![]()
Salam. Dua tiga hari kebelakangan ni saya selalu menjenguk laman web jual beli terbesar di China (atau Asia, atau mungkin seluruh dunia) iaitu Ali Baba. Ali Baba dikenali sebagai platform pembekal produk di China untuk dijual secara borong ke seluruh dunia. Jadi bagi mereka yang tak berkesempatan untuk sertai mana-mana rombongan beli borong ke China, bolehlah tengok-tengok barang di sana.
Ali Baba juga ada laman web kedua iaitu Ali Express yang mana menjual produk dari China pada skala yang lebih kecil. Berbeza dengan Ali Baba, Ali Express membolehkan anda membeli barang pada kuantiti yang kecil dengan kos penghantaran percuma. Forumers di Cari Gold ada membincangkan perkara ini di thread ini.
Banyak nasihat dan tips membeli dari laman Ali Express boleh didapati di sana. Antaranya yang perlu diberi perhatian ialah rating penjual, selain daripada feedback yang diterima mereka. Dua perkara ini boleh membantu anda mengenalpasti penjual yang jujur.
Saya telah buat survey di Mudah.my untuk mengenalpasti produk yang panas di pasaran tetapi kurang pesaing. Antara produk yang menarik perhatian saya buat masa ini ialah alat penjejak GPS atau GPS tracker. Pada minggu lepas, hanya ada dua peniaga di Mudah.my yang mengiklankan GPS tracker ini pada harga RM490. Hari ini jumlah carian berubah, hampir tiga muka surat keputusan carian dengan kata kunci “gps tracker” dengan harga serendah RM250 sahaja.
Apa kelebihan GPS tracker ini?
Banyak model yang dijual di Mudah.my, antaranya yang menggunakan bateri boleh cas, ada yang guna bateri kereta/motorsikal dan ada yang mampu mematikan kenderaan secara kawalan jauh. Secara asasnya GPS tracker ini boleh berkomunikasi dengan anda melalui sistem SMS dan panel kawalan di Internet atau aplikasi mobil. Pengguna boleh menjejak di mana kenderaan berada dengan satu SMS sahaja! Pada saya, gajet ini boleh dijual kepada mereka yang mempunyai kereta, motorsikal dan paling penting motorsikal berkuasa besar.
Tapi permainan sudahpun bermula, sudah ramai pengimport yang menjual gajet ini di Malaysia. Tapi pasarannya amat besar, mesti cepat ambil peluang.
Leave a Reply