Selamat pagi! Hari ini adalah hari yang dinanti. Keputusan bagi peperiksaan akhir semester akan diumumkan. Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menyemak melalui e-mel, anda boleh buat semakan melalui portal pelajar UiTM, iStudent mulai 9 pagi.
Sebagai alternatif, siswa dan siswi boleh menyemak keputusan melalui kiriman e-mel di inbox Office 365 yang diberikan secara percuma!
Anda mungkin tidak perasan bahawa UiTM telah memberikan inbox sebesar 7GB ini secara percuma. Untuk semak, sila ke http://portal.microsoftonline.com. Gunakan nombor pelajar anda sebagai username. Semoga berjaya!

Leave a Reply