Motosikal kapcai menerusi model ikonik Honda EX5 akan ditamatkan pengeluarannya pada 31 Disember ini selepas berjasa hampir 26 tahun kepada masyarakat Malaysia.
Model ikonik itu berkubur selaras dengan arahan Kementerian Pengangkutan bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) yang bersidang di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).
http://www.youtube.com/watch?v=yM_xL_WYMkU
Jentera dua roda yang dikenali dengan kod C100 dan C100MB itu akan digantikan dengan model terbaru iaitu Honda EX5 Dream 110 selepas diperkenalkan pada Julai lalu.
Bagaimanapun, model terbaru itu masih mengekalkan penampilan klasik seperti varian sebelumnya dan dilengkapi dengan ciri dipertingkatkan seperti enjin bersesaran 110 cc yang mengikut piawaian Euro Dua. Selain itu, prestasi meningkat sehingga 11 peratus serta kecekapan bahan api yang mengagumkan dengan jarak tunggangan 53.6 kilometer bagi seliter petrol.
Kapasiti tangki empat liter itu mampu ditunggang dengan jarak jauh, selain padanan tayar dan tempat duduk yang lebih lebar serta suspensi lebih lasak. Didatangkan dalam empat varian warna; Vital Blue Metallic, Euphoria Red Metallic, Pearl Graceful Green dan Mariana Purple Metallic. Â Harga OTR Honda EX5 Dream 110 di pasaran Malaysia ialah RM4,080.
Other articles you might like;
Awatnya tak keluar lagi. Macam-macam la dorang ni.
Emm sekali tengok macam tak cantik aje kan…