Blog

  • Gempa bumi 5.0 magnitud gegar Sumatera Selatan


    Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud menggegarkan Sumatera Selatan pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, pusat gempa ialah 56 kilometer barat daya Solok, Indonesia dan 435 kilometer barat daya Merlimau, Melaka. – BERNAMA

    Berikut adalah laporan penuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, melalui laman web rasmi Amaran Tsunami.

    This is a revision of the earthquake information issued at 10.09am

    A moderate earthquake has occurred with these revised parameters:
    Time of Occurrence : 10.00 am on 04 August 2012
    Coordinates : 1.25 South 100.5 East
    Location : Southern Sumatera, Indonesia.51 km Southwest of Solok , Indonesia.428 km Southwest of Merlimau, Melaka.
    Magnitude : 5.0 on Richter scale

    Assessment
    No tsunami threat

    This will be the final information issued by the department for this event unless there are further developments or additional information becomes available

  • Umno Beaufort dipimpin Datuk Isnin Aliasnih: Najib

    Kepimpinan UMNO bahagian Beaufort akan dipangku timbalannya, Datuk Isnin Aliasnih susulan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin, baru-baru ini.

    Demikian pengumuman yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini, lewat petang tadi.

    Bagaimanapun, Najib berkata, jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sebelum ini dipegang Lajim tidak akan digantikan dengan calon baru atau dipangku sesiapa.

    Katanya, beliau akan “turun” ke Sabah pada 11 Ogos ini untuk bertemu dengan pemimpin dan ahli UMNO bahagian Beaufort bagi membincangkan situasi yang berlaku ketika ini sebelum membuat sebarang pengumuman.

    “Peletakan jawatan Lajim tidak akan memberi kesan kepada Pilihanraya Umum dan sebaliknya yakin ia akan memantapkan lagi kedudukan UMNO.

    “Saya yakin UMNO mampu menangani masalah ini dan akan mengambil langkah sesuai bagi memulihkan kedudukan Barisan Nasional di Sabah,” katanya di sini, hari ini.

    Sumber: Umno Beaufort dipimpin Datuk Isnin Aliasnih: Najib

  • Peletakan jawatan Lajim tak gugat BN: Najib

    Peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort tidak akan mengugat kedudukan Barisan Nasional, sebaliknya yakin mampu menangani cabaran itu.

    Demikian menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn di sini, lewat petang tadi. Beliau berkata, setakat ini pelbagai khabar angin dan desas-desus tersebar tetapi BN akan melaksanakan langkah yang sesuai bagi menjamin kedudukan parti terus kukuh.

    “Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim (Ukin); Timbalannya, Datuk Isnin Aliasnih akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan juga memutuskan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah mengawasi perjalanan UMNO Beaufort dan memberi apa-apa juga bantuan yang diperlukan oleh bahagian ini untuk memastikan kekuatan UMNO dan BN tidak terjejas,” katanya.

    UMNO sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim yang berkuat kuasa pada 30 Julai lalu dan diberikan tempoh dua minggu untuk dijawab, sejajar dengan Perlembagaan parti.

    Sumber: Peletakan jawatan Lajim tak gugat BN: Najib

  • Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan PTPTN Bagi Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama

    Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama (bagi pelajar IPTS – terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    • Pelajar-pelajar yang diluluskan pembiayaan (permohonan) sebelum 1 Julai 2005 masih layak untuk mendapat pengecualian bayaran balik dan tiada tarikh tutup permohonan bagi tajaan di atas.
    • Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan Kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak dipertimbangkan pemberian insentif penukaran pembiayaan pendidikan kepada biasiswa:
      • Mengikuti kursus secara sepenuh masa;
      • Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN;
      • Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
      • Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen; dan
      • Kursus yang diikuti oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
      • Dokumen permohonon pengecualian bayaran balik

    Pelajar yang berhasrat mendapatkan kemudahan ini perlu mengemukakan permohonan kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:

    • Surat permohonan rasmi
    • Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
    • Sesalinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
    • Akuan Pelajar PTPTN-P-04/4-2007 Pin.3 (klik sini) yang telah lengkap diisi; dan
    • Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    Nota : Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan A di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.

    Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) bagi semua program-program Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah seperti berikut:

    [table] KELAS KEPUJIAN, HIMPUNAN PURATA NILAI
    Pertama, 3.50 – 4.00
    Kedua (Tinggi), 3.00 – 3.49
    Kedua (Rendah), 2.20 – 2.99
    Ketiga, 2.00 – 2.19
    [/table]
  • Sharapova benam Clijsters untuk mara ke separuh akhir Olimpik

    Sharapova benam Clijsters untuk mara ke separuh akhir Olimpik

    20120803-092558.jpg

    Maria Sharapova membenamkan pencabar dari Belgium, Kim Clijsters 6-2, 7-5 ketika pemain nombor tiga dunia itu menempah tiket ke separuh akhir tenis Olimpik bertemu rakan senegara dari Russia, Maria Kirilenko.

    Sharapova akan menentang pilihan ke-14 itu bagi merebut tiket ke final di Wimbledon selepas meranapkan peluang Clijsters untuk meraih pingat menjelang penyertaan terakhir tahun ini sebelum bersara buat kali kedua dan muktamad selepas Terbuka Amerika Syarikat.

    “Perlawanan saya menentang Kim sebelum ini agak sukar. Saya dapat banyak peluang untuk menang sebelum ini dan saya tahu saya perlu bangkit dan kekal fokus.

    “Dia memang pencabar yang hebat. Saya tahu saya perlu bermain pada tahap tertinggi untuk menewaskannya dan saya gembira dapat melakukannya,” katanya. – AFP

    Sumber: Sharapova benam Clijsters untuk mara ke separuh akhir Olimpik

  • Sekolah cuti awal Aidilfitri pada 17 Ogos

    Sekolah cuti awal Aidilfitri pada 17 Ogos

    20120803-091618.jpg

    Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September.

    Kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.

    Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut.

    Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos.

    Bercakap kepada BH semalam, beliau bagaimanapun berkata, kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos seperti didesak beberapa pihak.

    Beliau diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekolah diberikan cuti awal bagi memudahkan murid pulang kampung untuk berhari raya bersama keluarga. Mereka mengemukakan cadangan itu menerusi panggilan telefon dan laman Facebook BH.
    NUTP anggap keputusan tepat

    Dalam surat siaran Bilangan 25/2012 itu, kementerian tidak menyelaras cuti berganti Aidilfitri kerana perayaan diraikan dalam cuti pertengahan penggal kedua. Ini bermakna cuti ganti hanya untuk sekolah di negeri Kumpulan B, iaitu hujung minggu Sabtu dan Ahad.

    Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan berkata kementerian membuat keputusan tepat memberi cuti ganti pada 17 Ogos.

    Katanya, ini memudahkan orang ramai merancang program balik kampung tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas yang teruk berbanding menjelang perayaan.

    Beliau berkata, ada keluarga sanggup memulakan perjalanan pada jam 11 malam walaupun ia tidak sesuai kerana penat dan mengantuk yang mendedahkan mereka kepada kemalangan jalan raya.
    Sumber:Sekolah cuti awal Aidilfitri