Blog

  • Myvi FEM khusus buat wanita

    Hanya untuk wanita. Itulah kelebihan golongan berkenaan selepas Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan varian Myvi 1.5 edisi istimewa yang dikenali sebagai Pergerakan Memperkasakan Wanita (FEM).

    Bagaimanapun, hanya 60 unit ditawarkan untuk varian itu dan bakal pemiliknya mestilah ahli FEM. Malah, beberapa syarat perlu dipenuhi seperti wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah memiliki sebuah Perodua atau sekurang-kurangnya pernah memandu kenderaan jenama itu.

    (more…)

  • Honda Odyssey praktikal

    Honda Odyssey

    Pada 1994, Honda menggemparkan industri automotif dunia dengan memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) menerusi Odyssey untuk menawarkan ruang kabin yang luas selepas ia dibangunkan daripada kereta sedan.

    Dalam tempoh 19 tahun itu juga sudah empat generasi model MPV menguasai pasaran global dan varian paling terbarunya diperkenalkan dua bulan lalu di Jepun.

    (more…)

  • Pemuda nyaris maut ditikam

    Seorang pemuda berusia 26 tahun nyaris maut selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki yang berang kerana mendakwa isterinya dirogol oleh mangsa berkenaan beberapa bulan lalu.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dalam kejadian kira-kira 9.45 malam semalam, mangsa cedera di paha kiri dan tapak tangan kirinya selepas ditikam lelaki tersebut, ketika sedang bersembang dengan beberapa rakannya di sebuah kedai burger di Bachok.

    (more…)

  • Perbandingan harga barangan Giant dan 99 Speedmart

    Salam 1Malaysia. Hari ini bos mengumumkan kerja separuh hari bagi memberi laluan kepada rakan-rakan yang bercadang untuk pulang ke kampung dapat balik lebih awal. Itu mukadimahnya.

    Harga Giant dan 99 Speed Mart

    Kecoh apabila semua harga barang mulai naik sejak kerajaan mengumumkan harga petrol naik 20 sen beberapa bulan lepas. Setiap industri akan mengalami kenaikkan kerana kos logistik yang semakin meningkat dek kenaikan harga minyak.

    Kita sebagai pengguna harus bijak dalam berbelanja, bak kata Pak Menteri. Hari ini saya berkesempatan untuk membuat perbandingan harga di dua buah pasaraya iaitu Giant dan 99 Speedmart. Dalam kes ini, saya membandingkan dua buah kedai yang terletak dalam sebuah kawasan perumahan yang sama. Memandangkan tiada Kedai Runcit 1Malaysia, jadi saya tidak dapat membuat perbandingan harga bagi barang-barang yang dijual di sana.

    (more…)

  • Bina kedai online 2-dalam-1 dengan Tack This

    Tack This

    Tack This memperkenalkan sistem kedai dalam talian paling mudah. Dengan satu tetapan, anda boleh letakkan kedai dalam talian (online store) anda dimana-mana laman sosial. Anda bina kedai online, anda boleh kongsi di Facebook, Blogspot dan banyak lagi. Walaupun anda mempunyai banyak cawangan kedai di laman sosial, tetapi anda hanya perlukan satu laman pentadbiran!

    Kedai sosial Tack This anda akan menjadi viral dimana pembeli juga boleh memasukkan paparan kedai anda di blog mereka, Facebook, Tumblr, Joomla dan 11 laman sosial yang lain.

    (more…)

  • Sepahtu ungguli Maharaja Lawak Mega 2013 minggu kelima

    Minggu kelima Maharaja Lawak Mega 2013 terus diterajui oleh kumpulan Sepahtu. Walaupun berlaku sedikit kontroversi semasa persembahan, pengundi dan peminat Jep masih lagi setia mengundi Jep, Shuib dan Rahim.

    Berbeza dengan Zero, persembahan berkereta mereka kurang mendapat perhatian juri dan peminat seterusnya meletakkan mereka tersingkir daripada perlumbaan merebut hadiah utama RM 500,000.00.

    Sehingga Ahad, Sepahtu mengungguli carta undian dengan 22%, Shiro 21%, Nabil dan Wala 18%, Jambu 8%, Bocey 4%, Boboi dan Comey 3%, SYJ 2% dan SayWho 1%. Carta terkini dan berita lanjut boleh didapati daripada laman web rasmi Maharaja Lawak Mega 2013 disini.
    (more…)