≡ Menu

Garis Panduan Penulis Blog

Setiap hari kita akan dengar banyak berita berkaitan dengan penyalahgunaan blog untuk menyebarkan fahaman songsang atau memburukkan orang lain. Dalam arena politik sendiri, ahli politik yang menggunakan laman blog untuk menyebarkan propaganda mereka akan lebih mendapat perhatian daripada ahli politik yang masih menggunakan pendekatan lama seperti menulis di surat khabar.

Namun, perlu ada beberapa garis panduan yang perlu diikuti oleh penulis blog ini tidak kira daripada golongan amatur, professional atau ahli politik agar ketepatan makluman dan kesan daripada penyebaran maklumat melalui laman blog tidak akan memudaratkan. Garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah :

  1. Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat.
  2. Jangan sekali-sekali menciplak.
  3. Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
  4. Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut.
  5. Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta.
  6. Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera.
  7. Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi.
  8. Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog.
  9. Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
  10. Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Sumber: SPJ Code of Ethics

Other articles you might like;

61 comments… add one
  • menteil February 9, 2010, 5:50 am

    uiks? dah ada garis panduan.. huhu…
    semua di atas tu adalah betul…

    tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk menulis blog… tulis selagi mahu dan beretika.. hehe…

    nice post..
    .-= menteil´s last blog ..Dua Tahun Di menteil.net =-.

    • Adam February 18, 2010, 9:49 pm

      Kalau semua orang ikut etika ni, dunia aman damai aih ;)

  • IftiMonstaa April 5, 2011, 12:30 pm

    thanks fr the guide :)

  • Izwan June 29, 2011, 1:13 pm

    ini betul2 mementingkan kualiti..

    • Adam Roslan June 29, 2011, 1:21 pm

      Betul. Bukan setakat Jaguh Kampung. Terima kasih sudi berkunjung.

  • wazy June 29, 2011, 1:15 pm

    Terima kasih bro di atas garis paduan yang berguna ni

    • Adam Roslan June 29, 2011, 1:22 pm

      Sama sama Bro. Benda baik kena kongsi bersama. Takut ada yang menyimpang.

  • ~hanalia July 7, 2011, 7:52 pm

    Han masih samar2 dlm dunia blog nih..hehe baru 2 bln lbh…
    nice tips :) thanks…

    • Adam Roslan July 7, 2011, 8:37 pm

      Jadikan panduan ini untuk menjadi seorang penulis yang bijak, bukan sekadar berlandas emosi. :)

  • kotak bulat July 7, 2011, 7:59 pm

    garis panduan yang boleh digunakan.. terutama blog yang ceritakan hal-hal semasa

    • Adam Roslan July 7, 2011, 8:38 pm

      Kalau semua orang praktikan garis panduan ni, tenteram dunia. Tapi ini sekadar panduan.

      Dalam realiti industri media di Malaysia dan dunia, ada jugak yang abaikan. Kalau pengamal media pun abaikan, apa lagi kita yang amatur ni.

  • nurul jannah July 7, 2011, 8:07 pm

    terima kasih sebab sudi menjenguk.. terima kasih jugak untuk tips yang bermanfaat ni ye AR :)

    • Adam Roslan July 7, 2011, 8:39 pm

      Sama-sama. Terima kasih juga sudi berkunjung ke adamroslan.com

      Kalau berguna, kongsikan juga dengan rakan-rakan bloggers :)

  • Cik Puan Tecik July 7, 2011, 8:17 pm

    thanks for info dear :)

  • tuan loyar July 7, 2011, 8:18 pm

    bgus ni…ada guideline gitu.. :)

    • Adam Roslan July 7, 2011, 8:40 pm

      Kita ni pengamal media peringkat amatur, boleh praktikkan untuk penulisan yang berlandaskan etika.

  • AbgferOz July 7, 2011, 8:20 pm

    heee.. byk plak praturan.. isk isk.. nak kna masuk buku nie… hahahaa.. nak blogging dngan suke2 pown da susah skrang… dlu2 tarak plak garis2 nie..

    • Adam Roslan July 7, 2011, 8:41 pm

      Sebenarnya dah lama garis panduan ni diadakan untuk mengelakkan blog disalahgunakan. Jadi dengan adanya garis panduan ni, penulis sepatutnya menulis dengan penuh etika.

  • Izzat Nazmi July 7, 2011, 8:23 pm

    boleh digunakan garis panduan ni… thankz bro… =D

    • Adam Roslan July 7, 2011, 8:42 pm

      Boleh amalkan selalu.

      “Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut.”

      Ini selalu kita terlepas pandang. Berita tak ada sumber sahih.

  • myra ashrul July 7, 2011, 8:38 pm

    wahh , bagus-bagus . banyak manfaat neh . hee .
    btw , tenks to owner , adam sebab sudi jenguk blog myra ;)

    • Adam Roslan July 7, 2011, 8:43 pm

      Terima kasih berkunjung ke adamroslan.com. Kalau fikir garis panduan ini berguna, sebarkan untuk kepentingan bersama.

  • nik July 7, 2011, 8:42 pm

    semua pun betul!tapi menulis sebenarnya boleh ikut rasa cuma berpada-pada!penulisan tak strick macam exam ye kawan2!cuma hormat lah segala apa yang ada di dunia ni,jangan pikir diri sendiri.itu kunci utama!

    • Adam Roslan July 7, 2011, 8:44 pm

      Jangan sampai kita hilang kuasa atas blog kita sendiri. Hehe.

      Garis panduan ini menggalakkan penulisan yang lebih beretika. Contohnya pastikan sumber sahih, jangan menciplak dan sebagainya.

  • PeCo July 7, 2011, 8:56 pm

    yang penting jgn copy paste sketul dan make sure ada kredit utk bahan yg dicopy..hehe

    • Adam Roslan July 7, 2011, 11:29 pm

      Setuju. Sekarang banyak sangat kes plagiat ni. Hehe.

  • rozuan July 7, 2011, 9:08 pm

    memang perlu ada sebenarnya garis panduan untuk blogger.sepatutnya setiap kali nak buat akaun blog akan ada terms n condition serta semua blog perlu berdaftar dengan kerajaan

    • Adam Roslan July 7, 2011, 11:31 pm

      Kerajaan Malaysia tak kuatkuasa garis panduan ni untuk penulis blog, tapi untuk mainstream media ada. Cuma kita merujuk SPJ Amerika.

  • CaDLyNN July 7, 2011, 10:02 pm

    kene ikut garis panduan ni ke..ish2…hahaha..santai je tulis..sempoi sikit :p

    mekasihnye diatas panduan itu..

    • Adam Roslan July 7, 2011, 11:32 pm

      Bukan paksaan. Nama pun garis panduan. Boleh ikut kalau selesa. Tapi sebetulnya kena amalkan jugak apa yang digariskan.

  • mamajnjnj@sue@anang July 7, 2011, 10:08 pm

    bagus garis panduan ini, terima kasih kongsi.

    • Adam Roslan July 7, 2011, 11:33 pm

      Sama-sama. Terima kasih bertandang ke adamroslan.com

  • tiefazatie July 7, 2011, 10:35 pm

    wah..tq for sharing!

  • syilla July 7, 2011, 10:36 pm

    malaysian ada hak untuk bersuara . tapi mesti ingat pasal sensiviti . baru tak jadi isu . tu ja comment saya .

    • Adam Roslan July 7, 2011, 11:34 pm

      Setuju. Itu etika menulis. Jangan sentuh sensitiviti kaum, agama dan sistem beraja.

      Tapi dalam garis panduan ni sebenarnya panduan menjadi penulis yang baik seperti disarankan SPJ. Journalis amalkan, kita sebagai blogger pun tak salah untuk amalkan.

  • Kinderbuana July 7, 2011, 10:38 pm

    Thanks bro..info yg baik utk aku yg newbie ni :)

    • Adam Roslan July 8, 2011, 2:33 am

      Sama-sama. Info yang baik, elok dikongsi bersama-sama. Sebarkan untuk kefahaman semua bloggers.

  • agforexs July 7, 2011, 10:41 pm

    dah sertai tapak…jom sertai blog saya

  • Panik Malaya July 7, 2011, 10:55 pm

    info yang menarik..TQ! :)

    • Adam Roslan July 8, 2011, 2:34 am

      Sama-sama. Kongsi dengan rakan bloggers yang lain. Banyak faedahnya :)

  • hazwan July 7, 2011, 11:00 pm

    thanks..insyaallah akan ikut garis panduan di atas ni dalam beblogging

  • mimi_atia July 7, 2011, 11:01 pm

    follow u done (^_^) jalan2 waktu malam amek angin…

  • sue July 7, 2011, 11:58 pm

    setiap prkare yg kite nk wat kene menjage batas2.. same lah dngn berblog ni.. kan.. garis panduan yg bleh di ikuti.. gud

  • FarahD101 July 8, 2011, 12:52 am

    I guess it depends dengan seseorang tu.Mungkin style dia memang macam tu, maybe bagi dia, pendapat dia betul and he/she could be right. Nak view blog, kena tengok dengan fikiran terbuka. Mana yang kita tau salah, kita tak payah ikut.

    • Adam Roslan July 8, 2011, 2:36 am

      Setuju. Garis panduan ini sebagai rujukan. Point 1 dan 2 tu paling penting.

  • Mss Ieza July 8, 2011, 12:53 am

    nice 4 the sharing :)

  • hatikubaik July 8, 2011, 1:06 am

    blogger kena bertangggungjawab dgn stp apa yg ditulisnya ..beretika la ..hormati idea org lain …skadar pendapat bro ..

    • Adam Roslan July 8, 2011, 2:37 am

      Blogger kena menulis dengan bertanggungjawab sebab penulisan itu sendiri menggambarkan cara penulis berfikir.

      Ya, masing-masing ada hak bersuara jadi gunakan dengan batas tertentu. Jangan melampaui batas sudah.

  • jh July 8, 2011, 8:49 am

    tq. besa gua menulis sambil lewa.

    • Adam Roslan July 8, 2011, 9:10 am

      Kita ada gaya menulis sendiri. Asalkan tak langgar etika penulisan sudah. Dok tulis cerita buruk pasal orang semua. Haa.

  • cikwanielovela July 8, 2011, 10:50 am

    sebab tu kita kena haty2 dalam menyebarkan berita..cwl suka sebar infomasi dari berita..<3

  • pupel July 8, 2011, 11:08 am

    betul:)

  • kotak mancis July 8, 2011, 11:28 am

    wahhhh… ada panduan rupanya…. selalunya maen bantai taip je…. hehehhheeeeee
    ( jom klik ) ( jom klik )

  • mira July 8, 2011, 11:41 am

    banyak jugak garis panduan ye. ;p

  • kirani July 8, 2011, 12:38 pm

    ehem..sy xminat nk cte sal bnde lain..
    sy tulis blog sbb nk luahkn pe yg sy ase..
    sy ase entry sy xkn menyimpg kowt..hee~
    niway,thanx 4 de info.. ;)

  • asyila zainuddin July 8, 2011, 1:09 pm

    tak tau pun tulis blog kena ade garis panduan.. ngee..

  • TJJ July 10, 2011, 12:39 am

    penting2..

  • Tyntha Lana July 13, 2011, 4:29 pm

    salam adam..terima kasih ats perkongsian yang baik ni..skema nya ayt aku,hahaha

    Lana rasa yang tak tahu lebih ramai dari yang tahu kan adam? termasuk lah lana, baru tahu ni..

Leave a Comment