Blog

  • Polis tahan pemandu treler rempuh pekerja PROPEL

    Pemandu treler yang merempuh lapan pekerja projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng semalam ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan.

    Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata pemandu berusia 41 tahun itu ditahan polis sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, tengah hari tadi. Katanya pemandu yang berasal dari Langkawi, Kedah itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

    (more…)

  • 404 disenarai penerima pingat Johor

    Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, mengetuai senarai 404 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, hari ini.

    Tunku Tun Aminah bersama adindanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar, menerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I).

    Sempena keputeraan ke-54 tahun ini, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan pingat Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima.

    (more…)

  • CUEPACS minta skim khas untuk penguatkuasa PBT, JPJ

    CUEPACS meminta kerajaan wujudkan skim perkhidmatan khas bagi anggota dan pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata skim itu perlu kerana ketika ini 6,000 penguat kuasa dari 154 PBT seluruh negara dimasukkan dalam Gred N, iaitu sama dengan pentadbir lain yang bekerja di pejabat, walaupun beban tugas dan risikonya lebih.

    “Keadaan ini menyebabkan anggota dan pegawai penguat kuasa PBT dan JPJ di seluruh negara tidak mendapat pelbagai kemudahan, termasuk elaun dan faedah lain seperti mana dinikmati pegawai penguat kuasa Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis, yang mempunyai skim perkhidmatan tersendiri.
    (more…)

  • BN kerja keras pertahan Sabah

    Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Sabah bukan sekadar ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN), sebaliknya negeri ini dianggap lebih daripada itu.

    Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukan Sabah yang dianggap lebih daripada ‘simpanan tetap’ itu perlu dipertahankan menerusi segala usaha.

    “Ada orang mengatakan Sabah adalah ‘simpanan tetap’ BN, tetapi sebenarnya negeri ini lebih daripada itu. Kita tidak boleh kehilangan Sabah, kita kena pertahankan dan BN akan bekerja keras untuk memastikan Sabah kekal milik BN pada pilihan raya umum akan datang.

    (more…)

  • Australia tolak rayuan Anwar

    Melbourne: Australia tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menteri Luar Australia Senator Bob Carr, berkata pilihan raya di Malaysia adalah urusan rakyat Malaysia sendiri.

    “Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu mengenai cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

    (more…)

  • 4 pekerja lebuh raya maut

    Foto

    Keadaan kereta yang dirempuh treler dalam kejadian di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan susur keluar Gopeng, semalam.

    Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (PROPEL), maut manakala empat lagi parah dirempuh sebuah treler ketika sedang bekerja di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Gopeng, dekat sini awal pagi semalam.

    Nahas ngeri jam 4.30 pagi itu berlaku ketika mereka sedang menyambung kabel optik di lorong kecemasan di Kilometer 294.1 arah utara. Dalam kejadian itu ada mangsa tercampak ke dalam longkang dan terperosok di bawah treler.

    (more…)