Blog

  • Operasi Lynas kena syarat ketat

    Operasi Lynas kena syarat ketat

    20120908-131914.jpg

    Setiap pengeluaran perlu dapat kelulusan LPTA

    Dengkil: Lynas Corporation Ltd (Lynas) dikenakan syarat ketat termasuk wajib mengemukakan permohonan sebelum memulakan pengeluaran percubaan walaupun tidak menggunakan bahan mengandungi radioaktif.

    Setiap operasi juga perlu dilaporkan kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) untuk kelulusan dan semua aktiviti dalam kilang akan dipantau.

    Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan, berkata operasi Lynas akan dipantau 24 jam sehari oleh empat pegawai sains nuklear yang ditempatkan di kilang itu.

    “Lynas perlu memastikan pengeluaran percubaannya nanti berjalan lancar tanpa masalah kebocoran dan sebagainya. Apa-apa masalah yang berlaku mungkin mnyebabkan ia dikenakan tindakan dan menanggung kerugian,” katanya dalam taklimat kepada media semalam.

    Dalam mesyuarat Isnin lalu, LPTA meluluskan lesen pengendalian sementara kepada Lynas bagi tempoh dua tahun antara 3 September 2012 sehingga 2 September 2014 untuk memulakan operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Estet Perindustrian Gebeng, Kuantan.

    Keputusan itu dibuat selepas LPTA berpuas hati Lynas mematuhi semua aspek teknikal, termasuk kaedah kawalan debu dan imobilisasi bahan radioaktif dalam residu serta keperluan perundangan yang ditetapkan.

    Ketetapan itu juga mengambil kira komitmen Lynas untuk membawa residu Water Leach Purification (WLP) yang terhasil dalam projek LAMP keluar dari Malaysia dalam bentuk produk komersial.

    Raja Abdul Aziz berkata, Lynas juga menyatakan komitmen untuk menjemput pemimpin tempatan bagi menjamin aspek ketelusan sepanjang proses berkenaan dan pada peringkat awal, mereka perlu mentauliahkan sistem di kilang itu untuk mengilang pekatan lanthanid.

    LPTA pastikan Lynas patuhi syarat dalam dokumen

    “Namun, ini tidak memerlukan mereka memasukkan pekatan lanthanid yang mungkin mengandungi unsur radioaktif. Mungkin air saja atau kemudian pasir untuk melihat jika ada kebocoran dan memastikan proses itu berjalan baik.

    “Kita akan menentusahkan semua langkah keselamatan dan semua bahan yang dijana adalah selamat seperti termaktub dalam dokumen, berdasarkan hasil kajian dan kilang perintis mereka. Kita memang mengehadkan dan menentukannya secara berperingkat.

    “Jika peringkat pertama selamat dan kita berpuas hati, kita mungkin membenarkan LAMP melebihkan jumlah yang akan dimasukkan sehinggalah kita dapat jawapan dan data yang menentusahkan keselamatan kilang serta residu yang dihasilkan,” katanya.

    Pohon lesen secara berperingkat

    Raja Abdul Aziz berkata, Lynas perlu memohon lesen import pekatan lanthanid dan dilakukan secara berperingkat bagi setiap pekatan lanthanid yang dibawa masuk.

    Bahan mentah itu akan dilabelkan dengan indeks label radioaktif, sejajar dengan peraturan di Malaysia walaupun amalan itu tidak dilaksanakan di peringkat antarabangsa.

    “Meskipun kita tahu bahan ini disahkan selamat di peringkat antarabangsa, kita tetap mengambil langkah keselamatan bagi memastikan pemindahannya dari pelabuhan ke kilang adalah selamat,” katanya.

    Selain itu, jika Lynas gagal menukarkan residu yang dihasilkan kepada produk komersial atau proses pengeluaran produk tertangguh, Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF) yang disyaratkan kepada Lynas tetap relevan.
    Via: Operasi Lynas kena syarat ketat

  • 5 Fakta Menarik Legoland Malaysia

    5 Fakta Menarik Legoland Malaysia

    Legoland Malaysia

    Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya kini dalam peringkat percubaan tahap akhir sebelum dibuka sepenuhnya kepada umum pada 15 September nanti.

    Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang taman tema ini.

    1. Sebuah taman tema yang dibina berdasarkan rangkaian permainan binaan Lego yang terkenal.
    2. Merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan pertama di benua Asia.
    3. Terletak di Nusajaya, Iskandar Malaysia
    4. Dibangunkan oleh Themed Attractions and Resorts dan Iskandar Investment bernilai RM 720 juta
    5. Mempunyai 7 kawasan bertema iaitu The Beginning, Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City dan Lego Technic.

    Pas masuk tahunan boleh didapati secara online melalui laman web mereka di www.legoland.com.my dengan potongan 30% iaitu RM245 untuk dewasa, RM 180 untuk kanak kanak bawah 11 tahun.

    Manakala harga tiket untuk satu hari ialah RM140 untuk dewasa, RM110 untuk kanak kanak dan warga emas.

    Gambar oleh Sarazohtman

  • Selamat Hari Kebangsaan ke 55

    Selamat Hari Kebangsaan ke 55

    20120901-025720.jpg
    Hari ini seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun Malaysia ke 55. Kalau masa kecik dulu kita ramai ramai ke Padang Bandaran untuk melihat perarakan atau memeriahkan suasana.

    Hari ini berbeza kerana terpaksa bekerja. Bekerja dalam produksi televisyen sememangnya tidak akan terlibat dengan cuti umum. Jadi terpaksa bekerja walau ramai yang sememangnya bercuti.

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

    20120830-093759.jpg

    Dalam kesempatan bulan Syawal ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

  • Diskaun, rebat tol di 24 lebuh raya sempena Aidilfitri dan Merdeka

    Diskaun, rebat tol di 24 lebuh raya sempena Aidilfitri dan Merdeka

    20120810-202644.jpg

    Sempena Aidilfitri, 24 lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus selama empat hari secara berperingkat mulai 15 hingga 23 Ogos. Lebuhraya PLUS menawarkan diskaun sehingga 30% pada 16 dan 17 Ogos.
    (more…)

  • Najib lancar ‘1Malaysia Privilege Card’

    Najib lancar ‘1Malaysia Privilege Card’

    20120808-051146.jpg

    Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad ‘1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.

    Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan “Wira Yang Tidak Didendang”, sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.

    “Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau ‘pendapatan boleh guna’ rakyat,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

    Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – BERNAMA

    Sumber:Najib lancar 1Malaysia Privilege Card’