≡ Menu

ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, di sini malam tadi.  Siti Nurhaliza, 31, yang meraih 225,300 undi, memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Aizat, Nabil, Faizal Tahir dan Fara Fau. [via BH]

Penamat 1-2 Red Bull di Sepang

SEBASTIAN Vettel mendahului dari mula sehingga ke akhir sebelum tampil gah mengungguli Grand Prix Malaysia Petronas, semalam untuk mencatat kemenangan satu dua bagi Red Bull bersama rakan sepasukan, Mark Webber.  Nico Rosberg menceriakan hampir 100,000 penonton di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas tercicir lebih 13 saat untuk menamatkan perlumbaan Formula Satu (F1) di tempat ketiga dan meraih podium pertama pasukan Mercedes GP Petronas. [via BH]

Pemergian Din beri kesan mendalam kepada keluarga, rakan dan peminat

SUKAR untuk menerima hakikat insan yang pernah menggembirakan dan menghiburkan peminat dengan lawak dan jenakanya kini sudah tidak lagi bernyawa. Sekujur tubuh yang dulu cergas kini kaku. Perginya Mior Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan nama komersial Din Beramboi pada jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu akibat penyakit demam denggi berdarah yang dihidapinya sejak Isnin minggu lalu begitu dirasakan oleh mereka yang dekat dengan pelawak serta penyampai radio itu. [via BH]

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment