Blog

  • Senarai Produk Kesihatan untuk Dropshipping

    Aura White Stem Cell Collagen

    Lagi tajuk menarik yang boleh dibawa berbincang. Apakah senarai produk kesihatan dan kosmetik yang boleh dibuat dropshipping? Apakah produk kesihatan yang mendapat sambutan mengalakkan? Sudah pasti market research perlu dibuat untuk melihat apakah produk best seller yang boleh dijual, agar usaha mempromosi tidak sia-sia.

    Langkah pertama boleh dimulakan dengan mengenalpasti masalah pengguna atau rakan-rakan di Facebook. Kemudian buat validation produk, untuk memastikan produk yang dipilih ada sambutan atau boleh terjual.

    (more…)

  • (VIDEO) Rangkuman Liga Super 2015 6 Mac

    Enam perlawanan Liga Super 2015 berlangsung pada 6 Mac. Felda United mula menunjukkan taring apabila mendahului carta liga apabila mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Lions XII.

    ATM yang mengutip mata pertama berjaya mengikat Terengganu walaupun ketinggalan dua gol di Kuala Terengganu. Christie Jayaselan menjadi hero ATM apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74.

    (more…)

  • Lebih Untung Beli Emas dengan Powergold?

    Baru baru ni seorang sahabat lama Whatsapp berkongsi tentang kebaikan pelaburan emas. Memandangkan aku dah lama terjebak dengan pelaburan emas secara kecil-kecilan, aku pun berminat. Powergold ni lebih kepada program membership dimana anda akan mendapat harga ahli yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

    Banyak kelebihan yang diceritakan tentang menjadi ahli Powergold atau Powergold2u ni, antaranya dapat harga emas pada bawah harga pasaran, dapat ilmu pelaburan emas tanpa ke kelas, dapat beli barang kemas tanpa kos upah, dapat bonus belian balik dan sebagainya.

    (more…)

  • Baucar Buku 1Malaysia diedar 4 Mac

    ?

    Pihak UiTM melalui Unit Kewangan mengumumkan Baucar Buku 1Malaysia sudah diedarkan mulai 4 Mac (Rabu) di Unit Kewangan UiTM kampus masing-masing.

    Pelajar perlu membawa kad pengenalan dan kad pelajar sebagai bukti untuk menuntut Baucar Buku 1Malaysia. 

    Perdana Menteri Najib Razak semalam menasihatkan agar pelajar menggunakan baucar ini dengan berhemah. 

  • Char Kuay Tiau Sungai Dua di Puncak Jalil

    Char Kuay Tiau Sungai Dua di Puncak Jalil

    Rupanya banyak kedai makan yang aku belum explore di Puncak Jalil ni. Dari kedai masakan mamak, masakan Melayu, masakan Thai sehingga Char Kuay Teow Sungai Dua yang terkenal di Pulau Pinang.

    Aku dah lama tak singgah ke Sg. Dua untuk melayan char kuetiau mereka. Rasa asli char kuetiau tu ada, manis dan terasa udangnya dalam kuah.

    Harga pulak mungkin sikit berubah. Char kuetiau kecik berharga RM5, besar RM6 dan special ada telur goreng mata kerbau RM6.50. Restoran mereka terletak di belakang Kedai Mamak Miraasa.

  • Nasi Kandar Zainul PJ

    Nasi Kandar Zainul PJ

    Kali terakhir makan di sini kira-kira setahun lepas, masa kerja di PJ. Lepas berpindah ke Bukit Jalil, belum pernah lagi merasa Nasi Kandar Zainul ni. Lepas MBPJ buat perubahan jalan kepada jalan sehala, nak mai ke food court PJ pun tak berapa nak pandai.

    (more…)