Blog

  • Pengadil Kayu

    Pengadil Kayu

    Kali terakhir saya menonton bolasepak Liga Super adalah kira kira 3 tahun lepas semasa pertemuan Perlis dengan Pahang di Stadium Utama Kangar. Malam tadi, sekali lagi memecah tradisi untuk menonton bola sepak tempatan di Stadium Utama Negeri. Tanpa perancangan, saya di telefon oleh Amzar Anaqi dari Kedah berhubung game pada malam itu. Tanpa berlengah saya segera mengatakan YA untuk game tersebut.

    Dalam usaha mencari tiket subsidi, dapat le tiket bersubsidi daripada saudara Naqib. Ramai jugak yang membanjiri stadium malam itu, walaupun hujan renyai sepanjang 70 minit permainan. Dari segi permainan, mereka bermain penuh longlai dan lemah gemalai. Akhirnya pada minit ke-37 Perlis berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan gol padang oleh Ahmad Fakri Saarani.

    Pada separuh masa kedua, permainan dikawal oleh Perlis namun tiada jaringan gol dihasilkan. Selepas beberapa serangan, Kedah mencapai rentak dan menghantar satu percubaan ke arah gol. Walaupun berada dam posisi offsaid, pemain Kedah berjaya mendapatkan gol penyamaan selepas hantaran pendek ke arah pintu gol Singa Utara. Keputusan penuh; Perlis 1 – Kedah 1.

    P/S: Gambar di Final Piala FA 2010. Sekadar hiasan.

  • Sinar FM kini radio bahasa Melayu nombor satu

    RADIO Sinar FM menjadi stesen radio bahasa Melayu nombor satu di Malaysia, satu kejayaan amat mengagumkan kerana berjaya meraih pendengar sejumlah 4.1 juta. Ini menjadikannya stesen radio paling cemerlang dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini. Bahkan, segmen Sarapan Sinar FM juga menduduki carta nombor satu dengan dengan 2.1 juta pendengar.

    Sementara itu, radio Era pula terus menambat hati pendengar Melayu. Stesen radio yang mengetengahkan ‘Muzik Terkini’ – hidangan muzik dan hiburan kontemporari masa kini, menjadi peneraju radio bahasa Melayu berformat ini mempunyai sejumlah empat juta pendengar setiap minggu. Program Sarapannya terbukti menawan pendengar Melayu, dengan jangkauan 1.8 juta pendengar. via Berita Harian

  • Laksa Beras & Pulut Udang

    Laksa Beras & Pulut Udang

    Sempena Hari Keputraan DYMM Tuanku Raja Perlis, saya bersama Amran Ali ke Kuala Perlis untuk menikmati Laksa Beras Kak Su di sana. Perancangan lewat petang ini hanya disertai oleh kami berdua memandangkan yang lain masih lagi asyik dibuai mimpi akibat keletihan seharian di atas kereta dari Putrajaya ke Kangar.

    Kedai Laksa Beras Kak Su adalah salah satu kedai Laksa Beras yang terbaik yang pernah saya makan. Penuh dengan nilai-nilai Laksa sejati dengan kuah yang pekat dan isi ikan yang lemak. Terima kasih kepada Amran Ali kerana membelanja Laksa Beras dan Pulut Udang.

  • Bihun Sup & Pomen Moto

    Bihun Sup & Pomen Moto

    Harini merupakan hari kedua negeri Perlis dilanda hujan lebat. Kalau semalam tiada apa yang berlaku, hari ini palung air di rumah mengalami sedikit kerosakan. Namun, sawah di belakang rumah pasti akan menjerit kegembiraan apabila mereka mendapat air dan menyimpan sedikit air di dalam tanah liat berbanding tanah yang kering dan merekah beberapa hari sebelum ini.

    Peristiwa hujan lebat berakhir sekitar jam empat selepas selesai membuat sedikit kerja-kerja DIY di rumah dan Bugis mengajak makan petang (dibaca makan tengahari) di Mami. Mami ialah port lepak anak muda termasuk saya semasa zaman sekolah menengah hingga sekarang. Memandangkan sejak balik ke Kangar saya sekali pun tidak menjengah Mami dan Mak Ngah serta Pak Ngah di kedai, saya terus bergegas ke sana mendapatkan Bugis.

    Apa yang menjadi favourite di kedai ini ialah ais kacang dan bihun supnya. Murah dan sedap, itulah yang menggambarkan segala-galanya. Tapi versi bihun sup di sini ialah bihun sup putih dan bukannya bihun sup kuning yang biasa kita makan di sekitar Kuala Perlis. Bihun sup daripada kategori ini sangat berbeza dengan apa yang ada di Kuala Perlis dan berbeza sangat dengan Bihun Sup Ayam Fatin Corner. Saya akan review bihun sup itu kemudian. Total, RM 3.50.

    Selepas makan, kami ke Arau untuk berjumpa Anuar IT Services bagi mendapatkan upah kerja. Juga sempat ke C-Mart Arau Mall, tapi tiada gambar untuk tatapan anda. Menarik. Satu arus perubahan yang dibawa oleh Chin Hin Jitra.

    Setibanya di rumah, saya menggunakan kepakaran yang ada untuk mengubah clutch LC135 dengan memutar skru di handle bar. Mari saya ajar bagaimana untuk mengubah clutch dari clutch panjang ke clutch pendek.

    Apa yang perlu ialah ubah skru dengan playar dan ketatkan sehingga anda mencapai takat yang diinginkan. Sekian.

  • Kereta TMJ

    Kereta TMJ

    Kongsi koleksi gambar kereta TMJ atau Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar al Haj. Dengan kata kunci TMJ, banyak gambar-gambar akan terpapar. Menarik untuk di-eksplorasi.

    Via Facebook

  • Macloba Beef di Noura’zz Cafe UUM

    Macloba Beef di Noura’zz Cafe UUM

    Selepas Kem Kepimpinan 1Pengakap 1Malaysia di Kem Tasoh, saya mendapat satu lagi jemputan untuk menghadiri Jambori Belia Negara di Wetland Putrajaya. Selepas mendapat panggilan daripada saudara Esyad tentang hasrat mereka menjemput saya bersama mereka ke sana, saya mintak dua jam untuk berfikir.

    Selepas pening kepala memikirkan hal politik di Perlis bercampur dengan soal Wetland Putrajaya, saya keluar mencari ilham bersama Hafiz Hakimi dan Naqib Nazri menghantar Amran Ali ke Universiti Utara Malaysia Sintok. Setibanya di sana, selepas check in di University Inn, kami ke Noura’zz Cafe. Saya mencuba Macloba Beef. Layan jugak. Nanti agak kata nak makan masakan Arab, boleh kesini kerana kat sini semua ada.

    Selesai makan, keputusan tak boleh dibuat. Tunggu esok sajalah buat keputusan. :)