Blog

  • Keputusan MUET 2009

    Keputusan MUET 2009 akan diumumkan pada 11 Januari 2010. Calon-calon MUET Akhir Tahun 2009 boleh menyemak keputusan mulai jam 12.01 tengah malam 11 Januari 2010 melalui SMS dengan menaip *MUET* *No. K/P* dan hantar ke *36363* atau pun secara on-line di www.mpm.edu.my mulai jam 9.00 pagi 11 Januari 2010.

    Keputusan MUET 2009, originally uploaded by adam.roslan.

  • Keputusan Piala Sumbangsih 2010 – Negeri Sembilan lwn Selangor

    SEREMBAN: Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini.

    Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

    Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin, Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Selepas rehat, pasukan “The Red Giant” bimbingan K Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor. – Bharian

    Keputusan Liga Super
    Keputusan Liga Super
    Kuala Lumpur 1 – T-Team 1
    KL Plus 3 – Pulau Pinang 1
    Pahang 2 – Perak 1
    Terengganu 0 – Kelantan 0
    Johor 0 – Kedah 3
    Perlis 0 – Johor FC 1

  • Sepak Mula TM Liga Super 2010

    Malam ini, tepat jam 8.45 petang 14 buah pasukan dalam tujuh perlawanan Liga Super akan memulakan kempen untuk TM Liga Super 2010. Perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor akan menjadi tumpuan kerana Negeri Sembilan adalah juara Piala Malaysia 2009. Rakan blogger, Ridzuan Richie awal-awal lagi telah memberi laungan awal akan kemenangan Negeri Sembilan berdasarkan prestasi mereka yang lepas.

    Tidak lupa kepada pasukan Singa Utara yang juga naib juara Liga Super 2010, kali ini mereka pasti bangkit dengan penyenaraian semula kesebelasan utama. Yang pasti, ramai nama baru akan disenaraikan untuk perlawanan pertama pada malam ini. Jurulatih baru Singa Utara, Mohd Nidzam Adzhar Yusoff berkata kepada Berita Harian, “Kehadiran dan pengalaman ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan menjadi pertaruhan buatnya untuk membimbing pemain muda yang rata-rata berusia 18 dan 24 tahun.

    “Tidak dinafikan skuad Perlis kali ini tidak sehebat seperti beberapa pasukan pilihan termasuk Johor FC yang turut mendapat sentuhan ramai pemain berpengalaman.”

    Perlis musim ini hanya diperkuatkan tiga tonggak veteran iaitu ketua pasukan, Mohd Fauzie Nan; Shariman Che Omar dan Zurendey Jumai. Bakinya adalah pemain muda termasuk empat anggota skuad bawah 23 tahun negara yang memenangi pingat emas Sukan Sea, Mohd Farizal Marlias (penjaga gawang), Mazlizam Mohamad (pertahanan), Amar Rohidan (tengah) dan Ahmad Fakri Saraani (penyerang).

    Jadual Perlawanan Minggu 1 TM Liga Super 2010

    Home Away Venue
    Negeri Sembilan vs Selangor Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS
    Kuala Lumpur vs Terengganu PBDKT T-Team Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
    Kuala Lumpur, PLUS FC vs Pulau Pinang Stadium MBPJ, Kelana Jaya
    Pahang vs Perak Stadium Darul Makmur, Kuantan
    Terengganu vs Kelantan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
    Johor vs Kedah Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, JB
    Perlis vs Johor FC Stadium Utama Negeri, Kangar
  • Bersama Dato’ Ali Rustam di Perasmian Pahlawan Walk Melaka

    Apabila setiap malam memakan nasi putih, sosej goreng dan sup sayur — geng rumah di Lendu menukar menu makan malam kepada sesuatu yang kebaratan. Akhirnya kami ke McDonald’s Dataran Pahlawan.

    Selesai makan, kami bergerak ke Pahlawan Walk. Ketika kami sampai, Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Ali Rustam sedang menyampaikan ucapan perasmian Pahlawan Walk. Daripada ucapan tersebut, melaka akan memiliki kereta kabel menjelang akhir tahun nanti. Jangan lupa, Melaka akan menjadi sebuah Negeri Maju 2010 tepat pada jam 20:10 pada 20 Oktober 2010.

  • Hari Hari Kelepasan Am Negeri Perlis 2010

    Senarai hari kelepasan am Negeri Perlis Indera Kayangan bagi tahun 2010. Sumber: Jabatan Syariah Negeri Perlis.

  • Perlis halalkan hutang Allahyarham Mohd Zamberi

    KANGAR: Lembaga Biasiswa Negeri Perlis, hari ini menghalalkan hutang Allahyarham Mohd Zamberi Saad, berikutan kesulitan ibu dan balunya untuk menjelaskan baki pinjaman pelajaran berjumlah RM15,000 yang tertunggak sejak 2001. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, mengumumkan keputusan itu kepada ibunya, Wan Tom Wan Hamid, 75, dan balunya, Sham Hassan, 39, ketika menziarahi mereka di Banggol Sena, Chuping dekat sini, hari ini.

    Ketika pertemuan itu, beliau turut menyerahkan sijil hapus kira hutang itu kepada Wan Tom dengan disaksikan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Musa Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusoh.

    Md Isa turut menyampaikan sumbangan beras kepada Wan Tom dan wang tunai kepada empat anak Allahyarham Mohd Zamberi yang pernah bertugas di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum kematiannya di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser pada 6 Jun 2001.

    Ketika ditemui, Sham berkata, Allahyarham suaminya membuat pinjaman RM20,000 daripada Lembaga Biasiswa Negeri Perlis untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dalam bidang Teknologi Maklumat pada awal tahun 90-an dan selepas itu menjadi tutor di UUM.

    Selepas dua tahun, Mohd Zamberi melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Nottingham di England dan kembali semula ke UUM sebagai seorang pensyarah selama empat tahun sebelum menyambung pengajian peringkat doktor falsafah di Universiti Leeds, England.

    Selepas lapan bulan di Universiti Leeds, beliau dikesan menghidap kanser lalu kembali ke tanah air untuk mendapat rawatan dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada usia 32 tahun.

    Sham berkata, bahawa ketika hayatnya, Mohd Zamberi sudah membayar hutang pelajarannya dengan sempurna namun selepas kematian suaminya itu, beliau tidak berupaya untuk menjelaskan hutang berkenaan disebabkan kesempitan hidup.

    Sham dan Wan Tom bersyukur kerana kerajaan negeri menghalalkan baki hutang Allahyarham Mohd Zamberi untuk meringankan beban kehidupan mereka.

    “Selama ini kami sentiasa berfikir bagaimana untuk menjelaskan baki hutang itu. Saya dah tua,” kata Wan Tom. – Bernama

    ***

    Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Negeri Perlis di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Isa bin Sabu. Allahyarham ialah pakcik Adam, adik kepada Abah. Beliau banyak memberi inspirasi kepada Adam untuk terus mendalami ilmu komputer. Banyak ilmu yang dicurahkan kepada Adam selain menanam minat kepada bidang ini. Pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jurutera komputer, tapi akhirnya Adam tukar ke satu bidang yang agak menjauhi daripada bidang jurutera komputer iaitu Komunikasi Massa.