≡ Menu

iPhone + Celcom: Perabih Duit

Bukan nak cerita buruk mana-mana pihak tapi nak cerita benda yang benar. Pengalaman menggunakan Apple iPhone dengan Celcom University of X (UOX) selama dua minggu telah menurunkan minat terhadap iPhone. Kalau sebelum ini beriya-iya nak guna iPhone, tapi selepas ini tidak lagi.

iPhone adalah sebuah model telefon yang seni dan berteknologi tinggi. Telefon ini sesuai digunakan bersama plan data daripada mana-mana penyedia telefon tempatan. Oleh kerana sepanjang tempoh percubaan saya hanya menggunakan ‘prepaid’, hampir RM20 daripada kredit saya digunakan oleh iPhone tanpa sedar. Bahagian itulah yang membuatkan saya sedikit marah kerana dengan hanya beberapa SMS yang dihantar, hampir kering saya dibuatnya. Saya syak perisian ‘push Internet’ seperti tetapan MMS sering meminta untuk berhubung ke Internet selain daripada perisian permainan.

Sebagai solusi, saya cuba beberapa perisian seperti Firewall iP dan menukar alamat tetapan MMS kepada alamat yang tidak dikenali. Cara ini tidak berjaya sepenuhnya. Ada sumber di Google menggalakkan pengguna menggunakan BossPrefs untuk menghalang iPhone mengakses Internet secara ‘push’. Saya juga menjalankan carian di Google cara untuk ‘Disable EDGE/3G’ kerana dipercayai simbol ini (terletak di sebelah nama operator) adalah isyarat bahawa iPhone sedang mengakses Internet.

Jujurnya saya kagum dengan kebolehan dan teknologi yang ada pada Apple iPhone tetapi hanya sesuai dilanggan bersama plan data. Jika tidak, pepatah ‘Apple hanya memakan duit’ amat sesuai digunakan.

P/S: Hati masih lagi sayangkan E71. Telefon yang bercirikan Push Internet masih lagi belum sesuai dipakai rasanya. Semua itu duit.

Other articles you might like;

12 comments… add one
  • Loq April 11, 2010, 8:28 pm

    Baru aku tahu kes macam ni,agaknya orang yg suke sangat dengan iPhone tu dah berapa banyak duit depa habis eh?
    .-= Loq´s last blog ..Trailer Filem Hooperz =-.

  • Wan April 11, 2010, 8:48 pm

    Adam, pakailah BB.. best! Digi… murah!!!

  • Viere April 11, 2010, 9:53 pm

    Guna E72. Aku test drive sangat style. dia pnya animation icon dia. demm..

  • Imran April 19, 2010, 4:32 pm

    Huhu. Tuh angkara push notification tu. Anyway, leh disable feature tu kat iPhone. Nanti dia takkan makan kredit secara diam
    .-= Imran´s last blog ..Blackwood Cat Food =-.

    • Adam Roslan May 7, 2010, 3:15 pm

      Dah cuba disable dan tukar APN kepada ip karut. Masih menjadi-jadi.

  • zik April 24, 2010, 2:20 am

    erm pakai nokia 3310 je.. ngeh2.. jimat sket duit prepaid… erm bukak tenet pakai pc je… cuma tak mobility jela..

  • j.e.f.f June 22, 2010, 5:36 pm

    blackberry pn telan duit, data serivces tu! haha..

  • ayumi August 17, 2011, 1:19 am

    ye ke? sejak i disable kan (enable 3g and cellular data) x pernah pon gune internet secara diam =.=

  • vivian August 30, 2011, 9:05 pm

    how do i turn off EDGE for celcom malaysia

Leave a Comment