Blog

  • Pages Sebagai Muka Depan Blogspot

    Biasanya, Blogspot akan menyenaraikan posts di muka depan blog anda. Tetapi anda mempunyai pilihan untuk meletakkan mana-mana page anda sebagai muka depan laman blog anda. Dengan cara ini, pembeli terus dapat melihat page yang mempromosikan produk anda, berbanding membaca posts daripada anda.

    blogger-custom-redirect

    Untuk menukar fungsi ini, sila ke Blogger Dashboard > Settings > Search Preferences.

    1. Di bawah sub menu Errors and Redirection, klik Edit di Custom Redirects.

    2. Klik New Redirects, masukkan details seperti berikut dalam ruangan yang disediakan. Dapatkan links To daripada Page anda, cuma masukkan URL selepas .blogspot.com seperti di bawah.

    From: /
    To: /p/selamat-datang.html
    Permenant: Yes

    3. Klik Save dan Save Changes. Blog anda akan dibawa secara automatik ke www.adamcoway.blogspot.com/p/selamat-datang.html jika anda memasukkan URL www.adamcoway.blogspot.com.

  • Bersarapan Lontong di Pasar Tani UPM

    Bersarapan Lontong di Pasar Tani UPM

    Kalau nak cari lontong yang sedap, cuba ke Pasar Tani Universiti Putra Malaysia (UPM). Uniknya lontong yang digunakan memang fresh daun pisang. Ada sesentah tu guna nasi impit sebagai pengganti lontong. Itu dah bukan lontong namanya.

    (more…)

  • Sunting Layout Blogspot untuk Menu dan Sidebar

    Ini adalah fasa mencantikkan blog anda. Selain fungsi kosmetik, layout ini membantu anda meberi fungsi yang lebih kepada blog anda. Contohnya, dengan layout anda dapat menambah menu di header dan nombor telefon di sidebar.
    Sunting Layout Blogspot untuk Menu dan Sidebar

    Tambah Menu di Header

    Sunting Layout Blogspot untuk Menu dan Sidebar

    1. Klik Add a Gadget di ruang yang bersesuaian. Untuk cipta menu di header, klik Add a Gadget seperti di atas.

    2. Popup akan muncul, pilih Pages dan klik ikon + untuk menambah.

    3. Popup Configure Page List akan terpapar. Tandakan Pages to show, untuk setiap page yang mahu dipaparkan kepada umum.

    4. Anda boleh susun page tersebut dengan drag and drop di List Order. Klik Save dan Save Arrangement.

    Tambah Teks di Sidebar

    1. Kaedahnya sama dengan cara di atas. Pilih ruangan yang mahu anda tambah gajet. Untuk kes ini, saya akan Add a Gadget di sidebar sebelah kanan.

    2. Pilih Text dan klik ikon + untuk menambah.

    3. Masukkan teks yang berkaitan seperti nombor telefon atau cara menghubungi anda. Klik Save dan Save Arrangement.

  • Menambah Posts dan Pages di Blogspot

    Buat pertama kali, blog yang dibina adalah kosong. Anda bertanggungjawab memasukkan bahan bacaan yang berkaitan produk anda untuk dibaca oleh pelawat. Bahan yang dimaksudkan mestilah berbentuk teks, gambar, atau video.

    Seperti yang saya terangkan sebelum ini, ada perbezaan antara Pages dan Posts. Sila fahamkan kenapa saya memilih Pages untuk teks tertentu dan sebaliknya. Untuk cipta Pages atau Posts, sila rujuk langkah di bawah.

    1. Klik Page di sidebar. Untuk kali pertama, makluman seperti di bawah akan dipaparkan. Klik Create a new page.

    There are no posts. Create a new page.

    Untuk page kedua dan seterusnya, klik pada New page yang terletak di menu Publish, Revert to Draft dan Delete.

    Menambah Posts dan Pages di Blogspot

    2. Laman seperti rajah di atas akan terpapar. Sila perhatikan fungsi yang ada. Fungsi ini akan membantu anda untuk memasukkan informasi ke dalam Page anda. Masukkan Title di ruangan yang disediakan.

    3. Teruskan dengan kandungan/informasi produk anda. Anda boleh masukkan teks, gambar, dan video. Anda boleh formatkan teks anda mengikut kesesuaian teks anda.

    4. Klik Save untuk simpan. Jika semuanya selesai, klik Publish. Orang ramai boleh mula melihat informasi yang anda kongsikan.

    Tukar Font, Saiz dan Warna Tulisan

    Menambah Posts dan Pages di Blogspot

    1. Pilih mana-mana teks yang mahu ditukar, kemudian klik butang yang berkenaan.

    Cara Masukkan Gambar ke Blogspot

    Menambah Posts dan Pages di Blogspot

    1. Klik ikon Insert Image, kemudian pilih Choose files. Browse folder komputer anda dan klik Upload. Anda boleh upload lebih daripada gambar dalam satu-satu masa.

    2. Pilih gambar yang mahu dimasukkan ke dalam page. Pastikan gambar tersebut ditanda dengan border biru dan klik Add Selected.

    3. Gambar yang berjaya dimasukkan, akan terpapar di ruangan menulis anda. Klik pada gambar untuk mengubah saiz; small, medium, large, original size; alignment, caption dan properties gambar tersebut.

  • Kenali Fungsi Blogger Dashboard

    Kenali Fungsi Blogger Dashboard

    Setelah blog anda sudah dibina, klik pada nama blog anda di Blogger Dashboard. Anda akan dibawa ke satu paparan Blogger Dashboard spesifik untuk blog anda. Anda boleh melihat Pageviews, Update dan News from Blogger di paparan Overview. Muka depan ini adalah sepintas lalu tentang blog anda, termasuk jumlah trafik yang diterima atau jumlah entri (posts) dan pages yang telah anda cipta.

    Perhatikan sidebar anda, ada menu Posts, Pages, Comments dan sebagainya. Setiap satu menu ini mempunyai fungsi untuk blog anda. Contohnya Posts adalah untuk artikel berbentuk cacatan harian atau testimoni yang dimasukkan secara harian. Pages pula adalah artikel yang tetap dan jarang di ubah seperti latar belakang syarikat, perkhidmatan yang ditawarkan, atau cara pembayaran. Pastikan anda boleh beza dua perkara penting ini.

    Google+ pula membantu anda menghubungkan akaun Blogspot dan Google Plus. Cara ini mampu menaikkan ranking blog anda di enjin carian Google jika kena caranya.

    Stats menunjukkan graf pelawat yang berkunjun ke blog anda secara terperinci. Anda boleh melihat posts yang kerap dibaca, sumber pelawat dan demografi pelawat.

    Earnings dan Campaign pula jika anda mahu letakkan iklan di blog dengan Google AdSense, atau beriklan blog anda di Google Adwords. Buat masa ini, saya tidak fikirkan ia perlu. Namun, Google AdWords akan bantu anda capai pelanggan dengan lebih cepat.

    Layout dan Template adalah menu untuk rekaletak laman blog anda. Anda boleh customize di sini.

    Settings pula menyediakan ruang untuk anda edit Title, Address atau perkara lain yang lebih terperinci. Saya akan sentuh dalam posting yang berkenaan.

    Teruskan dengan panduan Menambah Posts dan Pages di Blogspot.

  • Daftar Blog dengan Blogspot

    Membina sebuah laman blog perniagaan adalah satu cara terbaik untuk memberitahu dunia bahawa anda sedang buat itu dan ini atau menjalankan sesebuah perniagaan. Mempunyai laman blog terbukti mampu menjadi perantara antara pemilik perniagaan dengan prospek atau bakal pelanggan.

    Perkara pertama untuk mempunyai blog adalah dengan mendaftar di platform pilihan anda. Terdapat dua platform blogging yang terkenal iaitu Blogger (Blogspot) atau WordPress. Kedua-dua platform ini mempunyai kelebihan masing-masing dari segi antaramuka, fungsi dan optimasi laman web.

    Saya sangat menyarankan agar anda menggunakan Blogspot ini kerana lebih mesra untuk pengguna baharu. Anda boleh ‘explore’ WordPress selepas ini, atau nantikan panduan yang akan ditulis kemudian. Salah satu kelebihan Blogspot adalah, anda boleh guna akaun GMail anda, tanpa perlu mendaftar akaun baharu. Selain itu, blog anda lebih mudah di-index oleh Google kerana Blogspot adalah produk mereka. Secara tidak langsung, blog anda akan cepat mendapat trafik organik daripada enjin carian.

    Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mendaftar Blogspot.

    1. Log masuk ke www.Blogger.com atau www.Blogspot.com. Pastikan anda telah log in ke akaun Google anda terlebih dahulu. Sekiranya tidak, anda akan dibawa ke laman log masuk Google.

    2. Blogger Dashboard akan dipaparkan. Di sini, anda dapat melihat senarai blog yang didaftarkan di Blogspot milik akaun anda. Anda boleh daftar lebih daripada satu blog, hingga 99 blog maksimum. Jika anda ada 10 perniagaan, anda boleh bina 10 blog untuk kesemua perniagaan anda. Reading list ialah senarai blog yang anda ‘follow’. Entri terkini blog yang di follow akan disenaraikan, jadi mudah untuk anda tahu apa artikel terkini yang dikongsi blogger kegemaran anda.

    Bina Blog Perniagaan Dengan Blogspot

    3. Untuk mebina blog anda yang pertama, klik pada New Blog. Satu popup Blog List > Create A New Blog akan dipaparkan. Masukkan maklumat blog anda; Title, Address dan Template.

    • Title merujuk kepada nama perniagaan atau naman laman blog anda. Anda boleh masukkan terus nama perniagaan anda.
    • Address ialah nama subdomain kepada blog anda. Contohnya, blogbisnessaya.blogspot.com. Anda boleh mendaftar domain blogbisnessaya.com selepas ini, jika anda rasakan perlu. Address adalah kekal selama-lamanya. Maka, anda perlu luangkan masa untuk fikir Address/URL/subdomain yang akan anda bawa bersama perniagaan anda di Internet ini.
    • Template pula ialah rekabentuk blog anda. Pilih mana-mana template, anda boleh tukar jika dirasakan tidak cantik.

    4. Klik Create Blog sekiranya anda berpuas hati dengan Title, Address dan Template anda. Title dan Template boleh di-edit kemudian.

    5. Tahniah, anda sudah memiliki blog. Teruskan baca panduan seterusnya untuk menambah kandungan blog anda melalui Blogger Dashboard.