Blog

  • Cara Bina Kempen dan Ad Group di Google AdWords

    Setelah akaun anda dimasukkan bajet untuk beriklan, kini anda boleh bersedia untuk membina kempen, ad group, keyword dan bina iklan. AdWords Campaign ialah ibu kepada ad group; yang menentukan bajet harian iklan, lokasi iklan, targetting dan banyak lagi. Setiap satu akaun boleh mempunyai banyak kempen. Contohnya, Kempen #1 mensasarkan iklan di kawasan Selangor sahaja, dengan bajet harian RM10. Untuk Kempen #2 pula, anda boleh sasarkan iklan di Selangor, pengguna menggunakan tablet dan smartphone dengan bajet RM25 sehari.

    adwords campaign

    Manakala, Ad Group merupakan kumpulan kepada keyword dan iklan yang disasarkan. Semua keyword akan dikumpulkan di bawah Ad Group. Anda boleh mempunyai lebih daripada satu ad group dengan keyword dan iklan berbeza.

    (more…)

  • Beza Harga Barang Giant dan Guardian

      
    Guardian adalah farmasi milik Giant. Tapi apa yang pelik ialah harga bagi kedua jenama ini adalah berbeza. 

    Bagi yang sempat mengkaji, kebanyakkan harga barang di Guardian adalah lebih murah berbanding di Giant. Siapa yang tahu sebab apa? 
    (more…)

  • Cara Betul Melabur Unit Trust di Public Mutual

    Cara Betul Melabur Unit Trust di Public Mutual

    Selain simpan duit di bank, ada banyak lagi tempat simpanan yang beri pulangan yang tinggi, bergantung kepada tempoh wang tersebut disimpan. Umum tahu bahawa duit yang disimpan di bank memberi pulangan sekitar 3% setahun. Bagi mereka yang mengkaji bagaimana untuk menggandakan wang, mereka akan menyimpan dan melaburkan wang mereka ke suatu tabungan yang menawarkan sehingga 15% dividen setiap tahun.

    Antara pelaburan yang sah, yang menjadi kegilaan ialah Amanah Saham Bumiputra atau ASB yang mana dividennya boleh mencecah 5 hingga 8%. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup buat pinjaman untuk mendapat dividen dengan kadar yang cepat, contohnya RM50,000 akan memberi pulangan RM3,000 setahun. Orang ramai tidak kisah untuk membuat pinjaman, dengan bayaran RM300 sebulan untuk mendapat RM3,000 setahun dan lebih RM50,000 untuk 25 tahun. Untuk rekod, Tabung Haji menawarkan dividen lebih 4% termasuk potongan zakat.

    (more…)

  • Jawapan Digi Kepada Masalah Kawasan Tiada Liputan, Menjengkelkan

    Lepas seminggu laporan dibuat, pegawai perkhidmatan pelanggan Digi berjanji akan ajukan masalah aku kepada bahagian teknikal. Entah apa yang dibuat, hari ini aku terima satu kiriman SMS katanya daripada pihak teknikal dan teknologi Digi. 

    Our network dept is in a midst of planning for new site station at your area for better coverage. Do accept our apology over the matter. DiGi Customer Service

    Dengan jawapan melepaskan diri yang sangat umum, kita sebagai pengguna akan terus dibelenggu masalah ini, seperti tiada penghujungnya. 

  • Sudah 2015, Liputan Digi Masih Seperti 2005

      

    Terima kasih kepada Digi kerana memperkenalkan plan Digi SmartPlan yang jauh lebih murah daripada Maxis. Oleh sebab Digi menawarkan plan berbual dan kuota Internet yang besar maka aku nekad mencuba. 

    Hari kejadian, aku daftar plan Digi SmartPlan 78 dengan High Data. Dalam kertas tulis 3GB. Tapi sempena promosi, di kaunter dia offer 4GB dengan 200 minit call dan 200 SMS. 

    Berbeza dengan MaxisOne plan yang berharga RM128 tanpa GST untuk tanpa had panggilan, SMS dan 2GB data. Bagi aku, tak logik nak bayar RM128 sebulan untuk telefon walaupun dia offer sampai unlimited semua. 

    (more…)

  • Cara Jual Baju Kurung dengan Modal Rendah

    Jual baju kurung

    Pakaian adalah satu produk yang senang terjual. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakkan kedai di uptown atau downtown memilih untuk menjual baju atau pakaian. Baju kurung pula adalah pakaian yang sentiasa mendapat sambutan. Tak perlu tunggu musim perayaan, kerana baju kurung adalah kegemaran gadis di universiti untuk ke kelas, penjawat awam di jabatan kerajaan dan pakaian rasmi untuk ke majlis kenduri kahwin atau keraian.

    Oleh sebab itu juga, banyak butik online mula mengambil kesempatan atas keperluan seorang wanita. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, semua mahu menjual baju kurung secara online, sama ada di Facebook atau Instagram.

    (more…)