≡ Menu

Salam Aidilfitri 1430H

Assalamualaikum WBT. Maaf terlewat, raya tahun ini tiada kad ucapan raya untuk pelawat adamroslan.com; tiada cerita persiapan raya untuk bacaan; dan tiada hadiah hari raya untuk Adam. Hari ini dah 8 Syawal 1430H, hari ke 8 umat Islam di Malaysia merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Alhamdulillah, raya ini berlangsung dengan setenangnya; cuma terasa juga ketiadaan Nur Hawa Illani yang kini berada di bumi Mesir untuk meneruskan pembelajaran beliau di sana. Tahun kedua beraya tanpa Abah.

Raya satu hingga raya ke enam penuh dengan jemputan rumah terbuka. Raya tidak semeriah mana akibat sakit gusi — mungkin ulser mulut. Tiada mampu untuk mengunyah daging dan kuih raya. Cuma merasa kesedapan air dijamu tuan rumah. Warga RS sempat bergambar untuk raya tahun ini, hitam bergaya. Sedang mencari gambar yang difoto oleh Amer Nasuruddin (foto.rs.com.my) dan krew.

Raya ketujuh dan kelapan sibuk menjalankan misi mencari Pulut Ayam. Dua lokasi berlainan berjaya menemukan dua rasa pulut ayam yang berbeza; Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Selain itu, sempat juga masuk ke negara seberang untuk jalan-jalan. Petang tadi, kami selamat pulang dari Thailand. Meriah sungguh sana!

Lagi cerita menarik? Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan Salam Tahniah kepada Hawa pada entri lepas. Hari ini, dia dah dapat rumah sendiri di sana. Panggilan ke sini sekitar RM5 untuk satu minit. Umi yang asyik kerinduan selalu telefon untuk bertanya khabar. Nak gunakan Internet, Hawa di sana masih lagi tercari-cari broadband. Raya hari ini juga dengan kereta baru; Proton Persona. Bergilir menyumbang bakti dengan Proton Waja.

Kepada Cik Pelawat yang me-request entri baru, maaf dipohon kerana kesibukan mengatasi segalanya. Bukannya tiada cerita tapi tak sempat nak memuat cerita ke Internet. Sudah ada dua tiga cerita/artikel ditulis melalui E71 sejak bulan lepas, tapi masih perlu disunting. Eh, Episoh Nur Kasih telah pun dilepaskan untuk distreaming, menghabiskan bandwidth sedia ada. Kalau dah kena bising, mungkin akan dipadamkan.

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • cha September 26, 2009, 3:05 pm

    mesti sedap kan :)

    • Adam September 27, 2009, 1:29 pm

      Cha, terbaik. Di sana ada dak pulut ayam?

      • cha September 27, 2009, 2:10 pm

        takdeeeee tp ada jual beras puluit ayam pun boleh beli .

  • Adam September 29, 2009, 12:45 pm

    Cha, bila nak post gambar raya di Maryland, boleh kira share dengan rakan di Lendu ni.

Leave a Comment