≡ Menu

Daftar dan Semak Permohonan Get Malaysian Business Online (GMBO)

Geran GMBO - adamroslan

Usahawan dalam talian di Malaysia antara golongan yang diberi perhatian dalam pembentangan bajet tahun lepas oleh YB Dato’ Seri Najib Razak. Mereka layak menerima geran perniagaan online sebanyak RM1,000.00 untuk setiap perniagaan.

Syaratnya mudah, mereka mestilah warganegara Malaysia yang berumur diantara 18-65 tahun. Usahawan wanita diberikan keutamaan namun terbuka kepada golongan lelaki juga. Antara syarat-syarat permohonan lain ialah:

  • Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  • Pendaftaran nama domain (.com.my) atau (.my) dan laman sesawang yang aktif;
  • Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
  • Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
  • Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Saya pernah bercerita tentang geran ini, tetapi entri yang dimaksudkan hilang bersama server lama dahulu. Jika anda menepati syarat-syarat di atas, sila daftar melalui pautan Daftar GMBO ini.

Untuk menyemak permohonan, sila klik pautan Semak GMBO di sini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol SKMM di talian 1-800-88-4040.

Menurut blog Ejam Othman, walaupun tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember, namun kerajaan akan terus menerima permohonan sehingga dana yang diperuntukkan tersebut habis dituntut.

 

Other articles you might like;

2 comments… add one

Leave a Comment