Blog

  • Panduan Bijak Temuduga Kerajaan & Swasta

    Rahsia Bijak Temuduga

    Sesi temuduga merupakan satu pengalaman yang paling digeruni oleh ‘pencari kerja’ yang mahu memohon kerja dalam badan kerajaan atau syarikat, terutamanya jika ianya adalah sesi temuduga yang pertama dalam hidup anda. Paling digeruni jika anda tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk ke temuduga, semasa temuduga dan selepas ditemuduga.

    (more…)

  • Sebulan satu gram emas dengan Program Akumulasi Emas

    Program Akumulasi Emas Public Gold

    Menyimpan emas adalah satu cara untuk melabur. Namun, mentaliti bahawa membeli emas adalah untuk golongan yang mampu dan berada adalah salah. Saya mula menyimpan emas sejak di zaman menuntut di UiTM Shah Alam, dengan mengamalkan satu dinar satu semester. Alhamdulillah, kesemua koleksi dinar emas tersebut itu saya gunakan sebagai hantaran perkahwinan.

    (more…)

  • Perbezaan menyimpan wang di bank dan Takaful

    Perbezaan menyimpan wang di bank dan Takaful

    Saya masih mencari maklumat lanjut tentang perbezaan menyimpan wang di bank dan Takaful. Daripada rujukan dengan rakan terdekat, saya dapat simpulkan kelebihan yang ditawarkan oleh Takaful berbanding menyimpan di bank.

    Jadual di bawah adalah perbandingan jika simpanan bulanan sebanyak RM200 di bank dan di Takaful Great Eastern. Jika anda mempunyai maklumat tentang takaful ini, sila kongsikan bersama. Terima kasih!

    Apa yang menarik, plan yang ditawarkan Great Eastern Takaful adalah meliputi simpanan, perlindungan dan kad perubatan.

    (more…)

  • Asal Usul Tepuk Pengakap

    Bagi yang jiwa pengakap, sudah pasti mereka tidak lupa apa itu tepuk pengakap. Tepuk pengakap yang biasanya ditepuk untuk menyambut tetamu di dalam majlis sebarang keraian atau semasa malam kebudayaan.

    Tepuk pengakap dengan ritma * * *** **** ** adalah berasal daripada ringkasan ’73’ yang bermaksud ‘Best regards’. Ringkasan ini digunakan secara meluas dalam utusan telegram dan kod Morse pada masa tersebut. Sebagai rujukan, gabungan kod bagi ’73’ dalam kod Morse ialah --... ...--. Namun, disebabkan ralat manusia kod tersebut dibunyikan sebegitu rupa sejak 1859.

  • Graf kenaikan harga minyak di Malaysia

    Graf kenaikan harga minyak di Malaysia

    Minggu lepas kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak atau disebut pengurangan subsidi oleh kerajaan. Hasil daripada rekod di Internet, graf ini menunjukkan naik dan turun harga minyak di Malaysia.

    Ramai pasti ingat 5 Jun 2008 di mana harga minyak RON 95 mencapai harga paling tinggi iaitu kenaikan sehingga RM2.70 seliter.

  • Modus operandi curi wang di mesin ATM

    Rompak mesin ATM

    Mudahnya mencuri wang di mesin ATM! Dua hari ini kita digemparkan dengan kes mencuri wang secara bijak melalui mesin ATM di seluruh negara. Dengan menggunakan kemahiran yang dimiliki, pencuri ini mencuri tanpa perlu merompak. Video di bawah menerangkan modus operandi curi wang di mesin ATM.

    (more…)