Blog

  • Penjelasan Pelaburan Emas VGMC ialah Scam

    Sebagai salah seorang yang mengikuti rapat program pelaburan emas atas talian yang dikenali sebagai VGMC, berikut adalah sebagian daripada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh komuniti VGMC Malaysia bagi menjelaskan suasana yang sebenar.

    **

    Artikel ini dikeluarkan oleh kami kerana pihak kami mahu semua pihak tahu dan kami berasa amat kecewa dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh VGMC semalam. Walaupun dengan alasan yang diberitahu mahu pergi IPO dan “Diversification” kami merasakan ianya bakal membuatkan ramai investor menderita bagi yang masih belum pulang modal. Bulan yang lalu, ramai ahli yang mampu withdraw terus dari syarikat ada beberapa indidividu melaporkan kepada kami withdraw terlalu lama ditunggu termasuk “unsubscribe” tidak kunjung tiba di bank dan tempoh withdraw makin lama dilimitkan dan akhirnya jumlah withdraw minimum juga dinaikkankan dan semalam kemuncak permainan mereka apabila CPS-GOLD telah dibekukan bagi semua “dividend” ,”trading”, “networking income” malah credit yang tersimpan di dalam wallet milik kita juga telah ditukarkan secara paksa menjadi CPS-GOLD yang baru tanpa mendapat “green light” dari tuan punya kredit tersebut. Atas dasar apa mereka berhak bekukan CPS-GOLD dan credit secara automatic dijadikan CPS-GOLD ?

    (more…)

  • Ranking FIFA penting! – Shebby

    Ranking FIFA penting! – Shebby

    Ia cerminan kedudukan dan imej bola sepak sesebuah negara di dunia

    Penasihat Global Blackburn yang juga bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh menganggap ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tetap penting kerana ia menentukan kedudukan dalam undian mana-mana kejohanan besar.

    Ia turut memainkan peranan dalam menilai perkembangan skuad kebangsaan sesebuah negara dan juga indeks pengukur yang dijadikan rujukan umum selain mencerminkan imej bola sepak sesebuah negara itu di mata dunia.
    “Ranking juga menjadi keutamaan peminat bola sepak negara. Mereka mengharapkan kedudukan bola sepak negara seharusnya lebih baik daripada sekarang. (more…)

  • 776 individu rugi RM15 juta ditipu sindiket wang pinjaman tak wujud

    Seramai 776 individu mengalami kerugian berjumlah RM15 juta apabila menjadi mangsa penipuan sindiket peminjam wang yang tidak wujud sejak tahun lalu hingga sekarang.

    Ketua Penolong Pengarah Siasatan I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Lim Char Boo berkata, mangsa terdiri dari kalangan yang ingin memulakan perniagaan, peniaga kecil-kecilan serta individu yang mahu mendapat pinjaman wang tunai segera tanpa kerenah birokrasi bank.

    Beliau berkata, modus operandi sindiket berkenaan ialah mengiklankan perkhidmatan mereka melalui kad perniagaan yang ditampal di lokasi tumpuan ramai, mengedar risalah atau menghebahkannya melalui sistem pesanan ringkas yang dihantar secara rawak.

    “Mangsa yang ingin membuat pinjaman akan menghubungi nombor yang tertera pada iklan itu dan mereka kemudiannya akan diarah oleh sindiket untuk memasukkan wang ke akaun tertentu pada kadar RM1,000 hingga RM5,000 sebagai wang proses,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Lim berkata, bagi mengaburi mangsa, anggota sindiket berkenaan juga biasanya akan menyamar sebagai pegawai dari institusi kewangan yang kononnya boleh membantu menguruskan pinjaman dengan cepat sebelum bertindak menghilangkan diri selepas wang pemerosesan pinjaman diperolehi.

    Lim berkata, kes-kes seperti itu sukar dikesan memandangkan sindiket menggunakan akaun bank serta nombor telefon kepunyaan orang lain yang mana siasatan polis mendapati ia biasanya dimiliki penagih dadah.

    Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang menawarkan sebarang pinjaman peribadi yang kini semakin berleluasa dan, jika perlu, merujuk terlebih dahulu dengan agensi berkaitan untuk pengesahan.

    “Jika ingin membuat pinjaman, hadirlah sendiri ke mana-mana institusi kewangan yang diketahui umum atau memohonnya melalui agensi pemberi pinjaman wang berlesen, bukannya hanya sekadar melalui panggilan telefon,” katanya. – BERNAMA

    Sumber: 776 individu rugi RM15 juta ditipu sindiket wang pinjaman tak wujud

  • ‘Hentikan dakwaan perlekeh program Permata Negara’

    Pihak tertentu diminta menghentikan tohmahan dan dakwaan tidak benar terhadap program Permata Negara kerana ia dilaksanakan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

    Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata program itu semata-mata bertujuan memupuk pendidikan dalaman dalam kalangan kanak-kanak supaya apabila besar, mereka menjadi aset yang sangat bernilai untuk negara.

    (more…)

  • JPA kaji selaras gaji graduan

    Kerajaan sedang mengkaji untuk menyelaras tangga gaji penjawat awam berkelulusan ijazah yang kini memulakan kerjaya dengan Gred 41. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, pelarasan itu perlu bagi mencapai sasaran masyarakat berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang 2020.

    Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan gred yang dicadangkan. Penggredan perjawatan awam berkelulusan ijazah kini bermula daripada gred 41, diikuti Gred 44, Gred 48, Gred 52, Gred 54, Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C, JUSA B, JUSA A, Turus 3, Turus 2, Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.

    (more…)

  • Kerajaan tak akan patah balik

    Najib melihat pameran selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia 2012 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Effendy Rashid. Untuk lebih gambar dan berita dapatkan BH hari ini atau layari BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/

    Najib melihat pameran selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia 2012 di Kuala Lumpur, semalam. – Foto Effendy Rashid.

    Transformasi sistem perundangan negara: PM jamin usaha jadikan sistem lebih progresif akan diteruskan

    Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berjanji kerajaan tidak akan berpatah balik selepas melakukan pelbagai transformasi dalam sistem perundangan negara. Sebaliknya, Perdana Menteri memberi jaminan usaha sejak tahun lalu ke arah sistem yang lebih progresif akan diteruskan walaupun perjalanan ke arah pembaharuan masih jauh.

    “Tembok lebih mudah diruntuhkan daripada asas yang dibangunkan. “Usaha bersungguh-sungguh dan teliti untuk membina asas yang kukuh, teguh serta padu yang akan berupaya menghadapi ujian masa, mengambil masa.” – Datuk Seri Najib Razak

    Namun, Najib menyedari ada pengamal undang-undang, terutama mereka dalam komuniti hak asasi manusia tetap memilih untuk ‘melihat gelas itu sebagai separuh kosong daripada separuh penuh.’

    Kepada mereka, beliau berkata: “Tembok lebih mudah diruntuhkan daripada asas yang dibangunkan. Usaha bersungguh-sungguh dan teliti untuk membina asas yang kukuh, teguh serta padu yang akan berupaya menghadapi ujian masa, mengambil masa.

    Kejayaan tidak dikecapi dalam sehari

    “Seperti Rome tidak dibangunkan dalam sehari, pembinaan Malaysia yang adil, saksama dan demokratik tidak boleh dicapai dalam masa semalaman. Seperti pepatah purba Cina menyebut, suatu perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.
    “Kita sudah memulakan bukan saja langkah pertama tetapi banyak. Perjalanan itu adalah jauh dan akan diteruskan, namun pembaharuan tidak akan berpatah balik… itu janji saya.”

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia 2012, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

    Hadir sama Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden Badan Peguam Malaysia, Lim Chee Wee.

    Dengar kritikan membina

    Kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam perundangan negara, antaranya membatalkan tiga Proklamasi Darurat yang membawa kepada pemansuhan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1971, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 serta meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis dan memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman 2011.

    Katanya, kerajaan yang mendengar kritikan membina rakyat, kemudian mengumumkan hasrat memansuhkan Akta Hasutan 1948, di samping melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagi memastikan semua tahanan mendapat akses kepada keadilan.

    Dalam pada itu, Najib berkata walaupun sesekali berlaku perbalahan atau pertelingkahan dalam politik dan profesion undang-undang, Badan Peguam Malaysia tetap rakan penting dalam kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan di negara ini.

    “Apabila ia (peguam) bercakap, kita (kerajaan) mendengar. Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dengan pandangan Badan Peguam Malaysia atau sesetengah aktiviti mereka, tetapi kita mendengar apa yang mereka perkatakan dan memerhati apa dilakukan dengan penuh minat.

    Najib petik ucapan Tun Razak

    “Kita mungkin ada kala membuat lawak mengenai peguam, tetapi mereka bagaimanapun ada peranan unik dan penting di negara ini,” katanya yang memetik ucapan arwah ayahandanya, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, mengenai profesion undang-undang dan peranan badan peguam ketika merasmikan Persidangan Undang-Undang Malaysia yang pertama pada 15 Julai 1971.

    Sumber: Kerajaan tak akan patah balik