Blog

  • Clash of the Titans 1981

    Pagi buta di Cheras taktau nak buat apa. Dengan Streamyx 4MB, sukar untuk disia-siakan. Saja mencari sumber kalau-kalau ada movie terbaru untuk dilayan di Youtube. Minggu lepas sempat tengok Clash of the Titans dengan rakan-rakan rumah, tapi kali ni nak share Clash of the Titans versi 1981. Sebelum tu, layan dulu trailer Clash of the Titans 2010.

    (more…)

  • Ikan Bakar Malim, Pasti Tinggal Tulang

    Rabu lepas selepas selesai memasang ‘fuel tank’, tetiba perut meronta sesuatu untuk diisi ke dalam perut. Memikirkan ada lagi sisa tugasan di MITC, kami berpakat ke Restoran Ikan Bakar Malim di Taman Tasik Utama MITC.

    Ghairah melihat keli bakar, lalu disambarnya ikan keli bakar. Harga bagi set makan tengahari tersebut ialah RM8.50. Orait lah, puas hati.

    Untuk makluman, Melaka sangat banyak dengan restoran makanan laut sama ada di Pengkalan Balak, Umbai atau di tengah tengah bandar Melaka. Selain daripada makanan laut, anda mesti cuba Asam Pedas Ikan Pari. Terbaik. Google lah Asam Pedas Claypot dan marilah kesana.

  • Fuel Pump, RM600

    Fuel Pump, RM600

    Harini kita akan belajar satu istilah automotif iaitu pam minyak atau ‘fuel pump’. Kegunaan ‘fuel pump’ ini ialah untuk menyedut minyak dari tangki simpanan petrol ke enjin. Selain daripada itu, alat ini berfungsi sebagai pelampung untuk menentukan takat petrol. Fuel pump ini biasanya diletakkan bersama tangki minyak di bawah seat belakang. Kerja untuk menukarkan alat ini tidaklah terlalu susah seperti yang dibayangkan. Apa yang diperlukan ialah satu set ‘fuel pump’ yang baru berharga RM550 dan alatan tangan yang sesuai. RM550 adalah jenama OD untuk Proton Waja dan barang baik daripada Proton Edar ialah RM899.

    (more…)

  • Empat Minggu Lagi

    Sedar tak sedar, kita sudah berada di pertengahan bulan Mac. Maksudnya April 2010 akan menjengah tiba. Dalam beberapa minggu lagi, Adam akan menamatkan pelajaran di bumi Melaka. Kalau nak dikisahkan, banyak kenangan manis. Tapi mungkin tak sesuai nak dibincangkan sekarang.

    Tak sampai 10 hari lagi pelajar semester enam akan bersedia memeriahkan Karnival 1Malaysia 1Media dan Seminar Broadband di MITC Melaka. Kami sebagai jawatankuasa kerja sekarang bertungkus lumus menyelesaikan beberapa perkara penting bagi menjayakan karnival ini. Masalah usah dikata, setiap hari akan ada saja masalah yang datang, tak kisah dari pihak penganjur bersama, peserta dan tidak ketinggalan penganjur sendiri.

    Dalam masa beberapa minggu di Lendu ini, banyak keinginan nak dibuat. Dulu time Botat sebelum grad, kami paksa dia untuk round satu UiTM, jalan dari setiap level ke setiap blok dan buat benda-benda yang akan dia ingat kat bumi Lendu. Tapi, dia tak buat pun. Sekarang, tibalah masa untuk kami di semester enam ni buat semua benda tu sebelum grad. Mampukah? Kami dah ada plan sendiri, tengok nanti apa yang akan terjadi. Bunga api besar-besaran mungkin.

    InsyaAllah, 7 hari ini kita akan bekerja bersama-sama untuk mencapai satu standard yang dikehendaki oleh Fakulti dan daripada para peserta sendiri. Jom jayakan Karnival 1Malaysia 1Media di MITC!

    P/S: Cuba disiplinkan diri untuk menaip satu post pada setiap hari. Dah bersawang la blog ni. PR pun turun.

  • Makan Besar

    Ikut fahaman kaum Cina, makan besar ni merupakan satu aktiviti wajib bila menjelang Tahun Baru Cina. Yeee sangggg!

    Fahaman orang Melayu pulak bila makan besar ni terbahagi kepada dua jurusan iaitu makan banyak atau makan dengan duit yang banyak. Jadi kalau memba memba ajak makan besaq, secara sendirinya kena set minda bahawa duit mesti kembung dalam wallet. Selalunya di Kangaq nak makan besaq pun semua akan menala ke Kuala Perlis. Mana tidaknya, pemahaman makan besar duit pun besar dikecualikan. Makan tiga ekoq ikan siakap tiga rasa pun, semua puas hati.

    Di Melaka kalau nak makan besar boleh datang ke Pantai Puteri atau Umbai. Sana banyak restoran nelayan yang sediakan makanan laut. Kalau nak makan besar versi orang barat boleh saja singah mana-mana hotel lima bintang seperti Hotel Equitorial.

    Harini gua makan besar selepas tiga minggu lepas. Bawak isteri tercinta pergi suatu pekan koboi di Melaka dengan niat nak makan besar. Tak ada kejayaan nak diraikan pun, cuma makan untuk perut sendiri. Mungkin nak bagi perut gembira jugak sebab tiap malam saja makan nasik putih dengan telur dadar di restoran panel atau di restoran Sri Kelemak.

    Berbekal sekeping not hijau, Alhamdulillah kepingin dalam hati berjaya dilunaskan. Tunggu pulak lepas ni kalau kalau ada lagi nak makan besar. Ikan bakar pun sedap!

  • Tema kita ialah Putih

    Hello. Kali ini betul betul kemunculan semula. Lama yang betul meninggalkan ruang penulisan ni. Sejak gunakan antaramuka yang agak seperti majalah National Geographic, semua kandungan yang ditulis pun adalah iras iras National Geographic jugak.

    Hari ini (sebenarnya dah lama) berniat untuk menukar tema kepada yang lebih ringan. Takmau lagi rupanya macam laman web Nat Geo. Selepas berhempas pulas dengan sambungan Internet yang nyawa-nyawa ikan, akhirnya tukar kepada satu tema yang kosong. Biar kosong, ada penulisan dan sikit gambar sudah. :)

    Lagi 15 hari pelajar Semester 6 akan menjayakan Karnival 1Malaysia 1Media. Maksudnya semakin sibuk untuk kami para comittee untuk menyiapkan pelbagai kerja kami. Tunngu, nanti dan lihat apakah perkembangannya.