Pemain beregu nombor lapan dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong terlepas slot ke final selepas kalah kepada pemain beregu lelaki terkemuka dunia, Cai Yun/Fu Haifeng dari China dalam perlawanan badminton separuh akhir Olimpik 2012.
Dalam perlawanan yang berlangsung di arena Wembley di sini hari ini, gandingan Malaysia kalah 9-21, 19-21 dalam 36 minit.
Bagaimanapun Koo/Tan masih berpeluang membawa pulang pingat gangsa apabila mereka berdepan pasangan dari Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dalam penentuan tempat ketiga esok. – BERNAMA
Sementara itu, ‘Pocketrocketman’ Azizulhasni Awang membuka kempen acara pecut berbasikal trek dengan meyakinkan apabila menewaskan pelumba China, Zhang Miao pada pusingan pertama sebentar tadi.
Terdahulu, Azizulhasni menduduki ranking ke-11 selepas mencatat 10.226 saat dalam pusingan kelayakan.
Pelumba harapan negara itu akan kembali ke velodrom pada pukul 11.35 malam ini bagi pusingan kedua, mencari tempat ke suku akhir esok. – UTUSAN
Other articles you might like;
tahniah kepada Azizulhasni Awang…semoga dapat emas