≡ Menu

Bagaimana YouTube Content ID berfungsi?

Najwa Latif - Adamu

Content ID ialah teknologi yang diperkenalkan oleh YouTube untuk mengimbas video yang dimuat naik pengguna dengan pengkalan data yang dituntut oleh pemilik asal kandungan. Pemilik kandungan boleh menuntut video berkenaan untuk meletakkan iklan, menghalang daripada ditonton atau dijejak.

Contohnya Mat Lutfi yang popular dengan video blognya boleh menuntut hak cipta videonya daripada YouTube. Setiap videonya akan diberikan Content ID yang unik. Video yang dimuatnaik oleh pengguna lain, YouTube akan menghantar notifikasi kepada Mat Lutfi secara automatik tentang video yang dimuat naik. Beliau boleh memilih sama ada untuk meletakkan iklan, menghalang video tersebut atau sekadar menjejak prestasi video berkenaan.

Jika beliau berniat untuk me-monetize-kan videonya, maka setiap kali video belau ditonton maka iklan akan dipaparkan. Jika ada satu video bertajuk “Mengajar Kanak-Kanak Riang” diupload oleh 10 pengguna lain, maka beliau berhak meletakkan iklan disetiap 10 video tersebut.

Kini, penerbit muzik dan filem boleh mendapat royalti dengan teknologi ini apabila video muzik yang dituntut dan diletakkan iklan akan menjana pendapatan kepada mereka.

Najwa Latif yang video muziknya ditonton lebih jutaan rakyat Malaysia pasti berterima kasih kepada YouTube kerana setiap kali videonya dimainkan, beliau akan dibayar. Ini baru betul buat duit dengan Youtube! Tonton juga video parodi bagaimana anda sebagai pemilik video menuntut daripada YouTube.

Nak tahu cara buat duit di YouTube? Download panduan ini di sini.

Other articles you might like;

5 comments… add one
  • ejam December 27, 2013, 12:02 pm

    vlogger sekarang boleh buat duit…tak sia2 merakam pelbagai kandungan kan.
    selagi apa yang diupload di youtube tersebut milik sendiri tidak perlu takut.

    terfikir juga, share video di instagram dapat apa? lebih baik di youtube kan.. :)
    Entri terkini ejam: Sampul Poslaju Mula Dijual.My Profile

    • Adam Roslan December 27, 2013, 9:21 pm

      Bayangkan berapa banyak orang yang suka buat video parodi, kemudian dishare dan diupload juga orang lain. Income berlipat kali ganda, macam main MLM pulak.

  • Zuan December 28, 2013, 8:07 am

    muke den tak market nak buat vlog..hehe
    Entri terkini Zuan: Masam, Pahit dan Manis 2013My Profile

  • Hafizul December 31, 2013, 11:28 am

    Terima kasih bro konsikan..hehe..
    Entri terkini Hafizul: Sayonara 2013My Profile

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3