Blog

  • iPhone + Celcom: Perabih Duit

    Bukan nak cerita buruk mana-mana pihak tapi nak cerita benda yang benar. Pengalaman menggunakan Apple iPhone dengan Celcom University of X (UOX) selama dua minggu telah menurunkan minat terhadap iPhone. Kalau sebelum ini beriya-iya nak guna iPhone, tapi selepas ini tidak lagi.

    iPhone adalah sebuah model telefon yang seni dan berteknologi tinggi. Telefon ini sesuai digunakan bersama plan data daripada mana-mana penyedia telefon tempatan. Oleh kerana sepanjang tempoh percubaan saya hanya menggunakan ‘prepaid’, hampir RM20 daripada kredit saya digunakan oleh iPhone tanpa sedar. Bahagian itulah yang membuatkan saya sedikit marah kerana dengan hanya beberapa SMS yang dihantar, hampir kering saya dibuatnya. Saya syak perisian ‘push Internet’ seperti tetapan MMS sering meminta untuk berhubung ke Internet selain daripada perisian permainan.

    Sebagai solusi, saya cuba beberapa perisian seperti Firewall iP dan menukar alamat tetapan MMS kepada alamat yang tidak dikenali. Cara ini tidak berjaya sepenuhnya. Ada sumber di Google menggalakkan pengguna menggunakan BossPrefs untuk menghalang iPhone mengakses Internet secara ‘push’. Saya juga menjalankan carian di Google cara untuk ‘Disable EDGE/3G’ kerana dipercayai simbol ini (terletak di sebelah nama operator) adalah isyarat bahawa iPhone sedang mengakses Internet.

    Jujurnya saya kagum dengan kebolehan dan teknologi yang ada pada Apple iPhone tetapi hanya sesuai dilanggan bersama plan data. Jika tidak, pepatah ‘Apple hanya memakan duit’ amat sesuai digunakan.

    P/S: Hati masih lagi sayangkan E71. Telefon yang bercirikan Push Internet masih lagi belum sesuai dipakai rasanya. Semua itu duit.

  • Perbezaan Cinta, Sayang, Suka dan Minat

    Cinta
    Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

    Sayang
    Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

    Suka
    Kita sukakan dia kerana dia kelakar, dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu giler kat dia bila tak berjumpa seminggu.

    Minat
    Apa sesuatu ada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap, dan botak. Sebagai contoh, kita minat pada seseorang tu kerana kebolehan yang ada pada dirinya, tiada pada kita.

    Via Perbezaan Cinta, Sayang, Suka dan Minat

  • Rafiqin Darwisy mengutuk kematian Din Beramboi

    Dalam semua orang sedang bersedih kerana kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, ada juga seorang yang menentang atau mengutuk pemergian Arwah. Saya suka memetik kata-kata En Husni dalam blog beliau,

    Gua rasa ni la akibatnya apabila budak-budak didedahkan terlalu awal dengan internet, indie, shuffle, mengorat makwe, majalah Mangga,bus stop,Grand Theft Auto, tandas awam, shopping kompleks, Pekida, Islam hadhari dan sebagainya.

    Benda-benda macam tu memang susah kalau lu orang nak sekat. Dia masuk macam itu saja. Tak ada bagi-bagi signal langsung. Bila-bila masa pun boleh masuk. Tak ada had. Kalau jenis kepala 8 gig pun dia boleh masuk 16 gig.

    Nak tak nak kena pandai-pandai tapis sendiri. Berapa tapis pun atas ilmu di dada. Atas akal masing-masing. Itu pun kalau ada.

    Anda boleh terus membaca screen shot ini atau klik pautan ini untuk menjadi peminat kepada kumpulan Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !! Klik sini untuk menjadi rakan dengan Rafiqin Darwisy. Semua orang kena terima perkara ini dengan cara paling terbuka.

  • ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular

    ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular

    Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, di sini malam tadi.  Siti Nurhaliza, 31, yang meraih 225,300 undi, memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Aizat, Nabil, Faizal Tahir dan Fara Fau. [via BH]

    (more…)