Blog

  • Aktiviti pengakap kukuhkan perpaduan

    Aktiviti pengakap kukuhkan perpaduan

    PADANG BESAR 10 Mei – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu aktiviti perkhemahan pengakap dijadikan program bagi mengukuhkan perpaduan masyarakat di negara ini.

    Titah baginda, aktiviti sedemikian harus diteruskan dan perlu bermula dari sekolah kerana ia memberi contoh dan teladan baik untuk generasi muda.

    “Ini kerana apabila meningkat dewasa secara tidak langsung mereka menjadi lebih matang dan mudah memahami agama, bangsa, keturunan dan budaya masyarakat lain di negara ini,” titah baginda.

    Baginda bertitah demikian semasa menutup majlis Perkhemahan Kepimpinan 1 Pengakap 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis di Pusat Kokurikulum Kem Tasoh di sini hari ini.

    Berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis, Mansor Lat.

    Sehubungan itu, baginda berharap Persekutuan Pengakap Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri merapati generasi muda melalui pendidikan positif demi melahirkan masyarakat gemilang, seimbang dan penyayang.

    “Saya berharap perkhemahan ini yang berteras nilai-nilai sejagat dalam undang-undang pengakap akan membentuk modal insan yang positif dari segi emosi, jasmani dan rohani,” titah baginda.

    Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin mengingatkan bahawa ahli pengakap ialah pemimpin kecil yang merupakan biasan sikap daripada masyarakat sebenar di negara ini.

    “Melalui persatuan pengakap, komuniti kecil ini dapat diterap nilai masyarakat penyayang dan saling menghormati sekali gus apabila mereka berada di luar komuniti ini perasaan ini terus disemai antara kaum,” titah baginda.

    Baginda turut berharap agar diperbanyakkan aktiviti sedemikian yang mampu merapatkan jurang perbezaan kaum di negara ini.

    ‘‘Melalui penglibatan ahli pengakap Thailand yang turut hadir pada majlis ini akan dapat merapatkan hubungan Perlis dan wilayah-wilayah selatan Thailand,’’ katanya.

    Seramai 700 ahli pengakap terdiri daripada pelajar dan guru sekolah di negeri ini dan 22 ahli pengakap dari wilayah Satun, Thailand menghadiri majlis berkenaan.

    Oleh MARZITA ABDULLAH
    utusanperlis@utusan.com.my

  • [WTS] Yaesu FT-60R

    The Yaesu FT-60R dual-band 2 meter/440 MHz HT boasts 5 watts output on both bands. It also features wideband receive from 108-520 and 700-999.990 MHz (less cellular). An Emergency Automatic ID system will automatically cause your FT-60R to transmit your callsign and engage the mic if you are disabled and unable to press the PTT switch. Two programmable keys are provided for your convenience. There is even a password feature to prevent unauthorized use of your radio. Radio to radio cloning is possible with the optional CT-27A cable. Other refinements include: One touch NOAA weather, nine DTMF auto dialer memories, die-cast weather resistant case, ARTS Auto-range transponder system. There is also a Mono-band and Memory-only operating mode.

    Includes the SMA flex antenna, NiMH Battery, Belt Clip and NC-88B 120 VAC wall charger. Size: 2.3 x 4.3 x 1.2 inches 13.1 oz (58x109x30mm 370 g).

  • Meriahnya Kangaq!

    Meriahnya Kangaq!

    Setiap tahun, Negeri Perlis akan menyambut Sambutan Keputraan Raja Perlis pada 17 Mei. Tahun ini lebih meriah dengan sambutan 10 Tahun Pemerintahan DYMM Raja Perlis. Pelbagai acara menarik telah berjalan dan antaranya ialah Majlis Penutup 1Pengakap 1Malaysia. Malam-malam kalau berjalan di Perlis, dapat tengok lampu-lampu cantik di sekitar Kangar. Antara yang menarik perhatian ialah lampu warna-warni di Jalan Kangar – Arau. Esok kita bergambar lagi bersama lampu cantik di Kangar!

  • Siap Sudah Pintu Gerbang

    Penat lelah hari hari dok pi Kem Tasoh, akhirnya terbalas apabila DYMM Raja Muda Perlis berkenan untuk menaiki Pintu Gerbang yang dibina.

  • Pintu Gerbang di Kem Tasoh

    Pintu Gerbang di Kem Tasoh

    Dua tiga hari ni kalut sikit dengan dua tiga aktiviti di Perlis. Kemarin hari pertama bekerja balik sebagai seorang FSR IT Services di lima buah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS. Dua hari sebelum itu berulang-alik dari Kangar ke Kem Tasoh di Pusat Kokurikulum Timah Tasoh Beseri untuk membantu menyiapkan pintu gerbang sempena Kursus Kepimpinan Pengakap Negeri Perlis bersempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Ke 67 dan 10 Tahun Pemerintahan Tuanku Raja Perlis. Perasmian oleh Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.

    Untuk rekod, ini adalah kali pertama pintu gerbang setinggi 13 kaki (dianggarkan) dinaikkan di kawasan ini. Seramai 10 orang tenaga kerja berhempas pulas siang dan malam untuk menjayakan projek ulung ini. Sehingga semalam, atap nipah sudahpun disiapkan dan hari ini segalanya sudah selesai dan sekarang adalah perasmian peserta-peserta.

  • Selamat Pagi Khamis

    Selamat Pagi. Hari ini hari pertama bekerja. Memakai pakaian seragam IT Services yang disimpan sejak cuti semester lepas. Dengan semangat baru, walaupun semalam sedikit terkecewa. Kerja part time dibayar RM50 sehari, dengan tugas memasang dan mentauliah lapan buah komputer Dell ke seluruh Tabika KEMAS di negeri Perlis.

    Esok akan bermula Jambori Mini Pengakap di Kem Tasoh. Saya akan berada di sana sebagai petugas. Petang ini akan kesana untuk meneruskan kerja kerja membangunkan pintu gerbang.



    Selamat Pagi Khamis, originally uploaded by adam.roslan.