Blog

  • Koleksi Ringtone Lagu Raya Aidilfitri

    Koleksi Ringtone Lagu Raya Aidilfitri

    20120804-215651.jpg

    Ramai yang dah sibuk sibuk berkongsi ringtone sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Di sini saya kongsikan beberapa ringtone hangat yang boleh dijadikan sebagai ringtone di hari raya.

    SITI NURHALIZA – SECUCI LEBARAN – Muat Turun

    P. RAMLEE – DENDANG PERANTAU – Muat Turun

    SUDIRMAN – BALIK KAMPUNG – Muat Turun

    M. NASIR – SATU HARI DI HARI RAYA – Muat Turun

    ANUAR ZAIN & ELLINA – SUASANA HARI RAYA – Muat Turun

    MAMAT – SERUAN TAKBIR RAYA – Muat Turun

    SHARIFAH AINI & UJI RASHID – SELAMAT HARI RAYA – Muat Turun

    2BY2 & SITI NURHALIZA – Muat Turun

    MAWI – TAKBIR HARI RAYA – Muat Turun

    AMY SEARCH – SENTUHAN DI HARI RAYA – Muat Turun

  • Koo/Tan gagal mara ke final, Azizulhasni langkah kanan

    Pemain beregu nombor lapan dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong terlepas slot ke final selepas kalah kepada pemain beregu lelaki terkemuka dunia, Cai Yun/Fu Haifeng dari China dalam perlawanan badminton separuh akhir Olimpik 2012.

    Dalam perlawanan yang berlangsung di arena Wembley di sini hari ini, gandingan Malaysia kalah 9-21, 19-21 dalam 36 minit.

    Bagaimanapun Koo/Tan masih berpeluang membawa pulang pingat gangsa apabila mereka berdepan pasangan dari Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dalam penentuan tempat ketiga esok. – BERNAMA

    Sementara itu, ‘Pocketrocketman’ Azizulhasni Awang membuka kempen acara pecut berbasikal trek dengan meyakinkan apabila menewaskan pelumba China, Zhang Miao pada pusingan pertama sebentar tadi.

    Terdahulu, Azizulhasni menduduki ranking ke-11 selepas mencatat 10.226 saat dalam pusingan kelayakan.

    Pelumba harapan negara itu akan kembali ke velodrom pada pukul 11.35 malam ini bagi pusingan kedua, mencari tempat ke suku akhir esok. – UTUSAN

  • Pengeluaran KWSP kekal 55 tahun bagi swasta

    Usia untuk pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta masih pada 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

    Beliau berkata, kerajaan belum bercadang mengubah peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor terbabit dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

    “Lanjutan daripada keputusan kerajaan melanjutkan umur bersara swasta, ada ura-ura mengenai pengeluaran KWSP dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60. Pada peringkat ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kain jubah, kurma, dan air zamzam kepada anggota jawatankuasa masjid bagi kawasan parlimen Tambun, di sini.

    Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Husni berkata, perkara itu adalah antara aspek yang diteliti dalam Belanjawan 2013.

    “Keputusan (pemberian kedua) tertakluk bahawa perbelanjaan mengurus mesti dibiayai hasil pendapatan kerajaan, yang mana hasil itu mesti melebihi perbelanjaan mengurus,” katanya.

    Beliau juga berkata, belanjawan kali ini bertumpu kepada aspek inisiatif mengurangkan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga barang makanan. – BERNAMA
    Via: Pengeluaran KWSP kekal 55 tahun bagi swasta: Ahmad Husni

  • Harimau Malaya berlepas ke Vienna

    Anak didik Rajagobal  menjalani latihan ringan sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan tiga persahabatan   di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

    Skuad bola sepak kebangsaan berlepas ke Vienna, Austria hari ini untuk menghadapi tiga aksi persahabatan menentang dua kelab Austria, SV Mattersburg (8 Ogos) dan TSV Hartberg (12 Ogos) serta kelab Hungary, FC Szombathely Haladas (14 Ogos).

    Bagi jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, tiga perlawanan itu perlu dimanfaat sepenuhnya pemain bagi meningkatkan kombinasi menjelang saingan Piala Suzuki AFF 2012, penghujung November depan.

    “Masih ada ruang untuk pemain memperbaiki kelemahan. Sebagai jurulatih, saya mahu mencuba kombinasi dan menilai keserasian mereka di semua posisi pada setiap perlawanan ini.

    “Daripada kita tiada langsung perlawanan persahabatan kelas A, adalah lebih baik untuk kita dapatkan tiga perlawanan ini berbanding jika kita hanya berkumpul di sini berlatih sepanjang Ramadan,” kata Rajagobal ketika ditemui di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

    Pengendali berusia 56 tahun itu menyenaraikan seramai 26 pemain ke Vienna termasuk pemain sayap Harimau Muda A yang baru pulang menjalani ujian pemilihan bersama kelab Jepun, FC Ryukyu Ahad lalu, Wan Zack Haikal Wan Nor.

    “Saya terpaksa menggugurkan Amar Rohidan dan Fadhli Shas yang masih cedera. Asraruddin Putra Omar juga tidak dibawa kerana cedera sebelum kita bertemu Arsenal dan Manchester City tempoh hari,” jelas Rajagobal.

    Skuad kebangsaan dijangka kembali ke tanah air, 16 Ogos ini dan pemain dibenarkan beraksi bersama pasukan negeri masing-masing menjelang saingan Piala Malaysia bermula 22 Ogos. Mereka akan berkumpul semula untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Vietnam di ibu negara, 11 September depan.

    Sumber: Harimau Malaya berlepas ke Vienna

  • Peluang Chong Wei cipta sejarah Olimpik

    Hanya selangkah lagi untuk pemain perseorangan badminton negara, Lee Chong Wei menggapai emas pertama negara dalam Sukan Olimpik apabila bakal bertemu Lin Dan pada final acara perseorangan badminton Olimpik 2012 esok.

    Semalam, Chong Wei membuktikan kata-katanya apabila berjaya menjinakkan Chen Long dari China di separuh akhir 21-13, 21-14 sekali gus mengesahkan kontinjen negara meraih sekurang-kurangnya pingat perak.

    “Saya tidak dapat mempercayai saat ini.

    Saya sudah layak sekali lagi ke final,” kata pemain berusia 30 tahun sejurus selepas tamat perlawanan.

    “Strategi saya menjadi hari ini dan Chen Long tampak lebih gelisah daripada saya. Saya bermain dan menganggap perlawanan ini seperti final dan bukan separuh akhir.”

    Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya Lin Dan pada final esok, selepas pemain itu menumpaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il 21-12, 21-10 dalam satu lagi saingan separuh akhir. Untuk rekod, Chong Wei tewas kepada pemain nombor satu dunia ini pada perlawanan akhir acara perseorangan Badminton Olimpik Beijing 2008.

    Sumber: Peluang cipta sejarah

  • Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang serlah semangat cintakan negara

    Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan (PKMJGR) 2012 Parlimen Kangar yang berakhir malam tadi menyerlahkan semangat cintakan negara di samping menyemarakkan bulan Ramadan. Kembara yang diterajui Jabatan Penerangan Perlis itu berakhir di Kampung Desa Permai, Tok Kuning yang terletak di pinggir Sungai Perlis.

    Pada majlis itu, peserta kembara berbuka puasa bersama penduduk di samping mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, warga emas, orang kelainan upaya, anak yatim dan bapa tunggal.

    Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kesihatan Perlis, Ahmad Bakri Ali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kayang.

    Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud, berkata 11 agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Perlis menyertai konvoi membabitkan lebih 20 kenderaan yang dihiasi Jalur Gemilang itu.

    Sebelum melawat Kampung Desa Permai yang sebelum ini dikenali sebagai Perkampungan PPRT Tok Kuning, kembara itu turut melawat bazar Ramadan dan singgah di rumah golongan daif untuk memberi bantuan.

    Peserta kembara itu singgah di bazar Ramadan Simpang Empat Abi dan disambut oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Azali Abas yang kemudiannya mengagihkan Jalur Gemilang kepada peniaga dan pengunjung bazar itu.

    Majlis itu dimeriahkan dengan perarakan Jalur Gemilang oleh puluhan pemuda tempatan yang kemudiannya mengiringi konvoi menziarahi penduduk miskin di kawasan sekitar. Konvoi itu turut singgah di bazar Ramadan Bintong.

    Mohamed Lokman berkata, kembara itu membawa mesej semangat cintakan negara melalui kempen kibar Jalur Gemilang di samping menyemarakkan Ramadan. – BERNAMA

    Sumber: Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang serlah semangat cintakan negara