≡ Menu

Sunting Layout Blogspot untuk Menu dan Sidebar

Ini adalah fasa mencantikkan blog anda. Selain fungsi kosmetik, layout ini membantu anda meberi fungsi yang lebih kepada blog anda. Contohnya, dengan layout anda dapat menambah menu di header dan nombor telefon di sidebar.
Sunting Layout Blogspot untuk Menu dan Sidebar

Tambah Menu di Header

Sunting Layout Blogspot untuk Menu dan Sidebar

1. Klik Add a Gadget di ruang yang bersesuaian. Untuk cipta menu di header, klik Add a Gadget seperti di atas.

2. Popup akan muncul, pilih Pages dan klik ikon + untuk menambah.

3. Popup Configure Page List akan terpapar. Tandakan Pages to show, untuk setiap page yang mahu dipaparkan kepada umum.

4. Anda boleh susun page tersebut dengan drag and drop di List Order. Klik Save dan Save Arrangement.

Tambah Teks di Sidebar

1. Kaedahnya sama dengan cara di atas. Pilih ruangan yang mahu anda tambah gajet. Untuk kes ini, saya akan Add a Gadget di sidebar sebelah kanan.

2. Pilih Text dan klik ikon + untuk menambah.

3. Masukkan teks yang berkaitan seperti nombor telefon atau cara menghubungi anda. Klik Save dan Save Arrangement.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment