Membina sebuah laman blog perniagaan adalah satu cara terbaik untuk memberitahu dunia bahawa anda sedang buat itu dan ini atau menjalankan sesebuah perniagaan. Mempunyai laman blog terbukti mampu menjadi perantara antara pemilik perniagaan dengan prospek atau bakal pelanggan.
Perkara pertama untuk mempunyai blog adalah dengan mendaftar di platform pilihan anda. Terdapat dua platform blogging yang terkenal iaitu Blogger (Blogspot) atau WordPress. Kedua-dua platform ini mempunyai kelebihan masing-masing dari segi antaramuka, fungsi dan optimasi laman web.
Saya sangat menyarankan agar anda menggunakan Blogspot ini kerana lebih mesra untuk pengguna baharu. Anda boleh ‘explore’ WordPress selepas ini, atau nantikan panduan yang akan ditulis kemudian. Salah satu kelebihan Blogspot adalah, anda boleh guna akaun GMail anda, tanpa perlu mendaftar akaun baharu. Selain itu, blog anda lebih mudah di-index oleh Google kerana Blogspot adalah produk mereka. Secara tidak langsung, blog anda akan cepat mendapat trafik organik daripada enjin carian.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mendaftar Blogspot.
1. Log masuk ke www.Blogger.com atau www.Blogspot.com. Pastikan anda telah log in ke akaun Google anda terlebih dahulu. Sekiranya tidak, anda akan dibawa ke laman log masuk Google.
2. Blogger Dashboard akan dipaparkan. Di sini, anda dapat melihat senarai blog yang didaftarkan di Blogspot milik akaun anda. Anda boleh daftar lebih daripada satu blog, hingga 99 blog maksimum. Jika anda ada 10 perniagaan, anda boleh bina 10 blog untuk kesemua perniagaan anda. Reading list ialah senarai blog yang anda ‘follow’. Entri terkini blog yang di follow akan disenaraikan, jadi mudah untuk anda tahu apa artikel terkini yang dikongsi blogger kegemaran anda.
3. Untuk mebina blog anda yang pertama, klik pada New Blog. Satu popup Blog List > Create A New Blog akan dipaparkan. Masukkan maklumat blog anda; Title, Address dan Template.
- Title merujuk kepada nama perniagaan atau naman laman blog anda. Anda boleh masukkan terus nama perniagaan anda.
- Address ialah nama subdomain kepada blog anda. Contohnya, blogbisnessaya.blogspot.com. Anda boleh mendaftar domain blogbisnessaya.com selepas ini, jika anda rasakan perlu. Address adalah kekal selama-lamanya. Maka, anda perlu luangkan masa untuk fikir Address/URL/subdomain yang akan anda bawa bersama perniagaan anda di Internet ini.
- Template pula ialah rekabentuk blog anda. Pilih mana-mana template, anda boleh tukar jika dirasakan tidak cantik.
4. Klik Create Blog sekiranya anda berpuas hati dengan Title, Address dan Template anda. Title dan Template boleh di-edit kemudian.
5. Tahniah, anda sudah memiliki blog. Teruskan baca panduan seterusnya untuk menambah kandungan blog anda melalui Blogger Dashboard.
Other articles you might like;
Jom btukar minum air bersih dan halal..
Sy agent coway sedia membantu anda btukar dr air tak sihat ker air coway y sihat
Jom kita btukar minum air bersih dengan coway… dijamin halal
Ingin menjana pendapatan..atau ingin btukar minum air bersih leh wsap sy 0187814054