Blog

  • Ais Krim Baskin Robbins Percuma Jika Malaysia Raih Emas

    Ais Krim Baskin Robbins Percuma Jika Malaysia Raih Emas

    20120803-023046.jpg

    Media Prima dengan kerjasama Baskin-Robbins akan memberikan ais krim Baskin Robbins PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia pada Rabu, 8 Ogos 2012 bermula jam 8 malam hingga 10 malam sekiranya skuad Malaysia berjaya memperoleh pingat emas yang pertama dalam temasya Olimpik London 2012.

    Rakyat Malaysia boleh menuntut ais krim percuma ini di kesemua 61 buah outlet Baskin Robins kecuali di Hospital Pantai dan Genting.

    It's Media Prima's intention to unite Malaysian in collaboration with Baskin-Robbins to give away FREE ice-cream on Wednesday, 8 August 2012 from 8pm till 10pm at all 61 #BaskinRobbins outlets nationwide (excluding two kiosks at Pantai Hospital & Genting Theme Park) IF Malaysia wins its first #Olympic GOLD medal! http://instagr.am/p/N0ipeGvs2Z/

  • Keputusan Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Jun 2012 dan Panduan Rayuan Keputusan

    Keputusan Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Jun 2012 dan Panduan Rayuan Keputusan

    20120803-005642.jpg

    Keputusan Peperiksaan Semester 2 2011/2012 bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda, Masters dan PhD Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan diumumkan mulai tengah malam ini sehingga pagi esok secara berperingkat melalui emel. Pelajar boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui Student Portal pada 3 hari bulan Ogos.

    (more…)

  • Keputusan Undian Piala Malaysia 2012

    Keputusan Undian Piala Malaysia 2012

    20120803-000455.jpg

    Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan bakal berdepan tugas berat untuk mencari kejuaraan Piala Malaysia musim ini apabila diundi dalam kumpulan maut.

    Pada majlis undian yang berlangsung di sini petang ini, skuad bimbingan Bojan Hodak itu diundi dalam Kumpulan B yang turut mengandungi musuh tradisi yang juga pasukan jiran pantai timur, Terengganu, selain juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Mala ysia (ATM) dan bekas juara, Kedah.

    Berikut adalah undian saingan bola sepak Piala Malaysia musim 2012:

    Kumpulan A: Lions XII, PKNS, Johor FC, Johor

    Kumpulan B: Kelantan, Terengganu, Kedah, ATM

    Kumpulan C: Perak, N. Sembilan, Felda United, Sime Darby

    Kumpulan D: Selangor, T-Team, Sarawak, Pahang

  • SPRM tahan Inspektor, Lans Koperal siasat minta rasuah RM3,000

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota polis berpangkat Inspektor dan Lans Koperal bagi siasatan kes meminta rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang ahli perniagaan di sini.

    Sumber SPRM berkata, wang itu kononnya sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas ahli perniagaan itu berhubung kes penyelewengan diesel. Suspek, masing-masing berumur 30 dan 31 tahun yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditahan pada jam 9.40 malam semalam di sebuah hotel di sini, katanya kepada di sini, hari ini.

    “Sekarang kedua-dua suspek ditahan reman,” katanya.

    Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu hari atau maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

    Sumber: SPRM tahan Inspektor, Lans Koperal siasat minta rasuah RM3,000

  • 20 harga barangan dikawal sempena Aidilfitri

    20 harga barangan dikawal sempena Aidilfitri

    20 harga barangan dikawal sempena Aidilfitri

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri. Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos.

    “Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

    Beliau berkata, peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011. Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi, katanya.

    Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah untuk

    • ayam hidup (RM5.70);
    • ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80);
    • ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60);
    • daging lembu tempatan (RM22.00);
    • daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00);
    • daging kerbau tempatan (RM21.00) dan daging kerbau import India (RM13.50);p
    • telur ayam gred A (RM0.35 sen), gred B (RM0.34 sen) dan gred C (RM0.33 sen);
    • kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20);
    • cili merah (RM10.00);
    • tomato (RM4.50)
    • kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00);
    • kacang tanah import (RM6.50);
    • bawang merah kecil India (RM5.00);
    • bawang besar import (RM2.50);
    • bawang putih China (RM7.50);
    • ubi kentang import China (RM3.00);
    • dan ikan kembung (RM12.00).

    Ismail Sabri berkata, senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak terdapat sedikit perbezaan harga.

    Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN “ atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan menyiasat berhubung aduan kenaikan harga simen sebelum sebarang tindakan diambil kerana simen tidak tertakluk di bawah barang kawalan.

    “Jika siasatan mendapati kenaikan harga barang itu melampau dan sengaja dinaikkan tanpa alasan munasabah, tindakan boleh dikenakan,” katanya. – BERNAMA

    Sumber: 20 harga barangan dikawal sempena Aidilfitri

  • Panasonic lancar Pusat Inovasi Pengurusan Tenaga RM4 juta

    Panasonic Malaysia Sdn Bhd melabur sejumlah RM4 juta untuk menubuhkan ‘Panasonic Econation Centre’, sebuah pusat pameran bagi inovasi pengurusan tenaga berasaskan teknologi.

    Pengarah Urusannya, Jeff Lee Wee Leong, berkata pusat itu bertujuan mendidik penduduk Malaysia tentang teknologi hijau terbaru dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap gaya hidup lestari.

    Beliau berkata pusat itu akan membantu syarikat itu mempercepat perhatian perniagaannya, bukan sahaja terhadap segmen perniagaan ke pengguna, malah juga memperluas segmen perniagaan ke perniagaan dan perniagaan ke kerajaan.

    “Pusat itu juga akan bertindak sebagai tempat lawatan dan acara yang berkesan bagi pelawat perdagangan yang terdiri daripada pemaju, kontraktor, agensi kerajaan, wakil jualan Panasonic dan individu untuk berusaha ke arah pewujudan negara mesra alam,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran itu hari ini.

    Pusat yang boleh mengurangkan hingga setan metrik pelepasan karbon dioksid dan menjimatkan tenaga elektrik sebanyak kira-kira RM10,000 setahun itu, berhasrat menarik 1,200 pelawat perdagangan dan 1,700 pelawat awam saban tahun, katanya.

    Beliau berkata selain direka untuk menjana tenaga melalui modul suria, pusat itu juga dilengkapi dengan kolam tadahan air hujan.

    Lee berkata pusat itu akan dirasmikan pada 6 Ogos. Ia dibuka pada Isnin hingga Khamis bagi pelawat perdagangan dan Jumaat hingga Sabtu bagi orang awam, tanpa bayaran masuk dikenakan.
    “Untuk meningkatkan kempen mengenai inisiatif hijau dalam kalangan pengguna, anak syarikat Panasonic Group, Panahome, akan melancarkan satu unit rumah hijaunya di Bangsar menjelang akhir tahun ini.

    “Ini bertujuan membuktikan konsep itu kepada pemilik-pemilik kepentingan seperti pemaju dan majlis bandaran. Membina rumah itu mengambil masa hanya 49 hari,” katanya.

    Mengenai perniagaan perkilangan surianya, Ketua Jabatan Penyelesaian Eko, Tan Chee Hon, berkata bilangan pemohon sungguh menakjubkan setakat ini dan langkah memperkenal sistem suria oleh Panasonic ini memang kena pada masanya.

    “Sebagai batu loncatan, kami memperkenal empat sistem kilowat-puncak (kWp) bagi isi rumah biasa, yang, jika beberapa tahun lalu, berharga RM80,000 hingga RM100,000, tetapi kini ia boleh ditawarkan pada RM60,000.

    “Kami sedang memasang semua kelengkapan di kilang itu, jadi kami boleh memulakan pengeluaran awal tahun depan,” katanya. – BERNAMA

    Via: Panasonic lancar Pusat Inovasi Pengurusan Tenaga RM4 juta