Blog

  • Erema – Pelita Dibawah Purnama

    Sendiri aku menjejak bayangmu
    Berkurun lamanya kita tak bertemu
    Kau berlalu pergi terbiar aku sendiri
    Menahan duka oh di sudut hati

    Cinta… dengarlah rintih hatiku
    Mengharap belai dan rindu
    Yang pernah dicurah sepenuh hatimu

    Kasih… inikah yang kurasai
    Pengorbanan tak dihargai
    Menjadi siksaan yang tidak diundang
    Oh pedih… sayang…

    Ingatkah lagi kau pernah berkata
    Aku bagai pelita di bawah purnama
    Kini malam sepi tinggal hanyalah memori
    Mungkin cahaya menjelma semula

    Erema
    [audio:http://xter.org/data/Erema_-_Pelita_Di_Bawah_Purnama.mp3]

  • MPK Disita!

    Pejabat MPK disita gagal bayar ganti rugi RM6j

    KANGAR 15 Ogos – Pejabat Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini hari ini disita selama dua minggu ekoran kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membayar ganti rugi termasuk faedah berjumlah lebih RM6 juta kepada sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur.

    Kesemuanya bermula gara-gara tindakan MPK membatalkan kontrak perjanjian dengan syarikat terbabit iaitu Sonati Development Corp. Sdn. Bhd. (Sonati) yang telah dilantik untuk membangunkan sebidang tanah milik MPK di atas lot PT4417, Mukim Titi Tinggi di Padang Besar pada 14 April 2000.

    Selepas melalui proses perundangan lebih lima tahun yang mengesahkan MPK melanggar syarat-syarat kontrak perjanjian, Sonati melalui Tetuan K. Kulasekar, Achan & Associates memperolehi perintah pelaksanaan penyitaan tersebut oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada 8 Ogos lalu dan tepat pukul 12 tengah hari ini, perintah itu dilaksanakan oleh bailif.

    Berikutan itu, kakitangan MPK diarah mengosongkan pejabat tersebut bagi urusan penilaian aset dan PBT itu diberi tempoh dua minggu untuk menyelesaikan segala tuntutan ganti rugi daripada Sonati Development.

    Sekiranya gagal, segala harta alih termasuk kenderaan yang dimiliki MPK bakal dilelong kepada awam.

    Bagaimanapun, dalam satu pertemuan antara syarikat berkenaan yang diwakili Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporatnya, Mohd. Shafari Yaakub, para peguam daripada Tetuan K. Kulasekar, Achan & Associate dengan MPK yang berlangsung selama hampir sejam, satu persetujuan telah dicapai.

    Persetujuan tersebut antara lain membenarkan kakitangan MPK untuk meneruskan operasi harian seperti biasa bermula esok.

    Namun begitu, segala aset milik MPK seperti komputer dan aset-aset lain tidak dibenarkan dipindah atau dibawa keluar daripada pejabat terbabit.

    Pada pertemuan tersebut, MPK hanya diwakili oleh Setiausahanya, Suhaimi A. Majid dan Ketua Jabatan Undang-Undang, Zahirah Azman.

    Menurut Mohd. Shafari, melalui perjanjian bertarikh 14 Jun 1999, Sonati telah dilantik bagi menguruskan pembangunan di tanah itu untuk dibina taman perumahan.

    “Tetapi, pada 14 April 2000, MPK bertindak membatalkan kontrak perjanjian. Ekoran itu, kita telah mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kangar.

    “Ketika perbicaraan terakhir pada 4 Februari 2005, Hakim Datuk Hasan Lah mendapati pembatalan kontrak itu telah melanggar undang-undang dan memerintahkan Penolong Pendaftar Kanan menaksirkan jumlah ganti rugi,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

    Mengulas lanjut, Mohd. Shafari berkata, selepas rayuan MPK untuk mengetepikan tindakan undang-undang yang dilakukan oleh Sonati ditolak Mahkamah Rayuan, MPK didapati tidak menjelaskan segala tuntutan ganti rugi termasuk kadar faedah sebanyak lapan peratus berjumlah lebih RM6 juta sehingga kini.

    Dalam perkembangan sama, peguam yang mewakili Sonati, Murali Achan berkata, pihaknya juga bersetuju agar operasi lori mengangkut sampah MPK berjalan seperti biasa bagi memastikan urusan berkaitan tidak terganggu.

    Sementara itu, Yang Dipertua MPK, Faezan Omar gagal dikesan bagi mendapatkan sebarang ulasan berhubung perkara tersebut.

    Utusan Malaysia 16 Ogos 2006 

    Memula aku dengar berita ni, ingatkan memain aja.. bila cari kat internet, mmg dah sah betul.. Memalukan..

  • Merdeka Web Band!

    Salam. Semalam time aku boring-boring surf net, aku merajinkan diri buat web band. web band? ala, lebey kurang macam sticker la jugak, yang ada kat penjuru kanan laman web nie. kalau korang nak letak jugak kat wb korang, amik aja. tapi kualiti grafik kurang memuaskan. sesiapa yang pro, leh la buat satu kan.

    adamroslan.com/merdekaband

    Ahaks, Siti Nurhaliza buat album baru?

    Album baru Siti Nurhaliza!

    SIDE A
    1. Biarlah Berusia
    2. Cintaku Memang Diatas Kertas (RM)
    3. Kumilikmu Datuk K
    4. Kuda Tuaku Lari Gagah Berani
    5. Kaumisaiku

    SIDE B
    6. Wajah Kekhalidku
    7. Satu Cinta Dua Usia
    8. Misai Milikku
    9. Ayahku Kahwin Lagi (feat. Anak Datuk K)
    10. Siti Tak Kisah

  • Samson – Kenangan Terindah

    Aku yang lemah tanpamu
    Aku yang rentan karena
    Cinta yang tlah hilang darimu
    Yang mampu menyanjungku

    Selama mata terbuka
    Sampai jantung tak berdetak
    Selama itu pun
    Aku mampu tuk mengenangmu

    Darimu…
    Kutemukan hidupku
    Bagiku…
    Kau lah cinta sejati

    Ooh…

    Bila yang tertulis untukku
    Adalah yang terbaik untukmu
    Kan kujadikan kau kenangan
    Yang terindah dalam hidupku
    Namun takkan mudah bagiku
    Meninggalkan jejak hidupku
    Yang tlah terukir abadi
    Sebagai kenangan yang terindah

    Ooh…

    [audio:http://viere.perlisonline.net/pc/Samson_-_Kenangan_Terindah.mp3]
  • Get hosted?

    Yeah.. Orang kata lebih baik bersedekah kan. Jadi, aku dengan rela hatinya menawarkan web space untuk sesiapa yang berminat. Aku bagi 100MB + 20GB shared bandwith. Syarat-syaratnya pun lebih kurang macam syarat kat azmie.net atau silenteve.net.

    Kalau sesiapa yang berminat tu, leh YM aku atau tag aja kat shout box sebelah nie. Adios..