Blog

  • Promosi tiket Air Asia serendah RM10

    Tiket Air Asia serendah RM10

    Berita baik untuk kaki travel. Air Asia dalam promosi ‘Great Holiday Deal’ terkininya menawarkan tiket serendah RM10 untuk penerbangan domestik dan RM 40 untuk antarabangsa.

    Dengan harga RM36 termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj, anda boleh terbang ke Langkawi, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Alor Setar, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

    (more…)

  • Daftar dan Semak Permohonan Get Malaysian Business Online (GMBO)

    Geran GMBO - adamroslan

    Usahawan dalam talian di Malaysia antara golongan yang diberi perhatian dalam pembentangan bajet tahun lepas oleh YB Dato’ Seri Najib Razak. Mereka layak menerima geran perniagaan online sebanyak RM1,000.00 untuk setiap perniagaan.

    (more…)

  • Bagaimana YouTube Content ID berfungsi?

    Najwa Latif - Adamu

    Content ID ialah teknologi yang diperkenalkan oleh YouTube untuk mengimbas video yang dimuat naik pengguna dengan pengkalan data yang dituntut oleh pemilik asal kandungan. Pemilik kandungan boleh menuntut video berkenaan untuk meletakkan iklan, menghalang daripada ditonton atau dijejak.

    Contohnya Mat Lutfi yang popular dengan video blognya boleh menuntut hak cipta videonya daripada YouTube. Setiap videonya akan diberikan Content ID yang unik. Video yang dimuatnaik oleh pengguna lain, YouTube akan menghantar notifikasi kepada Mat Lutfi secara automatik tentang video yang dimuat naik. Beliau boleh memilih sama ada untuk meletakkan iklan, menghalang video tersebut atau sekadar menjejak prestasi video berkenaan.

    (more…)

  • Asus Transformer cubaan tewaskan pesaing

    Jangan terlalu lama dengan teknologi yang dibawa satu syarikat saja. Cuba anda ubah selera dengan teknologi mudah alih melalui jenama ASUS yang mempunyai beberapa produk menarik untuk diteroka.

    Tablet hibrid, Transformer Pad TF701 menyerlahkan kemajuan teknologi dengan kuasa pemproses NVIDIA Tegra 4 T40X Quad Core 1.9GHz.

    (more…)

  • Honda EX5 ada pengganti

    Motosikal kapcai menerusi model ikonik Honda EX5 akan ditamatkan pengeluarannya pada 31 Disember ini selepas berjasa hampir 26 tahun kepada masyarakat Malaysia.

    Model ikonik itu berkubur selaras dengan arahan Kementerian Pengangkutan bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) yang bersidang di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

    (more…)

  • Telefon pintar paling popular tahun 2013

    Telefon pintar paling popular tahun 2014

    Kita boleh membayangkan seorang rakyat di Malaysia membawa lebih daripada satu telefon bimbit di dalam saku mahupun tas tangan mereka.

    Ini dibuktikan oleh kajian syarikat Internet popular, Google yang mendapati kadar penembusan telefon pintar di Malaysia meningkat hampir 300 peratus sejak 2011 jelas menunjukkan ia gajet paling popular.

    1. iPhone 5S
    Meskipun terdapat segelintir yang hebat mengkritik peranti terbaru Apple, iPhone baru melalui varian 5s masih mampu menambat hati pengguna melalui kekuatan pengimbas cap jari yang sudah pasti akan ditiru pengeluar lain nanti.

    Melalui cip pemprosesan baru iaitu A7 (bagi model 5s), ia menawarkan ketahanan bateri lebih dua kali ganda dengan kuasa pemprosesan grafik M7 yang pertama kali diperkenalkan menyaksikan pemampatan grafik tinggi menjadikan imej terpampang lebih menarik.

    (more…)