Blog

  • WTF 1 dibida pada harga RM86,680.00!

    WTF 1 dibida pada harga RM86,680.00!

    Posting ini adalah kesinambungan daripada posting Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia yang lepas. Tahukah anda, nombor siri pendaftaran untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WTF 1 telah dibida pada harga RM86,680.00!

    Berdasarkan gambar yang diperoleh, seorang lelaki Melayu Abdul Malik Mohd Hussin telah membida nombor plat WTF 1 ini dengan harga tersebut untuk digunakan pada sebuah Nissan Skyline GTR-nya.

    WTF 1

    Nissan Skyline GTR dengan WTF 1 [via Twitpic]

    WTF 1

    Senarai yang dikeluarkan JPJ WP Kuala Lumpur. [via Lowyat.net]

    P/S: Adakah anda tahu bahawa negeri Perak mendapat prefix A kerana dipercayai residen pertama British yang menggunakan kenderaan bermotor diikuti dengan Selangor (B), Pahang (C) dan seterusnnya. Negeri lain seperti Pulau Pinang menggunakan awalan P kerana menggunakan awalan ejaan negeri masing-masing. (via Nazjimee Amat Omar)

  • Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia

    Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia

    Hari-hari kita akan melihat nombor pendaftaran kenderaan secara sedar atau tidak. Jika nombor itu menarik atau unik, sudah pasti anda akan mengingatinya. Apakah anda sudah cukup kenal dengan sistem nombor pendaftaran kenderaan atau yang mudah dikenali sebagai nombor plat ini? Nombor Pendaftaran Kenderaan Malaysia adalah plat yang memaparkan nombor pendaftaran kenderaan bermotor di Malaysia, seperti yang termaktub dalam undang-undang kerajaan Malaysia. Kebenaran mengisukan nombor pendaftaran ini dilakukan dan dipantau oleh Kementerian Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

    Sejarah

    Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pada tahun 1967, Malaysia menggunakan kod pendaftaran kenderaan yang ditetapkan iaitu MAL. Pada zaman sebelum merdeka, kod pendaftaran kenderaan ialah FM (Federated Malays States) pada 1957 dan PTM (Perseketuan Tanah Malayu) antara tahun 1957 dan 1967.

    (more…)

  • Nur Kasih Episod 24

    Nur Kasih Episod 24

    Nurkasih Episod 24

    Nur Amina melihat berita yang disiarkan di televisyen tentang hotel di Mumbai di tawan. Nur Amina teringatkan Adam yang menginap di sana. Hajjah segera memanggil Aidil yang ketika itu baru keluar dari rumah. Dato’ ingin membantu Aidil dan Nur Amina mencari maklumat tentang Adam di Mumbai.

    Aliya pulang dari seminar lebih awal dari yang dijadualkan. Setibanya di rumah, Aliya melihat Nur Amina dan Aidil di dapur.Aliya berang kerana menyangka Aidil mempunyai hubungan dengan Nur Amina.

    Nur Kasih Episod 24 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 24 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 24 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 24 Bahagian 4

  • Pisau Cukur: Teknikalnya

    Pisau Cukur: Teknikalnya

    Pisau Cukur 2009

    SINOPSIS

    Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009.

    Assalamualaikum WBT. Sebelum artikel ini ditulis, Adam sempat berborak dengan seorang rakan yang baru pulang menonton Pisau Cukur arahan Bernard Chauly ini. Dia bagi 4/5 kepada jalan cerita yang sebenarnya sesuai untuk menghilangkan tension dan bergelak tawa. Kali ini bukan untuk mengkritik jalan cerita, tapi sekadar ingin berkongsi teknikal filem ini.

    Semasa menonton filem Papadom dua minggu lepas, seperti biasa akan ditayangkan beberapa trailer filem yang akan muncul di pawagam. Pisau Cukur adalah salah satu daripadanya. Daripada pandangan kali pertama, sungguh mengasyikkan. Banyak pula duit produser tempatan yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan sebuah kapal pelayaran mewah sebagai lokasi penggambaran!

    Dengar-dengar, mereka tidak pun menggunakan Star Cruise yang dicanang-canangkan. Menurut laman web rasmi Pisau Cukur, www.pisaucukur.com.my, mereka hanya menggunakan set penggambaran yang diubahsuai mengikut kesesuaian babak.

    • Dek Kapal: Kolam renang Astaria Apartment, Ampang
    • Acara Tarian Ballroom: Federal hotel, KL
    • Peti Ais Kapal: Tingkat bawah tanah pejabat Red Communications.
    • Business Centre & Library: Bilik pejabat Red Communications, Petaling Jaya.
    • Koridor dan bilik tidur kapal: Le Paris Hotel & Costa Rica Apartments, Port Dickson
    • Lobi kapal: Sheraton Hotel, Subang Jaya
    • Jeti: Laguna Park, Pulau Indah, Port Klang.

    Untuk babak lain, mereka menggunakan teknik greenscreen atau chroma key yang mana menggunakan layar hijau dan digantikan dengan gambar/latar melalui komputer. Yang selebihnya, mereka berlakon di dalam studio semata.

    Jom, tengok beberapa gambar di set penggambaran dan bandingkan dengan kejayaan mereka mengaburi mata penonton. Dari trailer, nampak berjaya kan! Tahniah, Malaysia sudah maju dalam teknologi CGI.

    Info menarik yang juga mahu dikongsi bersama ialah penggambaran hanya mengambil masa selama 25 hari (358 jam) bermula pada 8 Oktober. Dengan 450 shots dan 2,060 takes untuk filem 1 jam 45 minit ini menggunakan 2, 729.79 GB ruangan hard disk untuk simpanan footage sebelum disunting. Tempoh suntingan filem ini ialah 11 minggu dan 3 bulan untuk teknik grafik CGI. Nah, saksikan trailer!

  • MPV Perodua akan dilancarkan pada 23 November

    MPV Perodua akan dilancarkan pada 23 November

    Kira-kira dua bulan lepas, Adam mendapat perkhabaran daripada Miss Zuliani tentang Perusahaan Otomobil Kedua Malaysia (Perodua) akan mengeluarkan sebuah MPV. Kereta MPV Perodua ini merupakan pesaing kepada Proton Exora yang mana rekabentuk masih mengekalkan ciri-ciri yang ada pada Perodua MyVi dan sedikit pengaruh Toyoto Passo Sette.

    Dalam kajian daripada Internet dan sumber-sumber yang boleh dipercayai, MPV Perodua ini mempunyai kelebihan dari segi teknikal, enjin dan hiasan dalaman. Sehingga hari ini, MPV Perodua ini masih lagi belum mendapat nama dan akan dilancarkan pada 23 November ini. Menurut sumber, Perodua telahpun membuka tempahan pada 13 November dan harga bagi satu unit MPV Perodua adalah antara RM56,000 dan RM64,000 mengikut spesifikasi berbeza.

    Berikut adalah beberapa gambar yang telah tersebar di Internet yang dipercayai MPV Perodua ini.

    * Gambar ini didapati daripada sumber di Internet dan pemilik laman web ini tidak bertanggungjawab dan tidak berkait dengan jurugambar gambar di atas.

  • Perlis kini digenangi air

    Perlis kini digenangi air

    Hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari lepas telah memaksa Jabatan Air dan Saliran Negeri Perlis membuka Empangan Timah Tasoh yang tidak lagi mampu menahan air hujan. Akibat daripada itu, air sungai di negeri Perlis melimpah dan memenuhi sawah padi. Berkut adalah laporan Bernama semalam.

    Setelah surut pagi semalam, banjir sekali lagi lagi melanda Perlis dengan 54 orang dari kawasan Alor Biak dekat sini dipindahkan ke dua pusat pemindahan malam tadi.

    Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Tugas tugas Khas Perlis, Mansor Jusoh berkata, mereka dipindahkan mulai pukul 8 malam tadi sehingga awal pagi tadi.

    Katanya, 39 orang ditempatkan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Beseri manakala 15 lagi ditempatkan di Dewan Seri Malau, Beseri yang dijadikan pusat pemindahan mulai malam tadi.

    Mansor yang meninjau keadaan banjir sejak semalam sehingga awal hari ini berkata antara kawasan lain yang turut dinaiki air sejak petang semalam ialah Arau, Repoh, Santan dan Alor Ara.

    Beliau menasihati para penduduk di kawasan yang dilanda banjir supaya mematuhi arahan pihak berkuasa jika diperlukan berpindah.

    Seperti yang diterima melalui laporan rakan-rakan yang berada di negeri Perlis, taman kediaman Adam – Taman Gembira kini sudahpun menjadi Pulau Gembira kerana kawasan sekitar taman ini telahpun digenangi air. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil daripada jurugambar bertugas di sana.