Blog

  • Mat Yo tiada dalam senarai The Red Warriors musim 2013: Annuar

    Kemungkinan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo tidak lagi beraksi bersama gergasi Pantai Timur semakin menjadi kenyataan apabila nama penyerang berbisa negara itu tidak disenarai bersama Kelantan untuk musim 2013.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata persatuan itu sebulat suara bersetuju untuk tidak menyenaraikan Mat Yo buat masa ini dalam senarai 30 pemain yang akan bersama The Red Warriors musim hadapan.

    “Kami ambil kira hasrat Mat Yo dan beliau telah menghantar surat untuk menamatkan kontrak secara unilateral…maknanya dia sendiri yang menamatkan kontrak.

    “Mengenai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), ia bukan melibatkan kontrak tetapi berkaitan soal pemindahan pemain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perarakan Tiga Piala di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, malam tadi. – Bernama

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21

    Via: Mat Yo tiada dalam senarai The Red Warriors musim 2013: Annuar

  • Doa hancur sesama Islam haram: Mufti

    Mendoakan dan mengaminkan kehancuran saudara sesama Islam adalah perbuatan bidaah yang hukumnya haram. Justeru, menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mereka yang melakukannya perlu bertaubat.

    Beliau menegaskan dakwaan UMNO murtad adalah tuduhan bersifat fitnah yang tidak mempunyai asas jelas dari segi hukum syarak.

    Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir… jadi dia kafir. Justeru, orang itu kena bertaubat. Selain itu, tuduhan mengatakan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas kukuh adalah fitnah.

    (more…)

  • Draf 5 tahun lonjak kerjasama Beijing, KL

    Najib mengadakan perbincangan bersama Jiabao pada mesyuarat dua hala Malaysia-China sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Peace Palace, Phnom Penh, semalam. - Foto BERNAMA

    Najib mengadakan perbincangan bersama Jiabao pada mesyuarat dua hala Malaysia-China sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Peace Palace, Phnom Penh, semalam. – Foto BERNAMA

    China akan mengemukakan draf Pelan Lima Tahun Kerjasama Ekonomi dalam masa terdekat untuk melonjakkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Malaysia.

    Ia dimaklumkan Perdana Menteri China, Wen Jiabao kepada Datuk Seri Najib Razak, dalam mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, kelmarin.

    Perdana Menteri berkata, pelan kerjasama bermula 2013 hingga 2017 akan mengembangkan lagi perdagangan dua hala yang boleh mencecah US$100 bilion dolar (RM300 bilion) dalam beberapa tahun akan datang.

    (more…)

  • DAP tak mahu Hadi jadi PM

    Kuala Lumpur: DAP menolak cadangan Dewan Ulama PAS yang mahukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa di negara ini.

    DAP tidak berganjak dengan ketetapan sebelum ini dan mahu jawatan itu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata ia adalah pendirian konsensus pembangkang dan tidak akan diubah.

    “Berdasarkan apa yang dipersetujui dalam pakatan pembangkang selama ini, Perdana Menteri adalah Anwar. Kita kekal dengan apa yang dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

    (more…)

  • Agenda perkasa Dewan Muslimat PAS jadi tumpuan

    Agenda memperkasa peranan Dewan Muslimat PAS bagi membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dijangka menjadi fokus utama muktamar kali ke-52, bermula malam ini.

    Selaras tema ‘Muslimat Prihatin Kebajikan Terlaksana’ yang mengambil semangat tema negara berkebajikan, muktamar di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu pasti membangkitkan 1,001 perancangan untuk mendekatkan parti dengan masyarakat.

    Namun, sejauh mana ia boleh dilaksana, pasti memerlukan kepemimpinan orang nombor satu Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusof.

    Malah, kualiti kepemimpinan Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga pasti akan dibangkitkan pembahas, sekali gus memberi gambaran sebenar kedudukan dan peranan muslimat dalam politik semasa negara khususnya untuk memenuhi aspirasi pakatan menuju ke Putrajaya.

    Penanda aras

    Keberkesanan kepemimpinannya bakal menjadi penanda aras adakah sayap PAS itu bersedia menjadi tulang belakang parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

    Namun, Siti Zailah yakin perwakilan mempunyai peluang dan ruang yang luas untuk membincangkan agenda mempersiapkan pergerakan itu menghadapi PRU13.
    “Kita mengharapkan perbahasan kali ini lebih matang dan menjurus ke arah persiapan PRU-13. Maka, corak perbahasan menjadi penanda aras kematangan ahli dan pemimpin terhadap perjuangan parti,” tegasnya.

    Dari segi dasarnya, muktamar berperanan menjadi pentas pertembungan pemikiran antara perwakilan negeri untuk merencana perjuangan.

    Persoalannya, adakah muktamar ini benar-benar menjadi medan mendengar suara akar umbi atau akan terus mengulangi skrip lama menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atas segala kelemahan dan kepincangan parti itu.

    Seperti muktamar sebelumnya, kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita UMNO menjadi bahan sindiran dan kecaman perwakilan walaupun menyedari tindakan itu hanyalah bersifat ‘escapism.’

    Harapan tinggi

    Perwakilan dan pemerhati pasti meletak harapan tinggi terhadap barisan kepemimpinan baru untuk melihat muslimat terus diperkasa.

    Mereka tidak mahu menyaksikan muktamar berlangsung hambar dan lesu, sekali gus menjadi cermin kepada tahap kesiapsiagaan menghadapi cabaran pilihan raya.

    Siti Zailah yang bersama Dewan Muslimat sejak 23 tahun lalu memberi jaminan pihaknya bersikap terbuka terhadap sebarang teguran, malah menyediakan peluang seluas-luasnya untuk perwakilan menyuarakan isi hati, lebih-lebih lagi muktamar kali ini adalah yang terakhir sebelum pembubaran Parlimen.

    Via: Agenda perkasa Dewan Muslimat PAS jadi tumpuan

  • 4 maut banglo terbakar

    Keadaan banglo yang terbakar menyebabkan tiga sekeluarga, Mohd Hakimi, Ahmad Faris, Leila (gambar kecil) dan seorang pembantu rumah Indonesia maut, di Taman Pegawai Kanan, Assam Kumbang, Taiping tengah malam semalam. - Foto Ikhwan Munir

    Keadaan banglo yang terbakar menyebabkan tiga sekeluarga, Mohd Hakimi, Ahmad Faris, Leila (gambar kecil) dan seorang pembantu rumah Indonesia maut, di Taman Pegawai Kanan, Assam Kumbang, Taiping tengah malam semalam. – Foto Ikhwan Munir.
    Tiga sekeluarga, amah tangguh balik KL lemas akibat asap

    Taiping: Pengarah korporat sebuah bank, isteri dan anak bongsu mereka serta seorang pembantu rumah maut dalam kebakaran banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan, Assam Kumbang, di sini tengah malam semalam.

    Mangsa yang dipercayai lemas akibat asap tebal ialah Mohd Hakimi Zubair, 40, iaitu Pengarah Korporat Royal Bank of Scotland, Kuala Lumpur; isterinya Leila Sahak, 40, pakar Teknologi Maklumat sebuah syarikat swasta di ibu negara; anak mereka, Ahmad Faris, 3, dan pembantu rumah yang dikenali sebagai Rizki.

    Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mayat Ahmad Faris ditemui dalam pelukan ibunya di bilik tidur utama bersama Mohd Hakimi, manakala mayat Rizki ditemui berhampiran balkoni di tingkat atas premis itu.

    Kebakaran dipercayai bermula di tangga sebelum merebak dan memusnahkan bahagian atas kediaman itu. Siasatan awal bomba mengesyaki kebakaran berpunca daripada litar pintas.

    (more…)