2 Tiket Adnan Sempit di AdamRoslan.com!

Assalamualaikum WBT. Sudahkan anda menonton filem Adnan Sempit di pawagam berhampiran? Jika belum atau anda berminat untuk menonton buat kali ke dua atau ketiga, ini peluang keemasan untuk anda. Di sini saya menawarkan ‘2 keping pas masuk ke tayangan Adnan Sempit di TGV’ khas untuk anda.

Filem ini sekali lagi telah membuka mata rakyat Malaysia untuk terus menonton dan menyokong filem tempatan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib seperti FINAS untuk terus memastikan filem tempatan mendapat tempat di hati para penonton. Kali ini kita disajikan dengan sebuah filem yang lebih santai dan sesuai untuk aktiviti melepaskan tension selepas penat bekerja. Pada pendapat anda, adakah anda masih menyokong filem tempatan atau hanya sekadar memandang sebelah mata setiap filem-filem tempatan yang ditayangkan? Di sini saya ingin mengajak anda untuk memberi komen atau pendapat tentang industri perfileman tanah air.

Bagaimana untuk sertai?

1. Ikuti Adam Roslan di Twitter, www.twitter.com/adamroslan

2. Tulis satu post bertajuk ‘Saya Suka Filem Malaysia Kerana…” dan mulakan entri anda dengan ‘Adam Roslan, Saya suka filem Malaysia kerana…“. Post anda mestilah lebih daripada 100 patah perkataan, diletakkan poster ‘watermark’ (wajib) di atas dan slogan/post yang paling kreatif dan menarik akan melayakkan anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

3. Hantar pautan posting/slogan anda di ruang komen untuk bukti penyertaan dan penilaian.

Hadiah

Hadiah, dua (2) pas masuk untuk menonton filem Adnan Sempit di TGV seluruh Malaysia.

Ingat!

Pertandingan ini akan dijalankan selama 7 hari bermula daripada 23 haribulan dan akan tamat pada 30 Januari 2010. Pemenang akan diumumkan pada 31 Januari 2010. Jelas? Sekiranya anda masih was-was tentang pertandingan ini, anda boleh ajukan soalan di bawah. Terima kasih.

Comments

19 responses to “2 Tiket Adnan Sempit di AdamRoslan.com!”

  1. Richie Avatar

    wah menarik nih.. tp crita dia tak brape menarik.. hehehe

    1. Adam Avatar

      Hihi. Cerita santai bro. Takyah nak berat sangat. Rakyat Malaysia tak suka kot cerita yang berat dan kena banyak fikir ni.

  2. hbz Avatar

    ya.suka simple. tapi, bila simple, orang cakap “ala.macamni pun nak buat filem ke.”hurm
    .-= hbz´s last blog ..BANNER WISH CONTEST! =-.

    1. Adam Avatar

      Kalau macam tu selera rakyat Malaysia, kita kena ikut. Peliknya, kalau filem luar masuk — nak pulak tengok walaupun filem tu sendiri mengajak kita berfikir. Tapi, kalau bagi Talentime, masing masing dah pening.

  3. udacun Avatar

    menarik…. wah nak join gak r wpon da tgk cite ni.. mmg best cite ni.. xsempat nak rest asyik gelak aje… cedih pon ade gak.. br je ngs cikit.. da kuar air mata, tetibe wat part klaka la plak.. ish3.. hahaha.. cite yg cukup rase…
    erk.. da menyimpang dr tajuk asal daa..:P
    .-= udacun´s last blog ..#113 ? Penyembuh Rindu.. aku suke giler lagu ni..seduttttt..? =-.

    1. Adam Avatar

      Boleh. Marilah mencuba.

      Cerita ini memang sesuai ditonton kalau-kalau nak release tension kan. Santai.

  4. mohdisa Avatar

    wah menarik ni, ades. aku tak tgk lagi…slogan menarik yerk….hurm, kena fikir sebentar, hehe
    .-= mohdisa´s last blog ..Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  5. kisahsensasi Avatar

    Hmmm…. aduyai dah tengok la pulak citer nie…. maybe bro boleh buat untuk citer LU PIKIRLA SENDIRI -filem nabil dan kalau tak silap tayangan 11feb….
    .-= kisahsensasi´s last blog ..Teri Hatcher RASA SEKSI Apabila Berpeluh =-.

    1. Adam Avatar

      Boleh bro. Kalau ada cable saya open tiket tu untuk dipertandingkan. Eh, tolong upkan pun orait jugak bro. Taknak simpan lama-lama tiket ni. :)

  6. knightblogger Avatar

    huhu..cam best aje nih..
    .-= knightblogger´s last blog ..What’s Blogger hate to do? =-.

    1. Adam Avatar

      Cuba bro, untung badan boleh dapat tiket free ni.

  7. syin Avatar

    tak tngok lagi cite ni…trailer dai lawak gila…hahaha…tngk la..ada masa aku join…tapi rasa2 tak kot..blog aku bnyk down je…haha..sorry,,

    1. Adam Avatar

      Haha. Cubalah. Hantar je kat bawah ni. Kalau ada rezeki, dapatlah :)

  8. ejaa Avatar

    menarik jugak wat mcm ni.
    .-= ejaa´s last blog ..What are you doing on Saturday Nite? =-.

    1. Adam Avatar

      Marilah cuba. Saya pun takmau simpan hadiah lama-lama ni. ;)

  9. Joe Avatar

    Ah, Adam. Thanks hit aku kat web aku. haha.. baru perasan! Harap2nya aku tak ketinggalan.

    Nak join! Aku tak tgk lagi!
    .-= Joe´s last blog ..Design Banner Ads mudah ringkas profesional =-.

    1. Adam Avatar

      Dialu-alukan :)

  10. ery Avatar

    xbleh tengok sbb kelantan xde panggung wayang… :((
    .-= ery´s last blog ..Airport Hong Kong Ada PlayStation 3 =-.

  11. che nur Avatar
    che nur

    ooohhh……dpt tiket dr david teo eh..huhu.. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *