? Secara peribadi, Adam dapati cuma satu daripada 10 buah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan semasa ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas hanya memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing. Bagaimana dengan yang lain?

    Ok, cukup hal Jalur Gemilang. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-52 Malaysia. Semoga 1Malaysia akan menjadi ikutan rakyat dan pemimpin negara untuk terus membawa kepada kedaulatan dan keamanan di negara tercinta ini.

  • Nur Kasih Episod 15

    Nur Amina membawa diri ke Jeddah dan bekerja di sana dengan seorang wanita bernama Ummu Majid. Aidil dan Adam datang ke Mekah membawa Hajjah untuk menunaikan ibadah umrah. Di sana, mereka bertemu semula dengan Nur Amina. Nur Aminacuba melarikan diri tetapi Aidil cuba menghalang dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada Adam selepas pemergian Nur Amina.

    Adam juga telah memberitahu perkara yang sebenar kepada Imam Abu Bakar dan Mak Ani keadaan sebenar yang berlaku diantara dia dan Nur Amina.

    (more…)

  • Minggu ke Tujuh Lagi!

    Ini juga cerita berkaitan dengan minggu ketujuh. Minggu ini Adam masih berpeluang untuk menulis. Menggunakan kemudahan teknologi yang ada untuk mengambil kesempatan atas kesempitan masa. Ayat nak mantap!

    Minggu ini berjalan dengan cukup lancar sekali. Hari Isnin, untuk kelas Audio Visual kami membentangkan jalan cerita untuk filem pendek kami. Alhamdulillah, Cik Maizurah amat berkenan dengan jalan ceritanya. Juga rakan-rakan yang lain juga setuju. Buat pertama kalinya juga kami diperkenalkan dengan kamera Panasonic 3CCD, sama seperti apa yang dilihat di Fotokem Plaza Low Yatt pada minggu lepas, RM13,999 nilainya. Kami diajar secara praktikal untuk berkenalan dengan kamera juga fungsinya.

    Selasa, kelas Event Management dilanda kegusaran. Mana taknya, Madam Rosilawati begitu bad mood pada pagi tersebut. Mungkin atas sebab ramai yang datang lambat, juga langsung tidak datang. Pada petangnya, kelas Marketing dibatalkan. Oh, minggu lepas kami bersama DMC5E menyambut hari lahir Miss Zuliani aka Miss Iko di dalam kelas. Gambar akan disusulkan kemudian.

    (more…)