Blog

  • Tahun 2020 Sampah 30000 Tan Sehari?

    Manusia sering lupa bahawa rezeki dalam bentuk makanan yang dianugerah oleh Allah itu selalunya membawa padah jika diambil atau dimakan berlebihan. Dalam pada itu manusia juga lupa apabila tidak dimakan atau digunakan yang berlebihan itu, bererti manusia telah membazir rezeki yang Allah berikan. Di bawah beberapa fakta untuk kita fikir.

    1. Kira kira 7.34 juta tan sisa pepejal dihasilkan di Malaysia untuk tahun 2005. Ini bersamaan untuk memenuhi 42 bangunan yang sama saiznya dengan KLCC.

    2. Dijangka seberat 30000 tan sehari pepejal dihasilkan pada tahun 2020 dan sebanyak 45% adalah sisa makanan.

    3. Pembaziran makanan sering berlaku di kedai kopi, restoran, majlis rasmi dan di rumah kenduri kahwin.

    4. Di Jepun, rakyatnya membuang satu per empat makanan yang diperolehi.

    5. Rakyat United Kingdom membuang 4.1 juta tan makanan.

    6. Rakyat di Australia membazir sebanyak $6 billion makanan setiap tahun.

    Sumber: Utusan Pengguna Jan Feb 2010

  • Mass Comm: Kenangan di Waktu Dulu

    Mass Comm: Kenangan di Waktu Dulu

    Daripada 29 tenaga pensyarah yang mengajar di FKPM, UiTM Melaka ini, hampir 90% daripada kami adalah bekas pelajar-pelajar MassComm sendiri. Paling senior adalah saya sendiri yang bergraduat pada Disember 1994. Seringkali ketika duduk melepak bersama-sama, pasti terimbau kenangan-kenangan, pahit manis sewaktu mengharungi hidup sebagai mahasiswa MassComm dahulu.

    Waktu itu, FKPM dikenali sebagai Kajian Sebaran Am dan terletak di tingkat tertinggi Menara iaitu tingkat 13. Bahkan ëlevel 13í dan MassComm seakan tidak boleh dipisahkan. Hanya pelajar Mass Comm sahaja yang memonopoli tingkat ini lantaran pelajar-pelajar dari kajian lain agak fobia dan langsung tidak berani menjejaki.

    Di MassComm, ketika itu, satu hal yang paling ketara ialah hubungan rapat antara senior dan junior. Malah hubungan rapat ini adalah satu nilai yang sangat dihargai dan dibanggakan oleh pelajar-pelajar Mass Comm. Boleh dikatakan pada ketika itu, semua senior dikenali oleh junior. Walaupun terdapat jurang perbezaan semester yang besar, namun ia tidak pernah menghalang kami untuk mengenali senior dan junior kami.

    Begitu hubungan rapat ini tidak bermula dengan mudah. Pelajar-pelajar baru MassComm khususnya daripada semester 1, perlu melalui tempoh minggu orientasi yang panjang. Dalam masa dua minggu hingga sebulan, mereka perlu mengumpulkan tandatangan senior-senior.

    Bukan setakat itu saja, pada tempoh itu juga kami perlu mengikuti apa saja arahan yang diberikan oleh senior. Tempoh itu lebih dikenali sebagai tempoh ‘ragging’. Senior pada ketika itu sangat digeruni. Pelajar-pelajar part one, akan berlari lintang pukang setiap kali ternampak bayangan senior. Kalau terserempak juga, mulut manis, senyuman di bibir sentiasa terukir untuk mengelak daripada didera dan disakat oleh senior.

    Saya sendiri masih boleh mengingati bagaimana saya dan rakan-rakan lain tidak berani untuk menggunakan lif ke tingkat 13. Oleh kerana takut diragging dan disergah senior, kami sanggup untuk menapak beratus-ratus anak tangga. Seorang rakan, pernah disuruh untuk membelikan teh tarik untuk senior, sudah diberinya teh tarik, disuruh pula menukarnya dengan air milo, limau ais dan sebagainya. Berpeluh-peluhlah kawan tu kejap naik kejap turun dari menara!

    Tidak kurang pula yang dipaksa untuk menyanyi, menari dan berteriak laksana komander!. Malah, pada tempoh itu, tingkat 12 dan 13 pada tempoh itu tidak pernah sunyi. Hiruk pikuk dan sentiasa riuh rendah dek senior menyakat dan mendera junior.

    Seingat saya, kami tidak pernah merungut. Tidak pernah marahkan perlakuan senior-senior kami. Kami juga tidak terfikir untuk memprotes dan mengadu sana sini. Ketika itu kami menerimanya sebagai sebahagian daripada tradisi. Declaration Night adalah malam yang paling kami nanti-nantikan. Apa tidaknya,malam itu adalah malam pembebasan. Selepas malam itu, ëseksaaní yang kami terima daripada senior akan berakhir serta merta. Bagaimanapun malam itu tetap menggerunkan. Ini kerana malam itu adalah penentuan sama ada kami akan di’declare’ atau tidak. Hakikatnya, jika batch kami tidak dideclare oleh senior, seakan-akan kami tidak diterima sebagai ahli keluarga Mass Comm dan akan berterus-terusan dipinggirkan.

    Declaration Night selalunya berakhir dengan penuh gembira. Sebelum dideclare, kecut perut juga kami menunggu penderaan daripada senior. Malam itu habis basah lencun baju kami disirami air oleh senior. Tidak cukup dengan itu, rambut, muka dan seluruh badan kami pula dicurah dan disimbah dengan tepung berkilo-kilo!

    Bagitupun, malam itu selalunya berakhir dengan menggembirakan kalau tidakpun mengharukan. Malam itu, adik-adik junior perempuan akan berpeluk-pelukan dengan kakak-kakak senior dan junior lelaki akan berpeluk-pelukan dengan abang-abang senior. Senior dan junior saling bermaaf-maafan. Malam itu, apalah lagi yang lebih menggembirakan selain diterima sebagai satu keluarga!

    Selepas itu, segala-galanya akan jadi normal seperti biasa. Abang-abang dan kakak-kakak senior yang menyergah macam singa lapar dahulu mula menampakkan manis muka. Merekalah kemudian menjadi orang paling banyak membantu. Meminjamkan nota, buku, meminjamkan kamera. Apa saja pertolongan yang diminta junior pasti mereka tunaikan. Solidariti dan esprit de corps kami sangat kuat. Malah hubungan rapat antara senior junior ini membawa ke tempat kerja.

    Teringat saya ingat ketika menjalani latihan praktikal di TV3 dulu. Walaupun berdebar, hati terasa lega apabila terpandangkan abang-abang dan kakak-kakak senior. Mereka jarang menghampakan. Mereka selalu saja membantu, memberi nasihat dan tunjuk ajar. Kepada mereka, kami curahkan setiap masalah dan keluh kesah. Kalau kami tidak dapat ‘scoop’, abang-abang dan kakak senior inilah yang pantas memanjangkan story mereka.

    Hari ini, kami melihat hubungan rapat antara junior dan senior MassComm seolah-olah sudah tidak wujud lagi. Bukan saja junior yang tidak mengenali senior, tetapi sesama batchpun tidak mengenali antara satu sama lain. Mungkinkah bilangan pelajar-pelajar yang ramai menjadi faktor ini semua? Ataupun, kita hari ini lebih bersifat individualistik dan sendiri-sendiri. Seolah-olah kekitaan dan komuniti tidak lagi signifikan dalam survival hari ini. Kami juga terfikir-fikir, kalaulah tradisi MassComm ini diadakan kembali seperti dulu, pasti akan timbul lebih banyak isu kerana sekarang ini ramai yang tidak tidak boleh diusik lagi atas dasar status dan berprofil tinggi sebagai anak-anak pak menteri! -KR

    * Artikel ini pernah diterbitkan di The Medium Volume 2 dan diterbitkan secara atas talian untuk bacaan semula Junior Part 1 dan renungan untuk orang ramai.

  • Secret Recipe kini di Kangar

    Secret Recipe kini di Kangar

    Hi. Lama jugak tak menulis di sini. Benar, lama betul. Kalau tulis pun berkait dengan berita semasa dan bukan ‘daily craps’ seperti yang rajin di tulis lama-lama dahulu. Ya, sibuk sikit. Banyak jugak sibuknya mungkin. Kalau semester enam Diploma Komunikasi dan Media ini orang kata mudah, tapi bagi Adam tidak. Okay, terus kepada tajuk. Kepulangan Adam ke Perlis sempena Festival Filem Pendek dan Video Pelajar Malaysia ke-7 (FFVPM 7) di UniMAP pada dua minggu lepas telah memberi sedikit kejutan kepada Adam. Mana tidaknya, sebuah kafe Secret Recipe telahpun beroperasi di bandar Kangar. Untuk anda yang belum pernah bertandang ke negeri Perlis, kafe ini adalah kafe Secret Recipe yang pertama di negeri ini. Paling dekat, di Jitra Kedah Darul Aman. Selepas ini, tidak lagi rakyat Perlis akan ke Jitra untuk makan kek Secret Recipe ini.

    Satu lagi ‘pembangunan’ fizikal yang ada di negeri Perlis. Nampaknya pelabur sudah mula berani untuk masuk mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini. Kita nantikan apa lagi perniagaan francais yang akan masuk ke negeri Perlis. Sudah lama saya menanti McDonald’s di Kangar. Bila lagi agaknya? Meh, layan beberapa keping gambar Secret Receipe Kangar. Gambar ihsan Mat Kayangan dari AnakPerlis.com.

  • 2 Tiket Adnan Sempit di AdamRoslan.com!

    2 Tiket Adnan Sempit di AdamRoslan.com!

    Assalamualaikum WBT. Sudahkan anda menonton filem Adnan Sempit di pawagam berhampiran? Jika belum atau anda berminat untuk menonton buat kali ke dua atau ketiga, ini peluang keemasan untuk anda. Di sini saya menawarkan ‘2 keping pas masuk ke tayangan Adnan Sempit di TGV’ khas untuk anda.

    Filem ini sekali lagi telah membuka mata rakyat Malaysia untuk terus menonton dan menyokong filem tempatan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib seperti FINAS untuk terus memastikan filem tempatan mendapat tempat di hati para penonton. Kali ini kita disajikan dengan sebuah filem yang lebih santai dan sesuai untuk aktiviti melepaskan tension selepas penat bekerja. Pada pendapat anda, adakah anda masih menyokong filem tempatan atau hanya sekadar memandang sebelah mata setiap filem-filem tempatan yang ditayangkan? Di sini saya ingin mengajak anda untuk memberi komen atau pendapat tentang industri perfileman tanah air.

    Bagaimana untuk sertai?

    1. Ikuti Adam Roslan di Twitter, www.twitter.com/adamroslan

    2. Tulis satu post bertajuk ‘Saya Suka Filem Malaysia Kerana…” dan mulakan entri anda dengan ‘Adam Roslan, Saya suka filem Malaysia kerana…“. Post anda mestilah lebih daripada 100 patah perkataan, diletakkan poster ‘watermark’ (wajib) di atas dan slogan/post yang paling kreatif dan menarik akan melayakkan anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

    3. Hantar pautan posting/slogan anda di ruang komen untuk bukti penyertaan dan penilaian.

    Hadiah

    Hadiah, dua (2) pas masuk untuk menonton filem Adnan Sempit di TGV seluruh Malaysia.

    Ingat!

    Pertandingan ini akan dijalankan selama 7 hari bermula daripada 23 haribulan dan akan tamat pada 30 Januari 2010. Pemenang akan diumumkan pada 31 Januari 2010. Jelas? Sekiranya anda masih was-was tentang pertandingan ini, anda boleh ajukan soalan di bawah. Terima kasih.

  • The Finest Ice Cream in The World

    We select only the higest quality, all natural ingredients to create Haagen-Dazs ice cream. Haagen-Dazs ice cream is all natural with no preservatives, artificial flavours or colourings. This commitment to quality is why Haagen-Dazs is The Finest Ice Cream in The World.

    * Kredit untuk Amin Mansor. Dia bekerja dan ‘belanja’ ice cream ni di Haagen-Dazs KLCC.

  • Sultan Johor mangkat

    Sultan Johor mangkat

    JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi. Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.

    Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok. Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.

    Al-fatihah.