Blog

  • Lirik Lagu Duniaku Dakwahku – Ayai Illusi feat Altimet

    Ayuh
    Duniaku dakwahku
    Ya Rahim, mohon terangkan
    Hatiku tikaku beri keterangan
    Ya Karim, mohon senangkan
    Usahaku caraku dalam menyebarkan
    Nama-Mu, cahaya-Mu, wahidku, Kau yang satu

    Satu kalam cetusan minda-Mu
    Kan menyubur indah imanku
    Kala hatiku dirundungi mega
    Kembali ke jalan syurga-Nya

    Tiada ikutan yang terpaling indah
    Membawaku tenang di sana
    Dakwahku seikhlas hati terbina
    Pencetus rasa di jiwa

    Hanya iman pengubat jiwa
    Dakwahku ummah terbela
    Yang buruk disangkal, yang benar dimulia
    Tegakkan syariat di dunia

    Tiada gentar tempuh segala
    Hidup kita hanya milik-Nya
    Takkanku berpaling dari-Nya
    Duniaku dakwahku selamanya

    Ya Rahman
    Ya Rahim
    Ya Allahu Allahu Akbar

    Dakwahku percaturan
    Dakwahku bak pelaburan
    Moga esok nanti bila ia matang
    Berbuah sebelum sangkakala datang

    Biar dakwahku menjadi bekalan
    Untuk aku, kamu dan semua kenalan
    Banyak tarikan ranjau sepanjang jalan
    Dakwahku menyuluh langkahku ke hadapan

    Hanya iman pengubat jiwa
    Dakwahku ummah terbela
    Yang buruk disangkal, yang benar dimulia
    Tegakkan syariat di dunia

    Tiada gentar tempuh segala
    Hidup kita hanya milik-Nya
    Takkan ku berpaling dari-Nya
    Duniaku dakwahku selamanya

    Ya Rahim, mohon terangkan
    Hatiku tika aku beri keterangan
    Ya Karim, mohon senangkan
    Usahaku caraku dalam menyebarkan

    Ya Rahman
    Ya Rahim
    Ya Allahu Allahu Akbar

  • (HARGA) GoPro HERO3+ Black Edition, RM1,499.00

    Peranti rakaman video GoPro pasti tidak asing bagi mereka yang gemarkan aktivti sukan lasak. Kebolehan peranti ini merakam video resolusi tinggi (4K, 2.7K, 1440p sehingga 1080p) pasti mengujakan. Menyokong sistem video NTSC dan PAL, merakam video 120 fps dan 12MP gambar pegun dengan burst rate 30fps.

    (more…)

  • #HotFMSejuta apa kisahnya?

    Sedang asyik menonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-2, timeline di Twitter menjadi sesak dengan berita kemenangan seorang pendengar/peserta palsu #HotFMSejuta yang menerima iPhone 5S. Akaun @haziqopus yang didaftarkan pada November 2013 milik Haziq berjaya menjawab soalan yang diajukan.

    #HotFMSejuta apa kisahnya?

    (more…)

  • (VIDEO) Keputusan Kelayakan Piala Asia 2015: Malaysia lawan Qatar

    Kekalahan 1-0 kepada Qatar pada Selasa lalu menutup terus harapan Malaysia untuk layak beraksi di Piala Asia 2015 di Australia. Pada malam perlawanan juga, dilaporkan dua orang penyokong tegar bola sepak tanah air menyelinap masuk ke dalam bilik kenamaan sebelum ditahan pihak berkuasa. Penahanan dua daripada ratusan Ultras Malaya telah membuka mata banyak pihak terutama media massa.

    (more…)

  • Kerjasama Awani dan Waze lapor trafik secara langsung

    Kerjasama ini pasti menarik kerana Astro Awani akan melaporkan kesesakan jalan raya secara ‘real-time’ dengan aplikasi Waze. Sebarang kemalangan atau halangan di jalan raya akan dilaporkan terus oleh pengguna dan Astro Awani akan menyiarkan laporan tersebut kepada penonton mereka. Sedikit sebanyak akan membantu mereka yang berada di rumah untuk mengenalpasti jalan yang harus dielakkan.

    Laporan Astro Awani mengesahkan bahawa laporan trafik secara langsung ini boleh didapati pada awal 2014. Anda digalakkan untuk menyertai AWANI WAZER di Waze untuk berkongsi laporan trafik.