Blog

  • Why I Like it Longer

    Why I Like it Longer

    Kita sebagai manusia akan meminta sesuatu yang lebih. Tidak kiralah dari segi makanan, wang saku, atau gajet. Dalam kehidupan seharian, ada sahaja yang tak kena sekiranya apa yang kita hendakkan itu tidak dicapai atau ditunaikan. Teringat masa kecil dahulu, kita akan meronta-ronta sekiranya kita ternampak satu alat permainan yang menarik di pasar malam. Tidak kira, di pasar malam itu jugalah kita akan menangis dan meraung untuk mendapatkan ‘trak mainan gergasi’ itu. Harapnya, dengan menagis dan meraung, ibu bapa kita akan belikan untuk kita. Sudah suratan, akhirnya kita akan dibelikan kehendak kita itu walaupun pada masa itu, sekecil itu pemikiran langsung tidak digunakan.

    Bila besar sikit, mulalah simpan harapan dan cita-cita untuk menjadi seseorang. Menjadi seorang yang berjaya. Belajar tak mahu, tapi markah peperiksaan nak gempak. Begitulah kita. Semuanya sama. Usaha tiada, tapi mahu kejayaan segera. Jiwa dah mula jadi remaja, mulalah perangai remajanya. Kawan dibelikan basikal BMX sempena nombor satu dalam tingkatan, kita nak jugak walau dapat nombor terkebelakang. Kalau kawan ada motor EX5 kita akan nak lebih, Yamaha 125Z mungkin. Bila dah berkereta, orang lain nak naik saja Satria standard, kita nak modified, letak Mivec — lagi laju katanya. Takmau kalah!

    Hari ini, semua terjebak dengan kecanggihan teknologi — telefon bimbit, pemain musik, permainan digital, komputer riba dan sebagainya, kita sememangnya tak mau kalah dan nak sentiasa menang. Ahmad ada iPhone, Amirul mahu iPhone 3Gs. Memang tak boleh kalah. Itu halnya. Bagi saya, melebihi orang lain adalah satu yang dibolehkan sekiranya kita mampu. Tapi di sini saya tahu, telefon bimbit pintar LG Chocolate BL40 ini telah menambat hatiku. Lekas, transformasikan telefon pendek ini kepada yang lebih ‘panjang’ agar saya akan suka kepada sesuatu yang ‘panjang’! Lebih = Panjang!

    ***

    LG Chocolate kini kembali, tapi dengan versi yang lebih panjang! LG Chocolate atau nama saintifiknya, LG Chocolate BL40 adalah inovasi terbaru daripada pengeluar telefon bimbit Korea ini. Dengan rekabentuk yang unik dan panjang untuk menyesuaikan skrin lebar bersaiz 4 inci. Dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel ini turut disediakan dengan fungsi skrin sesentuh sepenuhnya sepadan dengan nilai ekslusif bagi siri LG S-Class yang menyediakan 3D mesra-jari, respon pantas dan akses mudah. Sesungguhnya LG Chocolate ini akan memnberikan pengalaman melayari internet, menyemak emel atau membuat tempahan tiket wayang secara mobility dengan ekslusif.

    Dengan harga permulaan pada RM2199, Nuffnang menawarkan telefon ini kepada 3 penulis blog yang menulis ‘Why I Like it Longer‘ secara kreatif! Untuk menyertainya cukup mudah, tulis satu entri berkaitan telefon LG Chocolate BL40 ini, hantar URL atau permalink kepada whyilikeitlonger@nuffnang.com sebelum 14 Februari 2010!

    P/S: Alahai, posting ini sebenarnya nak masuk bertanding juga, tapi masih kekeringan idea. Boleh cuba lain kali kot!

  • Albert Law di Dataran Pahlawan

    Siapa Albert Law? Kenalkah anda dengan Pete Teo? Okay, Pete Teo ialah seorang penulis lirik, komposer, penyanyi, pengarah filem dan pelakon. Kalau anda biasa dengan lagu Aizat bertajuk ‘Kau Pergi’, beliaulah penulis dan penyanyi asalnya bertajuk ‘I Go’.

    Albert Law ialah pengurus beliau. Kami bersamanya hampir 2 jam untuk berbincang hal berkaitan 15Malaysia. Kami akan membincangkan hal ini untuk Kajian Professional nanti. Hasil perbincangan semalam, kami mendapat jawapan yang positif.

    Banyak hal lain yang kami bincang semalam selain daripada hal politik semasa yang diterjemah dalam filem pendek 15Malaysia. Lainnya, beliau amat terkilan dengan berita selepas AJL. Tiada berita yang memuji Aizat sebagai juara. Yang ada cuma bunyi bunyi menyenda AJL. Apakah masalahnya? Bila memikir logiknya, betul. Berita Harian dan Utusan Malaysia ada bercerita pasal AJL. Tapi, mana sumbangan daripada akhbar harian Cina dan Tamil?



    Albert Law di Dataran Pahlawan, originally uploaded by adam.roslan.
  • YouthSays: Kempen dan Menang

    YouthSays: Kempen dan Menang

    Rupanya saya belum pernah sentuh tentang YouthSays di sini. YouthSays merupakan portal yang menyediakan ‘rewards’ kepada remaja. YouthSays (YS) merupakan satu platform untuk menjana pendapatan atau mendapatkan hadiah percuma kepada remaja yang berumur 13 hingga 30 tahun dengan mempromosikan kempen yang disediakan melalui Twitter dan Facebook.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik laman FAQ mereka di sini. Jika anda belum mendaftar, sila klik sini.

  • Bersama David Teo di FFVPM 7 UniMAP-Finas

    Alhamdulillah, kemuncak Festivel Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 7 (FFVPM 7) telahpun selesai dimana muzik filem La La La Kerjalah telah mendapat tiga anugerah: Kostum Terbaik, Penyunting terbaik dan Video Klip Terbaik Keseluruhan dan membawa pulang RM2000, hadiah iringan tajaan Panasonic Malaysia dan sebuah trofi. Tidak ketinggalan, Kau Pergi Kerana Suka mendapat tempat kedua untuk video klip keseluruhan.

    Agenda lain Adam kesana adalah untuk mencari kabel untuk karnival nanti. Sempat bertemu dengan Mr David Teo. Berbual pendek untuk mendapatkan tajaan dan jawapannya positif. Di akhir perbualan, beliau memberi pas masuk untuk filem terbaru terbitannya – Adnan Sempit. Katanya, filem ini sudah mendapat kutipan RM7 juta sepanjang 3 hari tayangan. Satu angka yang menakjubkan!

  • Bersama Pierre Andre di FFVPM 7

    Hi. Aktiviti pagi di Kangar ialah ke Booth Pameran. Yang menjadi perhatian ialah Booth Finas yang membawa Pierre Andre. Jom Serbu!



    Bersama Pierre Andre di FFVP 7, originally uploaded by adam.roslan.
  • Keputusan AJL 24 2010 dan Kekecohannya

    Hi. Rata-rata blog hiburan tanah air malam ini menyenaraikan senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24). Bagi memeriahkan suasana, di sini Adam turut menyenaraikan empat pemenang yang sememangnya layak untuk memenangi anugerah tersebut berdasarkan kebolehan mereka.

    Vokal Terbaik – Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)

    Tempat Ketiga – Faizal Tahir (Bencinta)

    Naib Juara Lagu – Yuna (Dan Sebenarnya)

    Juara Lagu ke-24 – Aizat (Pergi)

    Namun kemenangan ini bukanlah persoalannya, tetapi akan sedikit kekecohan yang berlaku di pintu masuk Arena & Hotlink Zone pada sebelum dan semasa majlis berlangsung. Adam berada di tempat kejadian dimana suasana menjadi kecoh apabila gate utama ditutup dan lebih 500 peminat yang mempunyai pas masuk tidak dapat masuk ke dalam Stadium Putra. Keadaan menjadi tegang apabila berlaku tikam lidah antara pengawal keselamatan dan peminat yang beratur untuk masuk sejak 6 petang. Adam yang juga tidak dapat masuk akhirnya pulang dengan tangan kosong dan hanya mendengar siaran Hot FM sepanjang perjalanan dari Kompleks Sukan Bukit Jalil ke Melaka. Harapnya, pihak bertanggungjawab dapat mengenalpasti punca masalah dan semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang.