Produk susu segar Happy Farm ditarik balik Giant

20140805-000031-31544.jpg

Salam. Dua hari lepas saya dan Abyan ke Banting untuk berurusan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Giant Banting.

Antara barangan yang termasuk dalam senarai membeli belah ialah susu segar berjenama Happy Farm. Esoknya, saya dapati susu tersebut sudah berbau dan menjadi dadih. Lantas kami ke Giant Kinrara – untuk menukar, cadangnya.

Kami diarahkan ke kaunter khidmat pelanggan untuk membuat refund atau menukar dengan barangan baru.

Memandangkan kami beli di Giant Banting, mereka tidak membenarkan sebarang refund di Giant Kinrara. Alasannya kerana gain dan loss, maksudnya jika refund di Kinrara mereka akan rugi dan memberi untung percuma kepada Banting.

Kemudian saya meminta agar produk tersebut digantikan dengan yang baru. Sayangnya, produk tersebut telah ditarik balik kerana kerap mendapat laporan bahawa susu cepat menjadi busuk.

Kesimpulannya, kami tidak ke Banting untuk tukar dan kerugian RM13.99 kerana polisi Giant yang pelik.

Comments

5 responses to “Produk susu segar Happy Farm ditarik balik Giant”

  1. hanari Avatar

    Semsetinya itu menjadi tanggungjawab penjual walau barang sudah ditarik. kejadian seperti itu sudah sangat sering terjadi.

  2. titan Avatar

    baru aku tahu ni. serius memang tak tahu nih.

  3. muja Avatar

    laaa.. byr r balik duit tu.. pffttt

    1. Adam Roslan Avatar

      Itulah yang saya nak buat, tapi dia cakap kalau nak duit kena ke cawangan Giant yang kita beli. Jauh la Banting tu.

  4. amirulfaiz Avatar

    Harap pengurusan Giant baca entri ini, kalau ramai baca entri ini, mungkin jumlah pembeli di Giant akan merosot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *