≡ Menu

Cerita Perbaharui Lesen

Lesen Memandu

Okay, hari ini 9 Syawal, sudahpun tiba di bumi Melaka sekitar tengahari tadi. Alasan kenapa Adam tidak memandu sepanjang 19 jam perjalanan dari Kangar – Ipoh – Cheras – Alor Gajah adalah kerana lesen memandu milik Adam telah terbatal pada 24 September lepas. Walau itu bukan alasan kukuh untuk memandu tanpa lesen, tapi itulah yang berlaku. Sedikit cerita mengenai konvoi ini – Adam, Epih, Pandir, Cedin, Fakhrul dan Jad menjadi ahli konvoi dengan dua buah jentera; Proton Wira dan Honda Civic. Fakhrul meninggalkan kami di Sungai Dua untuk ke Pulau Pinang dan Jad diturunkan di Ipoh. Di Ipoh, kami sempat bertemu Syafa, Nu’man dan Kiey. Selepas dua jam perjalanan, kira-kira 3 pagi kami tiba di Cheras. Sempat tidur beberapa jam di sana, kami bergegas ke Melaka pada tengaharinya.

Perihal lesen memandu, sebagai pemegang kepada kelas B (Penuh) dan D – adalah menjadi kesalahan memandu tanpa lesen. Namun, kesalahan ini akan dihukum apabila anda terkantoi di ‘road block’ Polis dan JPJ. Selagi anda tidak bertemu dengan mereka, anda dikira selamat. Sedikit informasi untuk dikongsi – sekiranya anda pemegang lesen B2/B, anda hanya perlu membayar RM20 untuk satu tahun dan RM30 untuk lesen D, juga kedua-nya; lesen B dan D untuk satu tahun. Tahun ini, untuk melepaskan geram – Adam membayar untuk 5 tahun sekali gus dan jumlah bersih ialah RM150 untuk sekeping Lesen Memandu selama 5 tahun.

Tekad untuk membayar sekaligus ini kerana beberapa kejadian terlewat memperbaharui lesen membawa kepada kompaun. Contohnya, sebelum sambutan Aidilfitri 1430H, Adam dikenakan kompaun sebanyak RM40 kerana lewat memperbaharui lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi pendaftaran syarikat. Untuk melepaskan geram, sekali lagi Adam membayar untuk dua tahun dengan bayaran RM60 untuk satu tahun.

Selepas ini menjelang 2012, Adam sekali lagi perlu memperbaharui lesen radio amatur Kelas B di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk callsign ‘9W2YPR‘. Rekod pendaftaran lepas ialah RM180++ untuk lima tahun lesen ini.

Anda bagaimana? Apakah lesen sediaada telah hampir mendekati tarikh tamat sah? Jika sudah hampir, elok sangatlah perbaharui lesen anda tersebut. Sebelum dicekup akibat memandu tanpa lesen, cepat-cepat bertindak.

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • beliamuda October 1, 2009, 2:35 pm

    banyak betul lesen ko ada.. aku ada lesen memandu je.. dah tak lama lagi nak kena perbaharui…

  • Adam October 2, 2009, 3:33 am

    @beliamuda.
    haha. tu la pasal, terpikir plak banyak lesen yang ada, banyak pulak yang kena renew. income takde mane, tapi nak bayar tu banyak pulak. ;)

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3