Blog

  • #cabaran RM10 ke Param TTDI bersama pemilik rotikaya.com


    Cabaran RM10 Kini Trending kembali tahun ini dalam usaha memupuk budaya jimat cermat sepanjang ramadan. Episod pertama Cabaran RM10 kali ini, saya terpaksa meredah hujan untuk berbelanja di pasar Ramadan Taman Tun Dr Ismail TTDI, bersama pemilik portal gosip dan hiburan, rotikaya dot com. Sambil itu, kita akan melihat sajian paling trending di Pasar Ramadan TTDI iaitu Raja Murtabak. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • Tiket penerbangan balik kampung masih ada tetapi terhad


    Kami di meja Kini Trending turut melakukan tinjauan tiket penerbangan secara online untuk ke destinasi balik kampung seperti utara-selatan semenanjung Malaysia, destinasi ke Pantai Timur dan juga Sabah, Sarawak. Berita baik kerana tiket masih ada untuk penerbangan ke beberapa destinasi balik kampung namun begitu kerusi telah mula terhad serta pada harga yang mungkin agak mahal daripada biasa.

  • Media sosial jadi ruang salur maklumat tanah runtuh


    Pengguna media sosial turut menerima maklumat tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan hang tuah menghala ke bukit bintang melalui perkongsian foto dan kemaskini yang di muatnaik ke beberapa platform. Disamping itu, orang ramai turut menggunakan platform media sosial bagi berkongsi pesanan amaran berjaga-jaga dan juga menyalurkan maklumat terkini tentang kejadian berkenaan. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • Microsoft Mobile umum lancarkan Nokia Lumia 930


    Kepada anda yang selama ini menunggu dengan sabar untuk memiliki Nokia Lumia 930, kini anda boleh memilikinya kerana ia telah mula dipasarkan di pasaran tempatan. Pengumuman rasmi tentang produk itu telah dibuat oleh Microsoft Mobile hari ini.

  • Google lancar Ramadan Hub 2014 untuk pengguna Islam


    Sempena bulan Ramadan, Google hadir dengan pelbagai perkhidmatan khas bagi umat Islam untuk menjalani rukun Islam ke-3 ini dengan lebih teratur dan mudah. Satu ‘landing page’ khas juga telah dibangunkan bagi memudahkan pengguna melayari perkhidmatan itu melalui www.google.com/ramadan. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • Ragam ‘cooling break’ jadi trending di Twitter


    Kata kunci ‘cooling break’ jadi trending di platform twitter sepanjang hari serentak dengan masa rehat pertama dalam sejarah bola sepak Piala Dunia itu. Seperti biasa, pengguna media sosial ada versi mereka yang tersendiri tentang masa rehat ‘cooling break’.