≡ Menu

Cara Bina Kempen dan Ad Group di Google AdWords

Setelah akaun anda dimasukkan bajet untuk beriklan, kini anda boleh bersedia untuk membina kempen, ad group, keyword dan bina iklan. AdWords Campaign ialah ibu kepada ad group; yang menentukan bajet harian iklan, lokasi iklan, targetting dan banyak lagi. Setiap satu akaun boleh mempunyai banyak kempen. Contohnya, Kempen #1 mensasarkan iklan di kawasan Selangor sahaja, dengan bajet harian RM10. Untuk Kempen #2 pula, anda boleh sasarkan iklan di Selangor, pengguna menggunakan tablet dan smartphone dengan bajet RM25 sehari.

adwords campaign

Manakala, Ad Group merupakan kumpulan kepada keyword dan iklan yang disasarkan. Semua keyword akan dikumpulkan di bawah Ad Group. Anda boleh mempunyai lebih daripada satu ad group dengan keyword dan iklan berbeza.

Bina Kempen Pertama Anda

1. Log masuk ke akaun AdWords anda. Kemudian klik pada ‘Create your first campaign’. Jika tiada, klik + Campaign. Laman ini ada menerangkan proses mencipta iklan di AdWords, dan soalan yang sering ditanya tentang AdWords.

create-first-campaign2. Buat tetapan untuk Campaign Settings anda. Sila buat rujukan di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Campaign Settings anda. Anda perlu tahu jenis kempen yang sesuai untuk iklan anda. Saya akan memilih Search Network only kerana saya mensasarkan iklan kepada orang yang membuat carian di Google. Anda juga perlu masukkan jumlah bid harian anda, lokasi iklan dan beberapa tetapan lain.

campaign-settings

3. Anda akan diminta untuk masukkan perincian Ad groups anda seperti URL landing page dan keywords. Keywords adalah senjata utama anda, keyword yang baik akan meletakkan iklan anda di tempat yang betul. Jika anda menjual buku belajar forex, masukkan keyword berkaitan forex. Jika anda jual ubat kencing manis, masukkan keyword kencing manis dan sebagainya. AdWords juga membantu anda memberi saranan keywords yang berkaitan.

create-adgroup

4. Masukkan Headline, URL dan Description iklan anda. Pastikan anda patuh guideline AdWords untuk elakkan iklan anda diluluskan.

5. Monitor aktiviti iklan anda, fokus pada impression dan clicks, nilai CTR dan berapa bajet dikeluarkan untuk satu iklan anda.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment