≡ Menu

Pengeluaran KWSP kekal 55 tahun bagi swasta

Usia untuk pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta masih pada 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan belum bercadang mengubah peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor terbabit dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

“Lanjutan daripada keputusan kerajaan melanjutkan umur bersara swasta, ada ura-ura mengenai pengeluaran KWSP dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60. Pada peringkat ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kain jubah, kurma, dan air zamzam kepada anggota jawatankuasa masjid bagi kawasan parlimen Tambun, di sini.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Husni berkata, perkara itu adalah antara aspek yang diteliti dalam Belanjawan 2013.

“Keputusan (pemberian kedua) tertakluk bahawa perbelanjaan mengurus mesti dibiayai hasil pendapatan kerajaan, yang mana hasil itu mesti melebihi perbelanjaan mengurus,” katanya.

Beliau juga berkata, belanjawan kali ini bertumpu kepada aspek inisiatif mengurangkan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga barang makanan. – BERNAMA
Via: Pengeluaran KWSP kekal 55 tahun bagi swasta: Ahmad Husni

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3