Blog

  • Petua Mengurangkan Sakit Migrain

    Migrain adalah sejenis sakit kepala yang akan datang apabila berlakunya stress. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan Antara petua untuk mengurangkan sakit migrain yang sering diamalkan ialah:

    1. Berehat seketika dengan berbaring.
    2. Elakkan terkena cahaya matahari yang terang atau pancaran matahari.
    3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar samar kerana keadaan terang boleh menambah sakit kepala.
    4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala dan tekapkan pada mata.
    5. Jika masih tidak reda, cuba gunakan air suam.
    6. Fikirkan secara positif.

  • Kelebihan Opera Mini 5

    Kelebihan Opera Mini 5

    Pengguna tegar Internet melalui telefon bimbit pasti tidak asing lagi dengan perisian Opera Mini. Perisian pelayar Internet mudah alih ini terkenal dengan kelebihannya untuk memadatkan gambar, teks dan elemen web yang lain sebelum dipaparkan ke skrin untuk pelayaran yang lebih laju. Opera kini telah melancarkan Opera Mini 5 beta 2 yang mana banyak fungsi baru diperkenalkan untuk menjadikan pelayar mudah alih ini lebih mesra pengguna.

    tabbed-browsing-zoomdownload-manager-zoom

    Antara fungsi utama yang telah diperkenalkan ialah fungsi Tabbed Browsing. Fungsi ini akan membolehkan pengguna untuk menyusuri beberapan laman web dalam satu-satu masa. Fungsi ini pasti memudahkan pengguna apabila boleh menjalankan multi-tasking. Fungsi kedua yang menarik perhatian ialah Download Manager, berfungsi menyenaraikan fail yang sedang dan selesai dimuat turun dengan penunjuk peratusan. Speed Dial dimajukan dengan menyediakan ‘thumbnail’, berbanding versi Opera Mini 4 yang hanya menyediakan Speed Dail berbentuk teks. Pengguna boleh menyelaraskan pautan daripada PC ke Mobile anda dengan menggunakan Opera Link. Jadi, anda masih boleh melayari senarai laman web kegemaran anda di Mobile anda.

    Fungsi lain yang dimajukan untuk Opera Mini 5 adalah seperti kelajuan dipertingkatkan kepada 90%, pengurus kata laluan, tetapan paparan Mobile dan banyak lagi. Anda boleh terus memuat turun versi beta 2 di pautan http://m.opera.com/next atau muat turun ke PC anda sebelum dipindahkan ke mobile. [via Opera]

  • MMU Chinese Orchestra Festival 2010

    Kebosanan di Lendu membawa saya, Hilmi, Zafir dan Farah ke Jonker Walk Melaka. Kali pertama ke Jonker Walk pada tahun ini. Tak banyak perubahan di sini kecuali ada beberapa peniaga Melayu yang menjalankan operasi perniagaan di sini. Masih ramai yang bertandang ke sini walaupun Pahlawan Walk dibuka. Masih ada banyak sebab kenapa mereka ke sini.

    Kerana telah biasa dengan suasana Jonker Walk saya dan Zafir duduk sebentar di pentas utama Jonker Walk. Ada persembahan orkestra Cina yang dibawakan khas oleh Persatuan Orkestra Cina MMU Melaka. Sedap lagu Jingkli Nona yang dimainkan.

  • Gambar: Sepang Drag Battle 2010 (Pusingan 1)

    Gambar: Sepang Drag Battle 2010 (Pusingan 1)

    Drag racing’s premier event in Malaysia – Sepang Drag Battle opens its new season this Saturday (20 February) at the Sepang circuit, five championship rounds and offers six categories of competencies, including a special category for street cars up to 2000cc legal. Celebrating its sixth year this season, the event, which is the only event sanctioned by Malaysia Motorsports Drag Race Governing Council, the Automobile Association of Malaysia (AAM), also opens also opened Street Legal turbocharged 2000cc engine, but competition within themselves in a separate class called Category FX.

    Besides the two categories of legal road cars, the other categories are Class A for cars with unlimited engine capacity, Class B two-wheel drive vehicles with unlimited capacity, class C, for vehicles up 2000cc and Class D for compact cars.

    Entry fee is RM200 per round by car and competitors may register the day of event or by calling Race Management Manager Mashithah SIC Hashim at 03-87782221 (fax 03-87782338) or e-mail to mashithah.hashim@sepangcircuit. com.my.

    Entry for spectators is RM10 for seats in the Main Grandstand and RM50 in the paddock, where fans can have a closer look at the average of machines participating in the event.

  • JPA tawar biasiswa untuk lepasan SPM 2009

    JPA tawar biasiswa untuk lepasan SPM 2009

    KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 bagi mengikuti program Biasiswa Nasional, Program Ijazah Luar Negara 2010 (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di peringkat ijazah pertama.

    Dalam kenyataan semalam, JPA menyatakan, biasiswa itu lebih tertumpu untuk bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi serta bidang sains sosial yang diperlukan perkhidmatan awam dan negara.

    Untuk keterangan lanjut, pemohon boleh merujuk iklan tawaran menerusi portal www.jpa.gov.my dan akhbar tempatan mulai 10 Mac depan. Mereka juga boleh menghubungi 03-88853412 atau datang ke kaunter Bahagian Pembangunan Modal insan JPA di Lobi Blok C1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.

  • Garis Panduan Penulis Blog

    Garis Panduan Penulis Blog

    Setiap hari kita akan dengar banyak berita berkaitan dengan penyalahgunaan blog untuk menyebarkan fahaman songsang atau memburukkan orang lain. Dalam arena politik sendiri, ahli politik yang menggunakan laman blog untuk menyebarkan propaganda mereka akan lebih mendapat perhatian daripada ahli politik yang masih menggunakan pendekatan lama seperti menulis di surat khabar.

    Namun, perlu ada beberapa garis panduan yang perlu diikuti oleh penulis blog ini tidak kira daripada golongan amatur, professional atau ahli politik agar ketepatan makluman dan kesan daripada penyebaran maklumat melalui laman blog tidak akan memudaratkan. Garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah :

    1. Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat.
    2. Jangan sekali-sekali menciplak.
    3. Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
    4. Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut.
    5. Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta.
    6. Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera.
    7. Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi.
    8. Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog.
    9. Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
    10. Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

    Sumber: SPJ Code of Ethics