Blog

  • Manoharan mohon maaf kepada Chong Wei

    Manoharan mohon maaf kepada Chong Wei

    20120807-150911.jpg

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan menerusi laman Twitter memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei dan ahli keluarganya di atas kenyataan yang dikeluarkannya, malam kelmarin.

    Ia susulan komen Twitter Manoharan yang mengecam dan mempersendakan pencapaian pemain badminton nombor satu negara itu ketika beraksi pada kejohanan Sukan Olimpik London 2012, baru-baru ini.
    Via: Manoharan mohon maaf kepada Chong Wei

  • Saman fitnah Anwar terhadap Khairy dibicara 15 Januari

    Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan tiga hari mulai 15 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak.

    Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan demikian di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S Prakash mewakili Anwar dan Sarah Abishegam mewakili Khairy.

    Prakash memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan memanggil tiga orang saksi.

    Anwar memfailkan saman itu pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO, memfitnahnya pada Ogos 2007 dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.

    Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007. – BERNAMA
    Sumber:Saman fitnah Anwar terhadap Khairy dibicara 15 Januari

  • BAM pertimbang rombak gandingan Koo dan Tan

    BAM pertimbang rombak gandingan Koo dan Tan

    20120807-150236.jpg

    Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menimbangkan kemungkinan melakukan rombakan terhadap gandingan beregu lelaki negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong, kata presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh.

    “Kita akan membincangkan perkara ini. Mungkin kita akan bincang sama ada akan tukar pemain atau jurulatih. Gandingan mereka mungkin juga akan dirombak.

    “Sememangnya kita mengharapkan Koo dan Tan dapat menyumbang sekurang-kurangnya pingat gangsa (pada Olimpik London) tapi mereka gagal,” katanya ketika ditemui pada majlis menyambut ketibaan skuad badminton di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini.

    Mohd Nadzmi berkata, beberapa cadangan diterima daripada ahli majlis BAM yang mahu gandingan Koo dan Tan dipisahkan supaya mereka diberi gandingan baru.

    “Bagaimanapun, kita tidak boleh buat keputusan dengan tergesa-gesa. Kita kena kaji secara keseluruhan. Jika hanya membabitkan teknik permainan, agak merugikan jika mereka dipisahkan. Kita boleh ‘meremajakan’ teknik permainan mereka.

    Mohd Nadzmi berkata, kemungkinan Koo dan Tan juga mahu menukar pasangan.

    “Kalau ini (betul), adalah lebih baik. Ia adalah untuk kebaikan mereka juga. Kalau mereka terus tidak berkembang…untuk apa kita perlu kekalkan mereka berdua,” katanya.
    Pada perlawanan penentuan pingat gangsa acara beregu lelaki, Koo dan Tan kalah 21-23 dan 10-21 kepada Chung Jae Sung dan Lee Yong Dae dari Korea Selatan.

    Untuk rekod, pasangan adik-beradik, Razif dan Jalani Sidek menjadi beregu badminton lelaki yang menyumbangkan pingat Sukan Olimpik pertama kepada Malaysia pada edisi 1992 di Barcelona, Sepanyol dengan meraih gangsa.

    Pada Olimpik berikutnya di Atlanta, Amerika Syarikat pada 1996, beregu Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock berjaya meraih pingat perak. – BERNAMA
    Sumber: BAM pertimbang rombak gandingan Koo dan Tan: Mohd Nadzmi. Gambar: Berita Harian.

  • Kenderaan beroda NASA selamat mendarat di Marikh

    Kenderaan beroda NASA selamat mendarat di Marikh

    20120806-144804.jpg

    Kenderaan roda bergerak ciptaan NASA berharga AS$2.5 billion selamat mendarat di Marikh, hari ini sekali gus menanda kejayaan bersejarah dalam misi penerokaan planet berkenaan.

    “Pendaratan disahkan,” kata anggota misi di pusat kawalan NASA, Jet Propulsion Laboratory. – AFP

    Sumber: Kenderaan beroda NASA selamat mendarat di Marikh. Grafik oleh Ninian Caster

  • Fara Ashikin saman RM 1juta blog hiburan Oh! Bulan

    Fara Ashikin saman RM 1juta blog hiburan Oh! Bulan

    20120806-005715.jpg

    Wartawan Kosmo! hari ini menemubual Faraashikin berkenaan isu saman sebuah blog hiburan tempatan terkenal, Oh! Bulan selepas blog tersebut didakwa menyiarkan gambar peribadinya yang berunsur fitnah.

    Selepas penceraian dengan penyanyi Datuk Hattan, laporan daripada blog tersebut pada tahun 2008 mencetuskan kontroversi dan beberapa artikel palsu disebarkan dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasinya melalui akaun Facebooknya yang digodam pada tahun 2011.

    Tabloid berkenaan juga melaporkan bahawa Faraashikin memfailkan saman RM 1juta untuk kes tersebut.

    Saya tidak pasti sama ada Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 atau Akta Fitnah 1957 yang boleh digunapakai untuk menyaman blogger. Hati hati menulis blog, Bahaya Seorang Blogger.

  • Teknik Pengurusan Wang, Gaji

    Teknik Pengurusan Wang, Gaji

    teknik Pengurusan Wang

    Sebagai seorang anak muda yang mula mendapat gaji pertama, sudah pasti ilmu pengurusan wang itu penting. Jika di sekolah rendah dulu kita dididik dengan budaya menabung, diajar buka akaun bank dan sebagainya, kita mulai tinggalkan selepas mula kenal erti hidup. Itu mukadimahnya.

    Saya terjumpa satu artikel oleh Afham Rahman tentang Teknik Pengurusan Wang. Saya suka untuk berkongsi satu perenggan bagaimana wang atau gaji yang diperolehi sepatutnya dibelanjakan. Berikut adalah pembahagian daripada pendapatan yang boleh dijadikan ukuran di dalam menguruskan wang anda:

    • 55% adalah untuk necessity (NEC) perbelanjaan pelbagai, duit ini dibelanjakan seperti pembayaran kereta, rumah, bil-bil dan perbelajaan harian keluarga.
    • 10% adalah untuk Financial Freedom Account . Ia merupakan satu tabung di mana tabung ini merupakan bukan untuk perbelanjaan tetapi untuk pelaburan. Disiplinkan diri anda untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan wang ini.
    • 10% untuk Long Term Saving for Spending (LTSS). Simpanan ini adalah simpanan bagi mengisi keinginan pada masa akan datang. Contohnya, simpanan ini boleh digunakan untuk mengerjakan ibadat haji bagi yang beragama Islam.
    • 10% untuk pendidikan. Simpanan ini digunakan untuk membiayai pendidikan untuk diri sendiri ataupun keluarga.
    • 10% untuk Play Fund duit ini digunakan untuk memanjakan diri sendiri seperti melancong, membeli pakaian baru dan sebagainya.
    • 5% untuk kebajikan atau derma. Simpanan ini digunakan sebagai persiapan sekiranya berlaku kecemasan. Selain itu, baik juga kiranya sebahagian daripadanya untuk aktiviti kebajikan atau menderma kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan pertolongan kita sedikit sebanyak meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.

    Suka saya memetik pepatah dari Jutawan Internet, saudara Irfan Khairi yang menyatakan “Perlu berhemah ketika berbelanja kerana kekayaan adalah tentang berapa banyak yang kita simpan”. Oleh yang demikian kita perlulah bijak membuat pengurusan kewangan kita agar segala objektif perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

    Bacaan sepenuhnya di Teknik Pengurusan Wang di sini. Bagaimana rakan bloggers menguruskan wang bulanan?