Blog

  • Wayang Percuma dengan TGV Movie Club

    Kaki wayang pasti gembira apabila Tanjong Golden Village (TGV) melancarkan TGV Movie Club yang memberi banyak faedah kepada ahlinya. 

    Dengan bayaran RM28 untuk sekeping kad, anda akan layak menerima sepasang tiket percuma, satu set minuman ringan dan popcorn, tawaran eksklusif menonton premiere filem dan sepasang tiket percuma ketika bulan hari lahir. 

    (more…)

  • Beli Beg Branded Original Murah dari London

    Tajuk ni sebolehnya dibaca satu lafaz. Kawan-kawan yang belajar overseas ni memang pandai belaka. Sebabtu mereka ni layak untuk ke sana lebih awal. Maksudnya, kita pun ada niat nak ke sana tapi lambat lagi.

    Sambil belajar, dia mula buat bisnes kecil-kecilan untuk sara diri di sana. Memandangkan barang branded di sana dijual dengan begitu murah sekali, maka kawan kawan kat sini pun mengharapkan mereka untuk merasa pakai barang branded dengan harga yang murah. Murah berbanding butik di Pavillion. Ataupun berangan untuk pakai barangan yang tak dijual di pasaran tempatan.

    (more…)

  • Harga Lesen B Full di Lembah Klang

    Kalau ada yang nak berjinak jinak dengan bidang permotoran kuasa besar, syarat paling wajib adalah memiliki lesen B, atau bahasa mudah dipanggil B penuh atau B full.

    Ramai yang survey harga kat mana yang murah dan berbaloi. Sudah pasti tak ada jalan pintas kerana proses memiliki lesen B full ini mengikut piawaian ketat yang ditetapkan oleh JPJ.

    (more…)

  • (VIDEO) Piala AFC 2015 Balestier Khalsa FC vs JDT

    Gol minit akhir oleh Asaruddin Putra telah membantu JDT membenam Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar, Singapura. Pasukan JDT kini mengumpul 6 mata selepas kemenangan dengan kelab India, East Bengal 4-1 pada aksi sulung di Larkin, Februari lalu.

    JDT akan berkunjung ke Hong Kong untuk bertemu Kitchee pada 17 Mac ini, sebelum timbal balik di Larkin pada 14 April 2015.

  • Macbook Emas dengan 5 Ciri Baharu

    Macbook Air 2015

    Apple melancarkan Macbook Air generasi baharu dengan menekankan aspek rekabentuk dan fungsi.

    Papan kekunci telah direka semula, dengan mekanisma baharu berkonsepkan rama-rama. Papan kekunci juga lebih lebar, dan LED didatangkan secara individu.

    (more…)

  • Kenapa Mat Motor Perlukan Perlindungan Takaful?

    Saya mula memiliki perlindungan takaful sendiri hanya pada tahun 2012. Ketika itu saya mendapat kerja tetap yang pertama selepas menamatkan pelajaran. Kerja saya dalam pejabat, tidaklah selalu keluar outstation kerana komitmen kerja saya yang hanya duduk di office ikut shift siang dan malam. 

    Boleh dikatakan kerja saya ini tidaklah mudah terdedah kepada kemalangan atau risiko di tempat kerja. Tapi risiko saya cumalah sebelum dan selepas kerja iaitu perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja, yang jauhnya lebih kurang 50 km setiap hari. Dalam 50 km itu setiap hari saya tengok ada tinggalan motorsikal akibat eksiden. Ada mudguard tercabut, no plate patah, lampu depan berkecai dan helmet di tepi lorong motorsikal. Terdetik dalam hati, setiap hari dari Shah Alam ke PJ saya akan terdedah kepada risiko ini. 

    (more…)