Blog

  • Membeli barang dari China melalui Ali Express

    Membeli barang dari China melalui Ali Express

    Salam. Dua tiga hari kebelakangan ni saya selalu menjenguk laman web jual beli terbesar di China (atau Asia, atau mungkin seluruh dunia) iaitu Ali Baba. Ali Baba dikenali sebagai platform pembekal produk di China untuk dijual secara borong ke seluruh dunia. Jadi bagi mereka yang tak berkesempatan untuk sertai mana-mana rombongan beli borong ke China, bolehlah tengok-tengok barang di sana.

    Ali Baba juga ada laman web kedua iaitu Ali Express yang mana menjual produk dari China pada skala yang lebih kecil. Berbeza dengan Ali Baba, Ali Express membolehkan anda membeli barang pada kuantiti yang kecil dengan kos penghantaran percuma. Forumers di Cari Gold ada membincangkan perkara ini di thread ini.

    (more…)

  • Lukisan pada bibir hasil sentuhan kreatif Jenkinson

    Kreatif dan mencuit hati. Itu boleh dikaitkan dengan lukisan kreatif watak animasi popular yang dilukis oleh jurumekap yang berasal dari london, laura jenkinson. Yang menariknya, lukisan animasi-animasi tersebut dilukis pada bibir.

  • Semak keputusan peperiksaan UiTM dengan Office 365

    Selamat pagi! Hari ini adalah hari yang dinanti. Keputusan bagi peperiksaan akhir semester akan diumumkan. Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menyemak melalui e-mel, anda boleh buat semakan melalui portal pelajar UiTM, iStudent mulai 9 pagi.

    Sebagai alternatif, siswa dan siswi boleh menyemak keputusan melalui kiriman e-mel di inbox Office 365 yang diberikan secara percuma!

    Anda mungkin tidak perasan bahawa UiTM telah memberikan inbox sebesar 7GB ini secara percuma. Untuk semak, sila ke http://portal.microsoftonline.com. Gunakan nombor pelajar anda sebagai username. Semoga berjaya!

    (more…)

  • Produk susu segar Happy Farm ditarik balik Giant

    20140805-000031-31544.jpg

    Salam. Dua hari lepas saya dan Abyan ke Banting untuk berurusan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Giant Banting.

    Antara barangan yang termasuk dalam senarai membeli belah ialah susu segar berjenama Happy Farm. Esoknya, saya dapati susu tersebut sudah berbau dan menjadi dadih. Lantas kami ke Giant Kinrara – untuk menukar, cadangnya.

    (more…)

  • Panduan lengkap bina laman web dengan Joomla

    Ebook Panduan Lengkap Pakar Joomla 2.5

    Salam. Bina laman web pada zaman sekarang bukan lagi sesuatu yang menyusahkan. Hal ini kerana banyak panduan yang mengajar langkah demi langkah untuk memasang sehinggalah proses mentadbir laman web di Internet. Joomla adalah salah satu perisian yang sangat sesuai untuk anda bagi membina laman web.

    Namun, masih ramai yang bergantung kepada pereka laman web yang mengenakan caj yang mahal. Jika anda belajar sendiri membina laman web, anda dapat jimat dari segi kewangan dan ilmu ini akan berterusan jika diamalkan. Satu panduan lengkap membina laman web dengan Joomla 2.5 telah diperkenalkan oleh saudara Khairil Izwan. Kini anda tidak lagi perlu risau akan caj atau yuran kelas belajar bina laman web yang mahal.

    (more…)