Perlis negeri pertama bebas rokok

KANGARPerlis menjadi negeri pertama di Malaysia bebas rokok selepas mewarta dan melaksanakan undang-undang larangan merokok di seluruh kawasan awam di negeri ini tidak lama lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, langkah tersebut diambil bagi membantu orang ramai membuang tabiat buruk merokok dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negeri ini. Selain itu, katanya, ia bertujuan mengawal gejala merokok yang makin berleluasa di kalangan golongan muda terutama remaja.

“Adalah menjadi hasrat peribadi saya mahu melihat Perlis menjadi negeri pertama bebas rokok di negara ini.”

“Jika kita dapat melaksanakan larangan ini, sudah pasti ia membantu mereka yang tidak merokok daripada terkena tempiasnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Tanpa Tembakau di Dewan Warisan, Kangar semalam.

* Gambar hiasan: Nu’man dan Jad ketika sesi fotografi RS Famili Edisi Raya 2009.

Comments

3 responses to “Perlis negeri pertama bebas rokok”

  1. greenia Avatar

    sifar merokok di sekolah juga.
    budak2 dah pandai berjemaah rokok dalam sekolah.
    .-= greenia´s last blog ..toodles~ =-.

  2. Adam Avatar

    @Nia. Sepatutnya begitu.
    Kempen Tak Nak Merokok dah gempak keliling Malaysia, tapi di sekolah sendiri tak boleh nak banteras masalah ni.

  3. bu'man Avatar
    bu’man

    katakan tidak kepada rokok.. isap kat umah ja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *